Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 12 Januari 2011

Astro First.. Saluran HD baru Filem-Filem Tempatan!!


Mulai esok, 13 Januari 2011, pelanggan Astro akan menikmati saluran khas di Astro Channel 480, iaitu saluran ASTRO FIRST, sebuah saluran yang akan menayangkan filem-filem tempatan secara ekslusif. Menariknya, saluran yang perlu dilanggan itu merupakan antara saluran digital pertama yang membekalkan filem-filem tempatan setelah 2 minggu ditayangkan di pawagam. Menggunakan medium HD sebagai alternatif siarannya, Astro First menyediakan hiburan berdefinisi tinggi dari pawagam terus ke rumah anda. Cuma untuk memilikinya anda perlu mengikut beberapa syarat yang dikehendaki. Iaitu:-

Pastikan anda menekan saluran 480.

1. Tekan butang biru di alat kawalan jauh Astro dan pilih filem kegemaran anda.

2. Tekan butang biru sekali lagi untuk pengesahan. 3. 13 digit kod SMS akan dipaparkan di televisyen. SMS BUY[13-digit code] ke 32999. Contoh: BUY 1234567891234

Anda akan menerima SMS pengesahan pembelian dan filem tersebut kini boleh ditonton dalam masa lebih kurang lima minit kemudian. Setiap pembelian akan dicajkan ke bil semasa pelanggan. Kadar caj telco akan dikenakan untuk setiap SMS.

Untuk maklumat lanjut, layarilah www.astro.com.my/astrofirst


Ketika ditemui media semasa perlancaran Astro First di Zouk, KL baru-baru ini, Ketua Pegawai Operasi Astro, Mr Henry Tan menjelaskan bahawa:-

'

Astro mensasarkan untuk membawa hiburan masa depan ke setiap kediaman rakyat Malaysia. Astro First merupakan perkhidmatan pertama seumpamanya dalam usaha untuk melakar sejarah industri hiburan. Menerusi Astro First, anda kini boleh menikmati filem-filem terkini yang baru ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia di kediaman masing-masing mengikut keselesaan sendiri. Selepas perundingan demi perundingan dengan pihak-pihak pawagam dan syarikat produksi yang terlibat, kini kami sudah bersedia untuk menawarkan filem-filem terkini di pawagam menerusi platform Astro terus ke kediaman pelanggan dengan nilai yang jauh lebih baik'

Bukan sekadar menawarkan perkhidmatan filem terkini semata-mata, namun platform Astro adalah sekadar memberikan hak dalam urusan mengetengahkan filem yang ditayangkan di pawagam terus ke kaca tv rumah anda tanpa perlu beratur untuk menontonnya di pawagam. Dalam situasi ini kutipan atas penjualan perkhidmatan ini akan memberikan pulangan yang memberangsangkan kepada pembikin atau produser filem dan boleh dikatakan satu iniasitif yang agak positif. Menerusi Astro First juga, para pencinta filem yang menetap di kawasan luar bandar atau tidak memiliki akses ke pawagam, bakal menikmati filem-filem terkini dengan hanya berada di kaca tv sendiri. Ketika ditanya, Tan mewakili pihak Astro menyasarkan sebanyak mungkin filem tempatan ditayangkan, antaranya yang bakal menghiasi slot Astro First adalah filem Ngangkung, Aku Masih Dara, Damping Malam dan Hantu Kak LImah Balik Rumah. Beberapa judul filem lain juga akan menemui penonton yang melanggannya.

Ekslusifnya, pelanggan Beyond HD akan menikmati kesemua filem ini dalam format HD sepenuhnya dengan kualiti bunyi setaraf pawagam. Jika anda berminat untuk mendapatkan saluran Astro First ini atau sebarang pertanyaan, mohon dihubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Astro berdekatan atau sila tekan saluran 480. Pelbagai info terkini dalam menyemarakkan sinema tempatan dari pawagam terus ke layar rumah anda..

p/s: Apakah dengan kemunculan Astro First akan membuatkan ramai yang tidak ke panggung?. Nantikan penjelasan menarik beberapa pembikin dan produser filem berkenaan Astro First ini.

enjoy beb...

1 comments :

kalau macam tuh , tak laku dah lah cerita melayu kat pawagam .