Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 14 Januari 2011

Geng Hantu Kak Limah akan tiba di Malam Bersama Bintang FINAS, 14 Januari 2011.. 8.30 malam

Penampilan Azwan Annuar ( kanan sekali) dalam Hantu Kak Limah telah berjaya mencuri tumpuan beberapa penerbit filem.


Filem yang mengutip kutipan pecah panggung 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' akan ditayangkan penuh ekslusif malam ini, 14 Januari 2011 (Jumaat, 8.30 malam) bertempat di Dataran Karyawan, FINAS, Jalan Ulu Kelang, Selangor. Tayangan secara percuma itu mengalu-alukan kedatangan semua peminat filem untuk sama-sama memeriahkan aktiviti yang dijalankan. Program yang di namakan Malam Bersama Bintang itu turut menampilkan Zamani Slam, Alleycats, dan Band Finas. Tidak terkecuali, promosi filem Khurafat - Perjanjian Syaitan arahan Syamsul Datuk Yusof turut di adakan. Pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, sesi ramah mesra selebriti dan rakan industri juga turut di adakan. Semua dijemput hadir.

p/s: Sape-sape setuju nak pi tengok Kak Limah malam ini di FINAS, angkat tangan macam sa...ya.. hehehe. Jumpe di sana...

Aktiviti di FINAS 14 Januari 2011 juga adalah Siaran Langsung Raja Lawak kul 9.00 malam dari Soundstage FINAS menerusi Astro Prima. Juga tayangan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Confirm parking esok tak ada.. sebab ramai akan dtg termasuk Kak Limah yang akan lompat dari bumbung FINAS.. sambil kata 'enjit enjit semut....'

1 comments :

waahh.. menarik nih!!wajib join even da tgk kat cinema...hehehee.. (^_~)