Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Selasa, 14 Disember 2010

PeTA 2010.. Satu Festival Seni yang ekslusif!! Bermula 13 hingga 21 Dis 2010

Mulai 13 Disember hingga 21 Disember 2010, Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan
( ASWARA) melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Festival Seni Aswara 2010. Festival yang julung-julung kali ini di adakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan karya pelajar bagi tahun akhir kepada masyarakat luar sekaligus sebagai persediaan terakhir sebelum melangkah ke dunia seni sebenarnya. PeTA 2010 merangkumi teater, muzik dan tari, juga menyelitkan elemen filem dan video sebagai agenda terpenting dalam program Festival Seni Aswara 2010.

Pada 18hb Disember 2010, bermula pukul 8.00 malam, satu tayangan khas bagi 5 buah filem pendek dengan menampilkan 11 orang karyawan muda bakal di adakan. Memilih satu tema berasaskan 1 Malaysia, Festival Seni Aswara 2010 merupakan agenda terakhir bagi penilaian tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian bagi pelbagai cabang kategori. Mempertaruhkan 5 kategori asas iaitu Pengarahan Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Penyuntingan Visual dan Rekaan Bunyi Terbaik, PeTA 2010 mengalu-alukan kedatangan semua peminat filem, pelajar dan pengkritik filem kerana ia merupakan program seni yang cukup ekslusif dan jangan dilepaskan!!. Masuk adalah percuma.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia PeTA 2010 di 03-2697 1777.

p/s: Jom pi sana...

1 comments :

silent reader here..!!!

adoi..penat betol baca isu nie kat belog nie..


http://jumiejumie.blogspot.com/2010/12/kenapa-lelaki-menjadi-mat-sotong-kenapa.html

part yang paling best tue ialah bahagian komen mengomen..!!! try go and see amy..!!