Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Sabtu, 4 Disember 2010

Paparkan Konflik Kekeluargaan yang kritikal... Aku Tak Bodoh filem khas buat remaja!!






Walaupun belum menonton karya adaptasinya, I'm Not Stupid Too', arahan Jack Neo, saya percaya filem Aku Tak Bodoh arahan Boris Boo ini antara naskhah filem yang begitu dekat dengan jiwa remaja. Mengambil pendekatan terhadap kehidupan remaja itu sendiri, 'Aku Tak Bodoh' merupakan sebuah kisah tentang persahabatan antara dua budak lelaki, lakonan Ariel Zafrel dan Rohaizat Hassan. Mereka berdua antara pelajar yang banyak menimbulkan masalah di sekolah, tetapi mempunyai keistimewaan yang tersendiri disebalik gaya dan kehidupan, kerana setiap yang buruk pasti ada kebaikkannya.

Pelbagai persoalan dirangkum dan diuraikan dalam 'Aku Tak Bodoh', antaranya masalah kekeluargaan, ikatan kasih sayang dan penerimaan kepada kekurangan sehingga mewujudkan konflik yang agak kritikal kepada institusi kekeluargaan. Hubungan antara ibu, bapa dan anak amat penting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni dan aman. Tetapi terjemahan apa yang tersirat di sebalik Aku Tak Bodoh berjaya menjadikannya antara naskhah filem yang wajib ditonton peminat filem tempatan.

Ariel Zafrel, pelakon baru yang digilap menerusi drama Kisah Kaisara, Durja Ningsun dan banyak lagi ini dipilih membintangi Aku Tak Bodoh, antara filem pertama lakonannya. Aku Tak Bodoh berjaya menyungkil sedikit sebanyak bakat lakonan yang ada pada Ariel, iaitu watak antagonis yang memperlihatkan sisi kehidupannya sebagai budak remaja yang nakal, memberontak sehingga menjadikannya sebagai manusia yang amat menghargai erti sebuah pengorbanan pada akhirnya. Walaupun lakonannya bersahaja dalam Aku Tak Bodoh, namun beliau perlu lagi belajar jika mahu jadi bintang filem yang cukup disegani.

Aku Tak Bodoh memaparkan kehidupan realiti sebilangan masyarakat Malaysia yang mengejar arus dunia semata-mata ( walaupun hakikatnya ikatan kasih sayang tidak dijangka), tetapi penolakkannya kepada budaya memahami jati diri dan kehendak anak-anak tidak ditepati sehingga menimbulkan konflik dan masalah yang tidak di duga kehadirannya.


Aku Tak Bodoh kini dipawagam bermula 2 Disember 2010 di seluruh Malaysia. Jangan lupa menonton filem ini kerana ia membariskan beberapa nama besar dan baru dalam dunia lakonan tempatan. Tonton Filem.. dan Fikirkan.. Apakah benar ia satu kupasan realiti sebilangan masyarakat Malaysia?. Tepuk dada tanya selera..

p/s: Aku Tak Bodoh.. I'm Not Stupid Too.. nampaknya aku kena pi cari DVD I'm Not Stupid la.. Nak tengok perbandingannya. hehehe. Yang belum nonton.. pi serbu pawagam sekarang!!! Wajib Tonton.. Sesuai buat seisi keluarga

0 comments :