Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 5 Januari 2011

'Crayon' ke Academy Awards 2011!!

'Crayon' arahan Dean A. Burhanuddin yang diterbitkan oleh Zioss Films Sdn Bhd merupakan antara filem tempatan yang berjaya memasuki pasaran antarabangsa. Filem yang membariskan Ho Kahoe, Adibah Noor, Joshry Adamme, dan Faisal Abdullah itu tercalon di dalam senarai 48 filem antarabangsa di Academy Awards 2011 yang bakal berlangsung di Los Angeles, akhir Februari 2011. Ketika ditemui media, penerbit filem tersebut Linda Ziegler menjelaskan bahawa beliau amat terkejut dengan pencalonan tersebut bahkan ia menjadi antara filem tempatan yang berjaya menembusi pasaran global. Tambahnya lagi, beliau amat berharap pihak juri di Academy Awards dapat menilai kekuatan filem tersebut bersama-sama filem lain. Crayon yang ditayangkan pada 11 November 2010 itu merupakan filem yang gagal mengutip pulangan yang memberangsangkan. Walaubagaimanapun, Crayon membuktikan kehebatannya apabila terpilih ke Academy Awards 2011. Sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti okay.

klik sini info dari Academy Awards 2011.

p/s: Tahniah kerana tercalon. Saya rasa inilah filem Malaysia selepas filem Yasmin Ahmad yang berjaya di persada dunia. Mungkin kali ini Crayon akan membuktikannya.