Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 16 Januari 2011

ASTRO FIRST: Setiap Filem 48 Jam...

'Astro First', saluran filem tempatan diperkenalkan Astro mulai 13 Januari 2011 yang mula bersiaran menerusi 5 saluran utama iaitu 481, 482, 483, 484 dan 485. Peminat filem tempatan yang melanggan pakej Beyond HD berpeluang menonton Ngangkung dalam Format HD menerusi saluran 483 Astro. Membawa sinema tempatan terus ke rumah anda, Astro First mensasarkan filem-filem terbaik dengan tempoh tayangan 48 jam sahaja tanpa henti di saluran Astro First anda. Peminat filem yang berminat untuk membeli salah satu filem yang ditayangkan antaranya, Ngangkung (juga Ngangkung HD), Aku Masih Dara dan Damping Malam boleh membuat demikian dengan menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan Astro di talian 1300 82 3838. Harus diingati bahawa setiap filem yang ditayangkan selama 48 jam itu dijual dengan harga RM 15.00 bagi setiap filem. Setiap jualan tayangan akan dimasukkan dalam jumlah kutipan setiap filem yang ditayangkan di pawagam. Terkini, Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Janin, Haq the Movie akan menyusul kemudian bagi menghiasi slot Astro First.

Harap maklum.

p/s: Kalau nak langgan pakej First, saya akan melanggan hari sabtu dan ahad... sebab setiap tayangan akan berputar 48 jam sahaja. klau hari bekerja tak dapat la nak nonton.. hehehe. Saya cuma akan melanggan jika Hantu Kak Limah dan Khurafat akan masuk Astro First.. cayalah..

Today : Party Maggie Mee at Raja Azmi House.. hehehe

0 comments :