Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


BELAGU BUKTI KEMAMPUAN SENI DAYANG

Persembahan Dayang diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuktikan kemampuan Dayang membawakan seleksi lagu klasik melayu tampak elegan dan mewah.

NABIL AHMAD, DOUGLAS LIM, DR J.RAM TAMPIL DALAM FAMILY FUED MALAYSIA BERMULA 27 MAC INI

Alami pengalaman penontonan baharu melalui Family Feud Malaysia di Astro yang diadaptasikan dari sebuah program tv terkenal luar negara.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

Sabtu, 31 Disember 2011

42 FILEM TEMPATAN SEPANJANG 2011.. HANYA 3 PILIHAN TERBAIK SINEMA MALAYSIA

Sinema Malaysia pada 2011 menunjukkan aras perkembangan positif dari segi kutipan tiket filem-filem yang ditayangkan di pawagam. Bermula dengan RM 8 juta hingga melonjak naik kepada RM 11 juta membuktikan filem Malaysia diterima baik penonton tempatan. Walaupun filem tersebut mengutip pulangan yang amat tinggi dalam sejarah perfileman tanah air, ini bukan bermakna filem tersebut boleh dianggap 'sebuah filem atau karya yang amat baik' dari segi naskhahnya. 'Songlap', karya pasangan suami isteri, Effendy dan Fariza Azlina hanya berjaya memperolehi RM 2.02 juta (setakat ini) merupakan antara naskhah yang boleh dianggap sebagai sebuah filem. Susunan bahasa filem dan visual serta kekuatan plot penceritaan dalam 'Songlap' terletak pada cerita Ad dan Am, merupakan pasangan adik-beradik. Ia mengupas persoalan tentang isu pemerdagangan manusia yang boleh dianggap agak taboo dalam masyarakat di Malaysia.
... dalam botol karya Raja Azmi yang diarahkan Khir Rahman hanya mampu mengutip kutipan sebanyak RM 1 juta ringgit. Ini tidak termasuk jualan di Astro First kerana ...dalam botol mendapat bidaan yang amat tinggi dari segi jualannya. Walaupun kurang diterima baik penonton komersial, karya yang mengetengahkan isu homoseksual dan cinta sejenis ini boleh dianggap sebagai sebuah 'filem' yang benar-benar tahu tentang plot penceritaan, bahasa filem dan visual serta kupasan isi penceritaannya. Filem yang mencetuskan kontroversi yang mengundang pelbagai polimek ini, kini dalam proses penjualan hak cipta atas karya kepada penerbit filem antarabangsa.
'CUN', karya dan arahan Osman Ali merupakan sebuah 'filem' yang boleh dianggap amat baik garapannya berbanding filem-filemnya sebelum ini. Walaupun hanya mampu mengutip pulangan RM 1.10 juta ringgit, CUN boleh dikatakan karya yang amat baik dari filem Ombak Rindu. Jika dibandingkan antara kedua-duanya Ombak Rindu boleh dianggap sebuah telemovie yang meruntun perasaan penonton, berbanding Cun yang agak simple, tetapi padat isi ceritanya.

'Songlap, ...dalam botol dan Cun', antara 3 naskhah cerita yang boleh dianggap sebagai sebuah 'filem'. Karya yang bagus adalah sebuah cerita yang boleh membuatkan kita berfikir dan mengkajinya. Hanya 3 sahaja karya yang layak dipanggil sebagai 'sebuah filem'.

Antara statistik kutipan penuh 42 buah filem sepanjang 2011 adalah seperti berikut:-

TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011

BILJUDUL FILEMGENREKOS PRODUKSIMULA TAYANGKUTIPAN KASAR (RM)BILANGAN PAWAGAM
1.
Khurafat
SERAM1.50 juta13.01.20118.08 juta66
2.
HAQ
AKSI2.50juta27.01.20110.80 juta50
3.
Sini Ada Hantu
SERAM / MISTERI / NGERI1.20 juta10.02.20111.30 juta40
4.
Kembar Siang
KOMEDI1.64 juta24.02.20111.21 juta59
5.
Hikayat Merong Mahawangsa
SEJARAH / AKSI / PEPERANGAN6.82 juta10.03.20116.50 juta67
6.
Ratu The Movie
PENGEMBARAAN1.34 juta17.03.20110.20 juta53
7.
...Dalam Botol
DRAMA0.88 juta24.03.20110.57 juta50
8..
Cun
KOMEDI / KELUARGA / CINTA1.00 juta31.03.20111.10 juta41
9..
Di Larang Masuk
SERAM1.10 juta07.04.20110.75 juta50
10.
Senjakala

SERAM1.51 juta14.04.20111.10 juta63
11.
Penunggu Istana

SERAM0.60 juta21.04.20110.89 juta39
12.
Seru
SERAM / MISTERI / NGERI1.42 juta28.04.20110.87 juta46
13.
Momok Jangan Panggil Aku
SERAM2.00 juta05.05.20110.55 juta53
14.
Kongsi
AKSI1.82 juta12.05.20118.09 juta87
15.
Nur Kasih The Movie
DRAMA2.83 juta19.05.20114.93 juta61
16.
Karak
NGERI1.14 juta26.05.20114.28 juta68
17.
Toyol Nakal
KOMEDI1.21 juta02.06.20110.19 juta38
18.
KL Gangster
AKSI1.51 juta09.06.201111.74 juta71
19.
3 2 1 Cinta
CINTA / KOMEDI1.50 juta16.06.20110.98 juta61
20.
Rasuk
NGERI1.50 juta23.06.20111.03 juta64
21.
Sekali Lagi
CINTA1.50 juta30.06.20112.04 juta60
22.
Tolong Awek Aku Pontianak
SERAM / KOMEDI1.22 juta07.07.20110.76 juta51
23.
Flat 3A
SERAM1.82 juta14.07.20111.44 juta62
24.
Senario The Movie Ops Pocot
KOMEDI1.50 juta21.07.20111.06 juta60
25.
Karipap-Karipap Cinta
KOMEDI1.91 juta31.08.20110.28 juta74
26.
Hantu Bonceng
SERAM / KOMEDI1.51 juta31.08.20118.53 juta68
27.
Raya Tak Jadi
KOMEDI / KELUARGA1.06 juta15.09.20113.64 juta70
28.
Bini-Biniku Gangster
AKSI / KOMEDI1.82 juta22.09.20114.71 juta65
29.
Libas
AKSI / KOMEDI1.88 juta29.09.20110.93 juta66
30.
Al Hijab
SERAM1.62 juta06.10.20112.24 juta65
31.
Klipx 3GP
SERAM / MISTERI1.02 juta13.10.20111.14 juta57
32.
Sumpahan Puaka
SERAM / KELUARGA / MISTERI0.46 juta20.10.20110.31 juta42
33.
Apa Tengok-Tengok
AKSI / KOMEDI / MUZIK1.40 juta27.10.20110.19 juta45
34.
Alamak Toyol
SERAM / KOMEDI1.82 juta03.11.20113.47 juta60
35.
Abuya
DRAMA1.20 juta10.11.20110.22 juta57
36.
Aku Bukan Tomboy
KOMEDI / DRAMA1.51 juta17.11.20112.55 juta72
37.
Misteri Jalan Lama
AKSI / PENGGEMBARAAN / FANTASI / MISTERI / FIKSYEN1.71 juta24.11.20111.33 juta65
38.
Ombak Rindu
DRAMA / CINTA1.56 juta01.12.201110.79 juta *73
39.
Datin Ghairah
KOMEDI / CINTA1.20 juta08.12.20110.36 juta *47
40.
Songlap
AKSI / DRAMA1.17 juta15.12.20112.02 juta *76
41.
Suatu Malam Kubur Berasap
SERAM / KOMEDI1.81 juta22.12.20111.70 juta *61
42.
Papa I Love You
KOMEDI / DRAMA1.50 juta29.12.201151

*Kutipan terkini sehingga 30 Disember 2011


P/S: Mengharapkan akan ada lagi karya yang boleh dianggap sebagai sebuah FILEM untuk tahun 2012. Selamat tahun baru 2012 kepada semua pembaca blog ini.

Jumaat, 30 Disember 2011

FENOMENA OMBAK RINDU.. YOUTUBE KENA BLOCK!

Sejak AMY menyiarkan laporan mengenai OMBAK RINDU yang diturun muat penuh dalam laman Youtube, juga berita yang dipaparkan Berita Harian hari ini, filem OMBAK RINDU di Youtube dan rangkaiannya telah di'block'. Walaupun bersaing dengan Astro First, filem Ombak Rindu yang diturun muat individu yang tidak bertanggung jawab itu di laman youtube adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Hak Cipta 1987. Menurut Datin Paduka Shuhaimi Baba, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) ketika dihubungi media berkata, 'selagi pihak penerbit atau produser filem (Astro Shaw & Tarantela Pictures) tidak membuat laporan berkenaan isu ini, pihak kami tidak boleh membantu dalam perkara ini'. Sekiranya laporan dibuat, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada semua pemegang akaun Youtube yang telah menurun naik filem Ombak Rindu untuk tontonan umum.

Walaupun menemui penonton di Astro First, OMBAK RINDU arahan Osman Ali kini boleh didapati dalam bentuk DVD yang original di semua kedai muzik dan video seluruh Malaysia. DVD yang diedarkan oleh K&L Entertainment Sdn Bhd ( Malaysia) dan Dallas Entertainment Sdn Bhd ( Singapore) itu juga mengandungi The Making Of dan MTV Klip Video. Bagi anda peminat OMBAK RINDU boleh memiliki DVD ini segera dipasaran sebelum ia kehabisan stok!.

p/s: Yeahh.. nak layan OMBAK RINDU.. tapi ASTRO FIRST ada dalam bentuk HD.. perghh cantik giler.. siapa yang ada PVR tu jgn nak rekod buat cetak rompak pulak ye..

Khamis, 29 Disember 2011

OMBAK RINDU DI ASTRO FIRST DAN YOUTUBE..

'Ombak Rindu', arahan Osman Ali yang diadaptasikan menerusi novel terlaris tulisan Fauziah Ashari, kini menemui penonton di rumah anda menerusi ASTRO FIRST bermula hari ini. Bagi anda peminat setia OMBAK RINDU bolehlah melanggan filem ini dengan menekan saluran 480, bagi membolehkan anda menonton OMBAK RINDU dalam dua format iaitu SD dan HD BEYOND. 

Selain ASTRO FIRST, OMBAK RINDU kini giat diturun muat ke laman youtube yang boleh ditonton secara percuma. Ape cer?. Nampak gayanya semua filem kita akan senang ditonton penuh di laman youtube. Apa komen anda sebagai karyawan dan penerbit filem tempatan?. 

OMBAK RINDU YOUTUBE SCREENING
kerlass kau!



jom tonton borak MUAZ di MUZIK FM bersama Maya Karin..

MUAZ MUZIK FM & MAYA KARIN PART 1

MUAZ MUZIK FM & MAYA KARIN PART 2


p/s: Insya-allah akan saya langgan OMBAK RINDU di Astro First sebab ia dalam format HD. Baru puas tonton dengan my LED dibantu 5.1 Dolby Digital Speaker. Wow!

Rabu, 28 Disember 2011

DANA INDUSTRI KREATIF BSN.. BANYAK SKRIP YANG TAK MENARIK!

 Assalamualaikum..

Tahukah anda bahawa 'Dana Industri Kreatif' yang diperuntukkan kerajaan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi, &  Kebudayaan Malaysia (KPKK) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan dana atau pinjaman yang dikeluarkan kerajaan khususnya untuk membantu karyawan dan produser filem tempatan bagi menghasilkan filem untuk ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Dana itu merupakan pinjaman yang diberi kepada penerbit, dan mereka mestilah membayar balik pinjaman tersebut mengikut tempoh yang dipersetujui bersama setelah sesebuah filem berputar dipawagam seterusnya mendapat pulangan daripada jualan balik sesebuah filem yakni keuntungan. Ini merupakan bantuan insentif kerajaan melalui Finas kepada penerbit filem bagi merealisasikan impian mereka untuk menerbitkan dan mengarahkan sesebuah filem idaman mereka. 

Untuk mendapatkan dana tersebut, kebanyakkan produser filem akan menghantar proposal ke FINAS yang mengandungi sinopsis, peruntukkan bajet, senarai krew & cadangan pelakon, treatment dan skrip penuh untuk penilaian kepada pihak panel. Persoalannya, apakah pihak FINAS akan meluluskan semua proposal yang dihantar penerbit tanpa memikirkan kualiti jalan cerita sesebuah karya yang ingin diterbitkan?. Rata-rata dari mereka (penerbit) ingin menghasilkan filem kerana 'ingin cepat kaya, banyak dapat duit, boleh beli kereta, rumah dan segala-galanya', dengan mengenepikan kualiti daripada kuantiti. 

Apa yang dikesalkan saya ialah apabila membaca skrip yang tiada plot dan sub-plot yang kuat. Kebanyakkan skrip yang saya terima untuk diulas, rata-ratanya amat biasa dan tiada kekuatan jalan ceritanya ; yakni boleh diterima dan dianggap sebagai sebuah karya terbaik melalui naskhah skripnya. Antara skrip yang saya boleh katakan amat baik plot dan susunan sub-plotnya adalah skrip tulisan pelakon Avaa Vanja melalui naskhah 'Prebet Sapu'. Walaupun tajuknya macam filem biasa, tetapi skripnya amat hebat, dan saya bayangkan 'alangkah hebatnya skrip ini jika ia diolah dan divisualkan ditangan pengarah profilik Mamat Khalid!. Tetapi dalam proposal skrip ini, filem ini akan diarahkan oleh Khir Mohd Noor. Saya amat berharap abg khir kreatif dalam membuat olahan atas karya Avaa Vanja ini. Saya takut kalau ia gagal menjadi sebuah filem dan akan dianggap sebagai sebuah tele -lawak untuk siaran astro nanti. Harap tidak la ye..

Untuk maklumat anda, 'Prebet Sapu' yang diterbitkan YB Pictures ini kini menjalani sesi ujibakat di FINAS, yang kemungkinan akan berakhir esok ( 29hb Disember 2011). Berbalik kepada soal skrip, saya kurang tertarik dengan dua skrip yang bakal diarahkan Imran Ismail (Pengarah Abuya) - iaitu skrip TAIKO dan filem epik 1945. Saya harap ia perlu diolah lagi dan pihak FINAS melalui bahagian dana perlu 'take action' soal ini. Jangan kerana mahu membikin filem, kita abaikan soal kreativiti, kualiti dan bahasa filem. Jikalau tidak 'industri filem kita akan rosak' dengan karya yang dihasilkan untuk 'suka-suka' sahaja bukannya untuk menjadi 'antara yang kualiti' dan 'hebat'. 

Justeru, saya amat berharap pada anda pembaca atau penerbit filem mahupun karyawan fiem tempatan yang telah memohon dana industri kreatif BSN, 'tolongah hantar skrip yang bukan caca-merba', atau 'suka-suka hati', sebab kami memerlukan skrip yang baik, kreatif dan penuh makna, walaupun skripnya adalah skrip filem-filem komersial. Wallahuallam.

Tepuk dada Tanya selera..

Selasa, 27 Disember 2011

'BERASAP SUNGGUH.. INI FILEM' - SUATU MALAM KUBUR BERASAP

Ahad lepas aku menonton filem ini di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Seawal pagi 11.45 pagi aku beratur dan memasuki pawagam dengan harapan filem ini mampu membuatkan aku berfikir sejenak sepertimana filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. Sejujurnya aku cakap filem ini tiada fokus dan arah penceritaannya!. Ia sepertimana aku menonton siri komedi di Astro Warna ataupun saluran Astro yang lain. 

Plot penceritaan filem ini hanya terletak pada scene akhir, di mana 'kubur berasap' digambarkan dan tagline tertera 'Suatu Malam Kubur Berasap 2'. Apakah Ernie Chen pengarah filem ini ingin bercerita kepada khalayak melalui karya kedua sambungannya nanti? Aku mencari apa sebenarnya yang ingin disampaikan dan difokuskan dalam karya ini. Mungkin ini cara Ernie Chen bercerita dan Indra Che Muda ( pengarah sinematografi) menyampaikan apa yang tersirat di minda pengarahnya!. 'Suatu Malam Kubur Berasap' filem seram komedi yang terselamat 'asapnya', apabila lakonan Angah Raja Lawak melalui watak Atan, mampu membuatkan sidang penonton ketawa dan tersenyum dengan lagaknya yang 'gagap'. Ia mengingatkan aku dengan lakonan M.Subash dalam Pensil. Jujurku katakan, Angah penyelamat filem ini. 

Aku tak mahu menulis panjang mengenai filem ini kerana ia bukan karya yang ada unsur tersirat dan tersurat yang mampu untuk diolah plotnya ataupun penceritaannya. Cukup sekadar ia menghiburkan dan tujuan penghasilan filem sebegini ialah 'untuk hiburan' dan 'untuk bisnes' kehidupan yang lebih baik. 



Jika anda datang menyaksikan filem ini dengan rasa dan tujuan seperti anda tersenyum menonton 'Songlap' yang berjaya 'menyonglap' minda penonton, lupakan aja. Atau sekiranya anda datang untuk menghiburkan hati anda sekeluarga, filem ini mampu mengubati jiwa dan masa anda..

Tepuk dada.. tanya selera.. 

DUNIA HIBURAN 2012 ASTRO - FIESTA SD / HD..


Mulai 26 Disember 2011 hingga 8 Januari 2012, Stesen TV Digital Berbayar, ASTRO memperkenalkan 6 saluran percuma. Bersiaran secara ekslusif di 3 saluran SD ( 150 ASIA FIESTA, 151 INTERNATIONAL FIESTA, 152 FOX FAMILY) dan 3 saluran HD buat pelanggan Beyond HD ( 155 ASIA FIESTA HD, 156 INTERNATIONAL FIESTA HD, 157 FOX FAMILY HD) Astro Fiesta 2011 merupakan saluran hiburan berdefinisi tinggi bagi meraikan sambutan tahun baru 2012.

Menyediakan program hiburan tanpa sempadan, ASTRO FIESTA 2011 / 2012, menyajikan kandungan hiburan, muzik dan filem yang cukup menghiburkan. Bagi anda peminat dunia hiburan tempatan dan antarabangsa, pastikan temujanji anda di ASTRO FIESTA 2011 yang dipancarkan secara percuma buat semua pelanggan Astro yang disayangi. 

sebarang maklumat berkaitan kandungan FIESTA, sila klik di sini.

enjoy!

Isnin, 26 Disember 2011

Jason & Orked Story : Part 1 - WEEWEECHU


WEEWEECHU
  by Hassan Abd Muthalib




One beautiful December night, JASON & ORKED were sitting by the side of the Klang River. In spite of the mud in the river, the stars in the sky were still reflected in it. This was a source of wonder for them both but like true Malaysians, they fervently whispered, 'Malaysia Boleh!' Then -

ORKED:  Hey, sayang. Let's play weeweechu .

  JASON:  (Getting closer to her). Oh no, not now.

ORKED:  C'monlah, sayang! It's been a great year for Yasmin!

  JASON:  What do you mean?

ORKED:  Too much char kuay teow has addled your brain.

  JASON:  But I thought Mukhsin didn't win at the Malaysian Film Fest & Anugerah   
                  Skrin?

ORKED:  Not that onelah!

 JASON:  Wah! Mukhsin so far got 5 international awards. Berlin, 2 awards; Best
                 ASEAN film at Cinemanila; NETPAC award in Jakarta; latest one in
                 Switzerland. Fuyoo!  Grandfather nyamuk award, huh!

ORKED:  Also Yasmin got Retrospectives in international fests like Tokyo;
                 Thessaloniki, Greece, and Golden Horse in Taiwan; Osaka Asian Film Fest &
                 also at University of Hawaii.

  JASON:  See, I told you Malaysia Boleh! Sepet also got international awards at Creteil.

ORKED:  That one nyamuk festlah!

  JASON:  Heh, heh! What about the Best Asian Film award at the 2006 Tokyo
                 International Fest? And being on 2 international juries?

ORKED:  Er – uh –. Looks like Yasmin is the most internationally-honoured mainstream
                 Malaysian director. How come no recognition for her here?

  JASON:  Maybe next yearlah. Malaysia Boleh!

ORKED:  How come Yasmin don't want to enter Mukhsin in KL International Fest?

  JASON:  That's what the newspapers want you to believe! Especially, (whispers) with
                  that joker in one newspaper.   

ORKED:  (In horror). You mean – he's still around? The floods didn't wash him away?

  JASON:  You so bad one! (Whispers). Next year we'll give him an all-expenses paid
                  trip to the East Coast. During the monsoon.

ORKED:  Oi, you lagi teruklah! You security threat! (Whispers). I'll pay half of it! So
     why Mukhsin not entered in KL Fest? The film belongs to Grand Brilliance
     not Yasmin.

  JASON:  Mukhsin not in the five films in finals for Malaysian Film Fest so the
                  organizing committee agreed not to submit it.

ORKED:  Enough of the depressing news. Let's sing!

JASON/ORKED:  Weeweechu a Merry Christmas,
      Weeweechu a Merry Christmas,
      Weeweechu a Merry Christmas,
      And a Happy New Year!

DAVID TEH O:  (Offscreen): Mau masat, ka?

Sabtu, 24 Disember 2011

'MR MUSCLE BEACH 2011 MALACCA' DI BANTAH!

 Pergh.. dasyat giler.. program ini.
 Penganjuran Mr Muscle Beach 2011 yang di adakan baru-baru ini di Tanjung Bidara, Melaka mendapat tentangan hebat Dewan Pemuda Pas negeri Melaka.

Antara Berita Menarik:-

oleh: Ketua Penerangan DPPN Melaka



Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kesal dengan program Pesta Pantai Melaka yang di lihat tidak sensitif dengan nilai agama dan tidak menggambarkan nilai ketimuran orang Melayu.
Merujuk acara Mr. Muscle Beach yang menjadi antara aktiviti di Pesta Pantai Melaka yang di adakan pada 9 hingga 12 Disember lepas di Pantai Tanjung Bidara.

Program ini bertujuan menarik pelancong luar dan tempatan untuk menikmati percutian di pantai Tanjung Bidara ini selain mempromosikan lokasi ini kepada pengunjung.
Di katakan terdapat 20 acara yang di adakan sepanjang tempoh pesta tersebut di jalankan seperti persembahan silat, pameran sejarah, galeri dari beberapa agensi kerajaan dan swasta dan banyak lagi termasuk acara Mr. Muscle Beach.

Apa yang membimbangkan, acara Mr.Muscle Beach ini di lihat tidak sesuai di adakan lebih-lebih lagi di khalayak umum yang mana semua golongan masyarakat hadir menyaksikan termasuk kanak-kanak.
Ianya kelihatan janggal apabila acara seperti ini di adakan di tempat terbuka dan di kawasan majoriti masyarakat Melayu Islam.

Tidakkah ianya suatu yang agak memalukan dengan persembahan dan tayangan bentuk badan tanpa seurat benang, hanya seluar dalam yang menutup tubuh? Ianya juga jauh dari nilai dan adab budaya Melayu yang menjadikan batas agama sebagai pelindung selain menjadikan sifat malu itu sebagai asas dalam ajaran Islam. Sedangkan Islam sendiri membataskan aurat agar tidak di tayang di khalayak ramai. Tidak di nafikan ada acara-acara lain yang memberi manfaat kepada pengunjung tetapi alangkah baik ianya tidak di cemari dengan acara yang di luar batas dan adab agama dan Melayu seperti ini.

Seharusnya peranan kerajaan negeri sebagai pendidik rakyat harus menerapkan budaya sopan santun dan adab sopan yang di amalkan dalam agama dan budaya Melayu melalui program-program yang dia dakan. Bila mana agama melarang sesuatu, sebagai contoh membuka aurat sudah pasti ia ada keburukannya kerana sifat malu yang seharusnya menjadi pendiding untuk tidak melakukan maksiat telah di buang. Seperti mana keruntuhan akhlak dan moral remaja yang berlaku hari ini kerana hilangnya sifat malu dan tidak takut pada dosa.

Sudahlah pengaruh barat telah masuk ke setiap rumah melalui televisyen, kini kerajaan negeri pula memperkenalkan lagi acara yang di lihat mempromosikan lagi budaya Barat melalui acara tayangan bina badan di khalayak ramai ini.



Jumaat, 23 Disember 2011

APA AKAN TERJADI SEKIRANYA SEMUA FILEM DI PAWAGAM TIDAK DITAPIS LPF?


Apabila Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pada tahun 2012, semua filem yang akan ditayangkan di pawagam tempatan tidak perlu melalui LPF (Lembaga Penapisan Filem) lagi. Ini bermakna satu kebebasan kepada semua pembikin filem tempatan samada penerbit atau pengarah filem dalam menayangkan filem mereka di pawagam. Apakah ini juga termasuk bagi filem-filem dari luar negara ke Malaysia?. Seandainya ia benar dan sama rata, maka filem kita bebas berputar di pawagam dan begitu juga filem-filem dari luar negara ; termasuk yang mempunyai elemen seks, seks songsang, dan agak melampau ditayang bebas dipawagam tanpa sekatan. 

Walaupun cadangan ini akan berkuatkuasa 2012, pihak KDN perlu melihat ia secara positif malahan juga secara negatif. Secara positifnya, karyawan filem kita akan bebas berkarya, yakni mereka akan menghasilkan banyak adegan yang tak terfikir dek akal ( selama ini dipotong LPF) misalnya adegan tipikal seram, ganas, pembunuhan, seks dan sebagainya, maka kesan negatif akan timbul pada penonton di mana mereka bebas menonton sesebuah filem di pawagam tanpa tahu bahawa filem tersebut ada adegan melampaui batas. Ini akan memberi impak negatif pada perkembangan minda generasi muda khususnya kanak-kanak, remaja bersekolah dan sebagainya. Bukan mempersoalkan tindakan KDN yang dikatakan tidak masuk akal, namun sekiranya LPF itu tidak wujud lagi, maka kawalan terhadap sesebuah filem di pawagam perlu ada. Ini bermakna sesebuah filem itu perlu dilabelkan sebagai  TONTONAN 18 TAHUN KE ATAS atau TAYANGAN UMUM. 

Kawalan filem tanpa tapisan LPF perlu diambil perhatian oleh pihak KDN dan pihak FINAS sendiri agar mana-mana filem yang akan ditayangkan di pawagam samada filem dari luar negara dan filem tempatan tidak akan menimbulkan kontroversi sebaik saja ia berputar di semua pawagam seluruh Malaysia. Walaupun pihak KDN mengeluarkan kenyataan bahawa tiada tapisan oleh LPF bagi semua filem dipawagam, ini bermakna tapisan akan dibuat oleh penerbit dan pengarah sesebuah filem. Persoalannya, apakah kita bebas berkarya?. Tidak jawapannya. Kerana, sekiranya kita menghasilkan adegan ranjang atau melampaui batas sehingga mencetuskan kontroversi dan menimbulkan pelbagai polimek, maka penerbit atau pengarah sesebuah filem perlu bertanggung jawab. Persoalan ini perlu difikir secara kritis oleh semua karyawan dan anak seni tempatan di Malaysia. Jangan kerana tanpa LPF, kita bebas memaparkan visual yang tidak sesuai ditonton penonton tempatan, kerana negara kita Malaysia sebuah negara beragama islam dan memiliki nilai murni dan berbudaya, walaupun sesetengah darinya hilang budaya dan identitinya. 

Malaysia berbeza dari negara lain. Maka kita wajar hormatinya. Sebagai karyawan filem, kita mungkin ingin memaparkan apa yang ada dalam minda dan fikiran kita untuk kita kongsi dengan penonton tempatan, tetapi perkongsian itu perlu kita hadkan agar apa yang kita ingin paparkan dapat diterima walaupun secara zahirnya ia amat menyakitkan. Justeru, jangan menyalahgunakan apa yang diberi dan dibebaskan, kerana ia mungkin akan ditarik balik sekiranya kita mendongak ke langit memikirkan dunia filem kita yang punya..

Tepuk dada.. tanya selera.. wallahuallam.

Khamis, 22 Disember 2011

TIADA TAPISAN FILEM PADA 2012!

  • Mulai tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF), dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan itu diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem.
  • Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira pandangan semua pihak dalam industri perfileman.
  • Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.
  • Beliau berkata, mana-mana filem yang telah menjalani proses penapisan LPF sebelum ini boleh memohon semula untuk mendapatkan kelulusan bagi ditayangkan tanpa tapisan.

Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara.

Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.

"Dengan kelulusan cadangan tersebut, saya harap semua pihak mengambil iktibar dan tidak mengunakan kelonggaran tersebut sebagai batu loncatan untuk memasukkan adegan-adegan yang melampau dalam sesebuah filem demi untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Suka saya tegaskan, mereka perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang timbul ekoran penerbitan filem mereka. Oleh itu mereka sendiri perlu menilai cita rasa penonton di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hala Tuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia anjuran Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Terdahulu Mahmood turut menyampaikan Anugerah Penggiat Filem kepada Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam, Penerbit Metrowealth (MIG), David Teo dan seorang penggiat filem dan penulis, Dr. Asiah Sarji

Menurut Mahmood, kementerian juga akan memainkan peranan untuk memberikan penerangan kepada penonton terhadap sesebuah filem mengikut genre masing-masing.

"Antara langkah yang akan diambil kementerian ialah meletakkan keterangan mengenai sesebuah filem di skrin pawagam sebelum ia ditayangkan.

"Langkah ini juga diambil demi memenuhi kehendak rakyat yang mahukan kebebasan dalam industri perfileman, tetapi rakyat jangan lupa jika ada filem barat yang ditayangkan mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan akidah atau agama mereka perlu menilai sendiri untuk menonton atau tidak," katanya.

Sementara itu katanya, mana-mana filem yang telah menjalani proses penapisan LPF sebelum ini boleh memohon semula untuk mendapatkan kelulusan bagi ditayangkan tanpa sebarang tapisan.

"Ini bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk penerbit filem terdahulu yang terpaksa menjalani proses tapisan filem ketat sebelum ia dibenarkan untuk tayangan," katanya.

Dalam pada itu katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem luar negara yang dibawa untuk ditayangkan di negara ini, kementerian akan memanggil syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk filem terbabit untuk mendapat penjelasan.

p/s: Apakah komen dan pandangan beberapa pembikin filem, produser dan pengarah filem diluar sana?. Tapi ingat, jangan mengambil ini sebagai peluang untuk anda memaparkan pelbagai adegan melampaui batas. Tepuk dada tanya selera..

Rabu, 21 Disember 2011

DATO' SITI NURHALIZA PREMIERES on HISTORY™ and HISTORY HD! - JANUARY 2012!!



Premieres Wednesday, 11 January, 10PM on HISTORY™ and HISTORY HD

HISTORY™ will premiere a special biography on 11 January, 2012 on HISTORY™ on Astro Channel 555 and HISTORY HD on Astro Channel 575. This one hour biography, Siti Nurhaliza documents the life of the iconic songstress from her early childhood years through adulthood and her rise to fame.

The multi-talented Dato’ Siti Nurhaliza is a record producer, song writer, television presenter and recently an entrepreneur with her own line of beauty products called SimplySiti. Early July this year, she won her 10th Regional Most Popular Artiste in a row beating other fellow artists from Malaysia, Indonesia and Singapore.

From the tender age of nine Siti discovered the meaning of providing for her family after having gone through a series of hardships. Her prowess in the vocal department captured her listeners from the onset and when Siti won the Bintang RTM in 1995, record companies were already bidding for her. Her eponymous debut album – Siti Nurhaliza was released in 1996. Siti only 16 at the time may have appeared naïve, but she was rooted in her principles. Against industry standards and expectations, Siti stood her ground and set principles driven limitations to much criticism. Siti juggled work and school at the beginning of her career and nearly did not compete in a popular awards show, Juara Lagu that eventually turned Siti into an overnight star. After Juara Lagu 1996 there was no stopping her. School was over and career took centre stage. Siti’s rural image and taste drew attention throughout her career. Like in many things Siti overcame it by improving herself and by sticking to her principles.



The documentary explores further the life of this successful songstress through interviews with her family members and personalities from the industry, such as Rozi Abdul Razak – Sister In Law/Manager, Najip Ali, Jennifer Thompson, Zainal Alam kadir, Adnan Abu Hassan, Nurul Shukor, Michael Ong, Christian Alexanda and Bryan Buoro.

“Siti’s story is one that is truly inspirational. She is indeed one of Malaysia’s treasures and we are honored to have her story produced and aired on HISTORY™ and HISTORY HD” said Chris Humphrey, Executive Producer for AETN All Asia Networks.

Siti Nurhaliza will premiere on January 11, 2012 @ 10 pm exclusively on HISTORY™ (Astro Channel 555) and HISTORY HD (Astro Channel 575)

Encore Telecast Details:
11 January 2012 Wednesday 10 pm
12 January 2012 Thursday 8 pm
14 January 2012 Saturday 6 pm
15 January 2012 Sunday 9 pm



About HISTORY™

HISTORY™ is the leading destination for revealing, award-winning original non-fiction series and event-driven specials that connect history with viewers in an informative, immersive and entertaining manner across multiple platforms. Programming covers a diverse variety of historical genres ranging from military history to contemporary history, technology to natural history, as well as science, archaeology and pop culture. Among the network’s program offerings are hit series such as Pawn Stars, American Pickers, Ice Road Truckers, Hidden Cities, World War II: The Lost Films, Battle 360, The Universe and Monster Quest. For more information, please visit www.historyasia.com.

About RED COMMUNICATIONS SDN. BHD.

Red Communications Sdn. Bhd. was set up in 1999 as a Production House with a mission to inspire change through innovative content. The company’s strength is its people power; dedicated producers who deliver projects and creative talent that will ensure new and exciting ideas. Red Communications has built its reputation over the years as a leading Production House in entertainment and informative content specializing in Women, Children and Youth Issues.

In 2004, a subsidiary company for filmmaking called Red Films was formed. It focuses on creating the business entity that authors the activities of independent film makers & directors. It produces movies to be marketed through the traditional avenues of distribution in the theater circuit, videogram and terrestrial TV and new alternative media.

Biographies:

Chris Humphrey – Executive Producer, AETN All Asia Networks

Chris Humphrey is a British born TV producer based in Singapore. After working for a BBC magazine in London, Chris taught English and music to secondary school students in and around his home town of Cambridge UK. It was after working as a travel writer that Chris came to Singapore in 1998 and set up his own production company. He has produced for Discovery Channel and National Geographic Channel before joining AETN All Asia Networks as Executive Producer in 2008, following 10 years of television production

LINA TAN – EXECUTIVE PRODUCER of Siti Nurhaliza

Upon graduating with a Film and Television degree from USM (Malaysia Science University) in 1991, Lina entered into the world of television commercial production, working in production houses in Malaysia as a Producer.

In 1999, Lina founded Red Communications Sdn Bhd to focus on creating innovative and meaningful content. She has created a variety of television programs and commercials, specializing in youth, kids and women issues. Lina believes that content can provide entertainment for the masses and yet be socially responsible, making her company’s mission to inspire change through innovative content. This is evident by the range of creative work produced in Red Communications and the Awards received for it.

BERNARD CHAULY – DIRECTOR of Siti Nurhaliza




p/s: Amy dikhabarkan masa Launching Documentary ini, wakil FINAS tidak dijemput langsung untuk sama-sama memeriahkan aktiviti yang diadakan, sedangkan projek ini adalah terbitan FINAS dan RED FILMS. Ape cer beb?. Namun, aku masih menunggu Original DVD dan Tape Beta Documentary ini untuk disimpan sebagai rujukan dan bukti penerbitan!.

Selasa, 20 Disember 2011

SESUATU YANG MENARIK MENGENAI ALLAHYARHAM YASMIN AHMAD




Allahyarham Yasmin Ahmad pernah bilang sebelum kematiannya, 'Dia mengharapkan orang mengingati semua karyanya seperti Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin dan Muallaf. Jikalau mereka lupa siapa pengarah atau pembikinnya sekalipun, dia tidak kisah.. yang penting orang mengingati akan karyanya.. '



Ketika mengatakan kita hanya mempunyai Satu Malaysia, kita juga hanya mempunyai seorang YASMIN AHMAD. DIA SATU DALAM SEJUTA.



Video di atas ini adalah video ekslusif yang dihasilkan sebelum detik kematiannya..
Moga rohnya tenang di sana.. Amin..

p/s: Aku mengharapkan akan ada pihak yang tampil menghasilkan YASMIN AHMAD SPECIAL BOX SET. kumpulkan semua filem arahannya dalam Box DVD - Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin dan Muallaf.. Masukkan juga video-video yang mengingati Yasmin.. Moga ia menjadi koleksi abadi sepanjang zaman..

Isnin, 19 Disember 2011

OMBAK RINDU MILIK PENONTON...



Terlebih dahulu aku ingin ucapkan tahniah buat team produksi Ombak Rindu termasuk penulis novelnya, Fauziah Ashari dan pengarahnya, Osman Ali , telah berjaya membuktikan genre melodrama diterima ramai. Filem kelapan terbitan Astro Shaw dan Tarantela Pictures yang diadaptasi dari novel selepas Lagenda Budak Setan, Ombak Rindu mempunyai kekuatannya tersendiri. Aku percaya, rata-rata penonton ketagih ke pawagam menonton Ombak Rindu selepas membaca novelnya, apatah lagi alunan muzik tema nyanyian Hafiz dan Adira, menguatkan lagi isi cerita filem ini.




Ombak Rindu ditangan Osman Ali cukup berbeza impaknya. Diadaptasi dari novel tulisan Fauziah Ashari, sememangnya Ombak Rindu milik penonton. Aku tertarik dengan filem ini sebab nama pengarahnya, Osman Ali. Beliau bermula kerjaya dengan filem kontroversinya, Bukak Api dan Malaikat Di Jendela. Seterusnya ia melangkah pulak ke dunia komersial melalui Puaka Tebing Biru dan Cun. Anak Halal pula ada cebisan kisah masyarakat terpinggir, sepertimana Ombak Rindu yang memberi fokus kepada watak Izzah, lakonan berkesan Maya Karin., dipaksa menjadi pelacur. Menariknya filem ini terletak pada sinematografinya. Terus terang aku cakap, Ombak Rindu merakamkan sudut fotografi yang amat cantik, daripada Khalid Zakaria. Percayalah.. ini kekuatan Ombak Rindu selain daripada runut bunyi dan lagu temanya.. Tetapi, apa yang aku boleh cakap ialah sentuhan Osman Ali sedikit sebanyak terpengaruh dengan filem-filem dari Bollywood. Korang perhatikan scene Izzah terjatuh ke jalan, di luar pusat hiburan ( dimana Izzah dilacurkan). Hujan turun rintik-rintik menjadi lebat. Pergh.. dark cinematografi. Aku rasa macam aku menonton filem dari luar negara. Cuma yang membezakannya ialah dari segi bahasa. Ombak Rindu membuatkan air mata penonton jatuh ke pipi, hati berombak laju.. seterusnya anda pasti merindui orang yang anda sayang.




Elemen seksual memang tidak dapat lari daripada karya Osman Ali. Perhatikan karyanya sebelum ini, Bukak Api, Malaikat Di Jendela, Puaka Tebing Biru dan Anak Halal, semuanya mempunyai adegan seksual yang agak tersusun dan kadangkala mencetuskan kontroversi. Begitu juga dengan Ombak Rindu, yang mempertaruhkan hubungan seks antara Maya Karin dan Aaron Aziz. Semuanya hanya lakonan bagi memantapkan isi cerita. Persoalannya, bukankah penonton kita akan tertarik dengan sesebuah filem apabila ada adegan ranjang?. Usah mempertikaikannya, sebab ada jugak yang akan menontonnya. Please no horny, when u watch all movie have a sexual elemen or sex scene!.



Kutipan Ombak Rindu mencecah RM 10.25 juta. Satu angka yang maha dasyat dari kutipan filem bergenre drama melankolik sebelum ini. Ini filem komersial Osman Ali yang amat berjaya daripada karya-karyanya sebelum ini. Tetapi, aku teringin sangat nak menonton karya seperti Bukak Api lagi ( bukan filem komersial) dari Osman Ali. Jangan terlalu taksub dengan aliran komersial yang menguntungkan, namun aku percaya Osman Ali ada jawapannya kenapa ia beralih arah dari filem Indie ke filem komersial.



Ombak Rindu sememangnya sebuah karya yang menyentuh perasaan semua penonton.'Ia sebuah telefilem atau telemovie yang amat baik', kata Hassan Muthalib. Tanpa bahasa filem atau falsafah yang memeningkan, Ombak Rindu boleh dianggap milik penonton sepenuhnya. Namun, aku menunggu durasi filem ini dipanjangkan (khabarnya ada beberapa scene dipotong untuk cukupkan tempoh tayangan dipawagam) dihasilkan dalam bentuk DVD dengan Director Cut. Mungkin pihak Astro 1st boleh menayangkan filem ini dengan durasi yang agak panjang ; jika pihak penerbit mahu berkongsi rasa dan karya mereka. Insyaallah.




p/s: Menunggu karya terbaru Osman Ali - Bara Jiwa ( Taiko). Maaf ye.. Ulasan aku terlalu ringkas. Ia bukan ulasan tapi catatan sekadar diari je. Nak baca Ulasan atau kritikan bagus.. sila ke blog Ajami Hashim dan Fadz Tonton Filem ye..

Ahad, 18 Disember 2011

APAKAH YANG DICARI DALAM FFM24?





Oleh : Hassan Abdul Muthalib
Artikel ini merupakan artikel penuh tulisan Hassan Muthalib. Edisi yg disiarkan hari ini di Utusan Malaysia adalah edisi yg telah disunting oleh editor. Harap maklum.

Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) masih terus diperkatakan, kali ini melalui tulisan Dr Naim Ahmad bertajuk Hikmah Sebalik Kontroversi FFM dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu. Saudara Naim adalah kenalan saya dan kami pernah duduk semeja sebagai ahli panel penjurian di beberapa festival drama TV dan filem.

Terus terang saya katakan kami tak pernah sependapat mengenai filem naratif dan teknik penyampaiannya. Itu tidak menghairankan kerana bidang kami amat berbeza. Saya adalah seorang pembikin filem yang juga menyelami aspek teori, praktis dan falsafah. Naim pula seorang sarjana yang ada pengalaman membuat filem-filem dokumentari. Ilmu filemnya pula sekadar menggunakan filem dalam pendidikan.

Saya tertarik dengan tulisan Naim kerana apa yang beliau ceritakan tentang seni sememangnya menjadi pegangan saya. Naim berpendapat sifat seni adalah ”cantik, indah, halus, bersih, baik dan benar”, dan ”seorang seniman adalah seorang ’sufi’...seorang sufi juga seorang seniman. Sufi dan seniman sekali gus menyatu secara harmonis dalam diri seseorang untuk menjadi insan hebat....”

Naim juga banyak menyebut nama Allah sepanjang tulisannya. Namun saya tertanya-tanya: apakah kesemua yang disebutnya itu merujuk kepada manusia-manusia ’sufi’ yang melahirkan karya yang ”cantik, indah, halus, bersih, baik dan benar” yang sudah diangkat sebagai jaguh-jaguh dalam FFM24? Atau pun ia merupakan satu sindiran terhadap Dr. Hatta Azad Khan dan artikelnya bertajuk Apa Yang Juri Cari (Mingguan Malaysia pada 20 November 2011), tentang cara dan kaedah penjurian di sesuatu festival?

Hatta tidak rujuk kepada FFM24 atau pun menyebut nama Naim. Maka bagaimanakah Naim boleh menyindir Hatta dengan kata-kata yang kurang beradab seperti ”orang sini”, ”janganlah tinggi diri dan mencari kepentingan diri” dan mempersoalkan samada Hatta sudah ”menjelajah ke semua sekolah filem di serata dunia....atau menyelak buku panduannya saja?” Untuk pengetahuan Naim, Hatta memang telah menjelajah ke banyak sekolah filem di dunia, antaranya di Amerika, England, Australia, Jepun, Korea, India dan China, selain menghadiri beberapa festival filem antarabangsa.

Naim seterusnya menyindir dan meletakkan Hatta pada tahap ”guru besar” dan ”pelakon tambahan.” Itu adalah satu penghinaan yang datangnya dari seorang sarjana yang berulangkali menyebut nama Allah dan bercakap tentang seni dan Islam.

Naim juga menyarankan supaya Hatta tidak meninggi diri. Tetapi dalam nada yang sama, Naim mengatakan ”Jangan terperanjat kalau ada pihak akan membicarakan filem...daripada perspektif Iqra’ atau mengupas ’ilmu melihat wayang menggunakan mata hati dan mata hakiki’ daripada aspek ilmu terus mata dan konsep koramah, kasyaf dan ilham”.

Wah, hebat betul! Setakat yang saya tahu, yang mempunyai kebolehan seperti ini adalah auliya’, atau sekurang-kurangnya guru yang mursyid! Kalau tak silap pembacaan saya, ini tentunya merujuk kepada Naim sendiri dan ahli-ahli panel juri yang lain (yang tidak mempunyai ilmu dalam bidang filem). Bolehkah Naim terangkan bagaimana semuanya itu boleh diukur dengan ”ukuran skala likret” ciptaannya yang sudah diterima oleh penganjur dan digunapakai oleh juri FFM24?

Malangnya ilmu-ilmu luar biasa yang disebutkan Naim tidak digunakan untuk meneliti maksud Hatta dalam pembicaraannya. Sebagai contoh, Hatta tidak menyarankan untuk membuat filem-filem hiburan semata-mata. Katanya, jika filem-filem sedemikian dicalon untuk anugerah, ”ia akan mengejutkan si pembuatnya dan sekaligus menyerlah-kan kedangkalan si juri yang memilih.”

Artikel Hatta ditulis sebelum keputusan akhir diumumkan di malam kemuncak FFM24. Awal-awal lagi Dr Hatta sudah nampak tanda-tanda ada sesuatu yang tak kena dengan penjurian selepas pemenang awal diumumkan di Malam Pembukaan Anugerah Cipta. Hatta adalah seorang sarjana dalam bidang filem dan teater yang selalu berfikir sebelum bercakap. Beliau seorang penulis dan pengarah filem yang sudah menerima pelbagai anugerah di dalam dan di luar negara. Hatta juga seorang ahli akademik yang pernah berkhidmat di beberapa universiti yang melahirkan graduan dalam bidang teater dan perfileman.

Hatta tentunya memikirkan nasib dan masa depan graduan-graduan perfileman di seluruh negara. Mereka ini merupakan penglipur lara di zaman siber yang melahirkan karya-karya yang mantap, yang bercakap tentang bangsa dan negara tetapi kecundang kerana ”kedangkalan” juri yang lebih gemar mengangkat filem-filem yang mempromosi budaya samseng, budaya rempit, budaya hantu, budaya keganasan dan budaya CGI!

Sudah sampai masanya untuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) mencari alternatif dalam penganjuran Festival Filem Malaysia (FMM) yang benar-benar boleh membawa manfaat kepada industri keselurahnnya dan bukan untuk kepentingan beberapa pihak tertentu.

Kontroversi luar biasa telah tercetus dalam FFM23 dan FFM24 (lihat saja dalam tulisan di akhbar-akhbar, blog-blog dan di Facebook). Ianya perlu dielak untuk mengangkat imej FFM sebagai satu festival yang disegani (dan mampu menarik penaja). Pada pendapat saya, FFM masih boleh diterajui oleh Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) tetapi pemilihan ahli panel juri tidak lagi diserah kepada Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM).

Ahli Jawatankuasa Penjurian jangan lagi terdiri dari kalangan ahli-ahli PFM yang FFM23 dan 24, yang pada hemat saya, sudah memilih panel juri ”yang selamat”. Pada pendapat saya, hanya pengarah-pengarah filem sahaja yang layak menjadi ahli panel juri dan boleh disokong oleh sarjana yang ada mempelajari ilmu filem (dan bukannya mereka yang berkelulusan dalam bidang pendidikan, media atau komunikasi).

Sebelum itu, disarankan supaya FINAS melakukan satu bedah siasat ke atas penjurian FFM24 (supaya berlaku adil kepada ahli-ahli panel juri juga). Dengan itu, khalayak boleh mengetahui apa yang sebenarnya sudah berlaku dan samada segalanya dibuat dengan ”kejujuran, keikhlasan, kesepakatan, setia kawan, ketelusan, kesahan dan kerahsiaan” seperti yang dinyatakan oleh Naim. Undanglah beberapa tokoh filem seperti Datuk Paduka Shuhaimi Baba, U-Wei Hajisaari dan Dr Mahadi Murad untuk bersama.

Kesilapan di Anugerah Industri Musik baru-baru ini sudah pun diakui dan diperbetulkan. Kredibiliti FFM akan menyerlah sekiranya perkara yang sama dilakukan oleh penganjur festival. Kredibiliti inlah yang seharusnya dicari supaya penjurian FFM akan datang tidak lagi menjadi mangsa mereka yang kurang matang dan tidak berilmu. Ingatlah kata-kata Nabi, s.a.w., tentang penyerahan tugas kepada mereka yang bukan ahli dalam sesuatu bidang yang pastinya akan membawa kepada kehancuran.

Filem-filem yang mantap akan diakui sejarah. Filem-filem picisan akan hilang ditelan zaman. Sinema Malaysia kini di persimpangan. Mampukah kita – atau lebih tepat lagi – beranikah kita untuk menyelamatkannya?

- Posted using BlogPress from my iPhone

DISEBALIK BICARA MEDIA.. MOHD NAGUIB RAZAK - KETUA PENGARAH FINAS.


Jawatan Ketua Pengarah FINAS yang diterajui Mohd Naguib Razak, telah mencetuskan kontroversi di dada-dada akhbar. Pelbagai spekulasi negatif dilemparkan media kepada Naguib seolah-olah beliau 'gila kuasa' ataupun 'tidak menjalankan tanggung jawab dengan sebaiknya'. Ketika diajukan soalan berkaitan jawatan yang disandangnya serta pelbagai isu yang timbul sejak kebelakangan ini, Mohd Naguib Razak tampil membuat kenyataan media pada Jumaat lepas di Mixstage Studio, Finas, yang dihadiri ramai rakan media cetak dan elektronik. Dalam kenyataannya itu, Naguib mengatakan apa yang ditulis media itu adalah tidak berasas dan tidak masuk akal!. Jom kita lihat apa yang diperkatakan Naguib dalam bicara media tersebut:-

1. “Kalau sudah ditetapkan rezeki saya di sini (Finas), saya akan terus memikul tanggungjawab ini dan kalau tak mampu, mungkin saya berundur tetapi benda ini (berundur) tak akan timbul kerana saya yakin dapat merentasi cabaran dan halangan itu.
2. “Saya bersedia menerima tawaran sebagai KP Finas berdasarkan pengalaman 15 tahun dalam industri dan tumpuan saya bukan kepada dokumentari sebagaimana hangat diperkatakan kini.
3. “Pembabitan awal saya dalam industri ini adalah filem cereka, di mana saya pernah menulis skrip dan terbabit dalam pengiklanan.
4. “Selain itu, saya pernah bertugas di ABU (Asia-Pacific Broadcasting Union), berkhidmat di Astro, menghasilkan filem, animasi serta banyak jaringan kerja pada peringkat antarabangsa. Saya sudah bekerja dalam pelbagai bidang dan cabang seni serta sangat memahami perjalanan industri ini.
5. Saya lebih terarah kepada dokumentari kerana sukar mendapatkan dana membuat filem.
6. Saya sedia berbincang dengan penggiat seni kerana jawatan KP ini bukan untuk saya seorang tetapi untuk menggerakkan industri. Apapun komen, saya terima dengan hati terbuka tetapi berkenaan isu kecil, tak perlu saya jawab.




Pertemuan dan Program di Hotel 5 Bintang.

1. Mana ada saya suka bermewah. Kadangkala imej nampak mewah tetapi kos tak tinggi pun. Setiap yang saya buat mesti ada sebab dan bukan sengaja memilih hotel berbintang untuk berbincang.
2. Kos Malam Anugerah Festival Dokumentari Finas 2011 pada 11 Disember lalu, tidak sampai RM300,000. Saya rasa perbelanjaan itu berbaloi kerana Finas menjemput lebih 50 delegasi luar negara untuk menghadiri forum dan malam anugerah itu. Sewajarnya mereka menginap di hotel bagus dan selesa kerana mereka tetamu kita. Jadi untuk menjimatkan masa perjalanan dan sebagainya, lebih baik saya terus mengadakan perjumpaan di sana.
3. Bukan selalu diadakan pertemuan di tempat eksklusif, ada juga dibuat di Finas. Tengoklah pada keadaan dan keperluan.




Isu Pegawai Khas

1. Pegawai khas dikatakan itu hanya pembantu biasa dan dia tidak terbabit dalam sebarang urusan dan pentadbiran di Finas. Dia tolong angkat beg, buatkan kopi dan bukan sepanjang masa dia bersama saya. Kalau tak perlu, saya tak bawa dia pun.
2. Untuk urusan kerja, saya tetap merujuk kepada timbalan saya dan pegawai lain di Finas. Saya tidak pernah ketepikan sesiapa pun di Finas. Semuanya masih berfungsi seperti biasa. Setiap jabatan dan bahagian di Finas sangat penting untuk kejayaan Finas dan industri.
3. Saya juga belajar perkara baru, termasuk protokol berurusan dengan pelbagai lapisan orang daripada peringkat paling rendah hinggalah mereka yang di kedudukan tertinggi. Ini semua komen nakal.


Diharapkan tidak akan timbul sebarang spekulasi negatif lagi. Beliau menjelaskan ia semua adalah komen nakal yang cuba menjatuhkan reputasinya sebagai Ketua Pengarah FINAS yang baru.

Harap maklum.

Jumaat, 16 Disember 2011

'RABUN MATANYA SEPET...'



Mata Rabun boleh melihat..
Mata yang Sepet terkucup manja
Hati yang lara jangan gabra
Cinta Gubra Cinta Sejati

Hati berkias gerimisnya senja
Hati Mukhsin lukanya dalam
Muallaf sejati mencari cinta
dipelusuk dunia dirungkai jua..

Lagu berkumandang irama malam
nyaring suaranya memecah dingin
dunia menangis awan berbisik
Talentime pasti ke temu jua

Filem berputar semakin laju
semakin dalam perlahan rentaknya
Andai wayangnya pergi jua
namanya pasti ku kenang di jiwa..



*****

Jujur ku katakan aku amat merindui sentuhannya..apabila aku menonton sesebuah filem di pawagam.. aku masih tercari-cari apakah sinema kita.. sinema Malaysia masih punyai karyawan setaraf Allahyarham Yasmin Ahmad?. Aku tersenyum bila ku melihat industri filem kita mula mengorak langkahnya. Dari filem indie hinggalah ke filem komersial box office, semuanya memaparkan kejayaan tertinggi anak seni kita.. Cuma.. aku mengharapkan akan ada penyambung warisan bagi filem-filem sealiran Yasmin Ahmad.

Kini.. ku temui mereka.. ...Dalam Botol ditangan Khir Rahman cukup simbolik dan indah bahasa filemnya... Itulah sebuah 'filem' yang original.. 'filem' yang dianggap 'karya filem' adalah sebuah filem yang tahu nahu dan bahasa visual dan bahasa filemnya. Apabila aku menonton 'Songlap' karya Effendee dan Fariza semalam.. tamparan yang cukup hebat bagi sinema kita. ia adalah sebuah karya filem. Aku bangga sebab ia berjaya membuktikan ia adalah karya filem bukan filem telemovie atau drama tv atau drama minggu ini.. Cuma, aku menantikan Bunohan karya pengarah Dukun, Dain Said tahun hadapan.. Apakah Sinema kita akan banyak karya yang betul-betul dianggap sebuah 'filem'.. ?

Itu akan terungkap seandainya karyawan kita bijak menghasilkan sesebuah filem. Ia terletak ditangan mereka samada mahu memajukannya atau menghancurkannya. Apa yang pasti aku masih tertanya-tanya 'apakah akan ada pihak yang sanggup dan berani menghasilkan koleksi terbaik filem-filem arahan Yasmin Ahmad dalam Box Set?. Letakkanlah filem RABUN, SEPET, GUBRA, MUKHSIN dan MUALLAF? ; hasilkanlah dalam bentuk Box Set. Aku mahu ia menjadi realiti.. biarlah mereka yang mencarinya.. akan temui dalam satu koleksi terbaik. Barangkali semua pihak perlu berganding baru membuktikannya. Tepuk dada tanya selera..

Wallahuallam

Khamis, 15 Disember 2011

'Prejudis kehidupan.. pasti akan tersungkur'






Hujan lebat yang mencurah membasahi bumi.. menandakan amaran awal dari Allah S.W.T terhadap manusia. Kehidupan manusia di muka bumi adalah sementara, ia berpaksikan janji kita yang perlu kita kotakan selagi kita masih bernyawa dan memijak bumi. Ini pegangan yang termaktub dalam kalimah syahadah yang kita ucapkan ; ia perlu ditunaikan selagi belum mata kita tertutup selamanya.

Keangkuhan manusia mengejar harta kekayaan dan pangkat idaman dunia, bukanlah bermakna kita boleh terus diawangan, mengejar impian yang belum pasti ; hakikatnya kita mendongak ke langit ; menunggu matahari jatuh di ufuk barat. Cinta akan dunia lebih dasyat cintanya kita pada pencipta kita. Kita menipu, menindas, dan penuh hasad dengki adalah lumrah manusia yang ego dan sombong . Ingatlah kita bahawa apa yang kita ada bukan milik kita.. ia milik maha esa pencipta sekelian langit dan bumi.. Sesungguhnya apa yang berlaku dan dialami kini, adalah petunjuk supaya kita berubah diri dan menjadi lebih baik. Jangan mendongak ke atas, pasti kamu akan jatuh tersungkur. Di situ pasti tiada orang yang sudi menghulurkan tangan.. seandainya apa yang kamu buat itu menyakitkan hati ramai pihak..

Amalkan kehidupan tanpa ada rasa prejudis.
Anda mampu mengubahnya