Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 9 Januari 2011

Karak.... Filem Seram 2011 .. KRU Films


Di adaptasikan dari sebuah kisah benar, 'Karak' arahan Yusry Abdul Halim yang diterbitkan oleh KRU Films akan menemui penonton tempatan penghujung tahun 2011. Filem seram yang menampilkan Shahir AF8 ini mengisahkan 4 orang pelajar kolej yang melalui sebuah lebuhraya dari KL menuju ke Kuantan, Pahang. Di sepanjang perjalanan, mereka mengalami kesesakan lalu lintas yang sangat teruk. Oleh kerana kelewatan yang amat munasabah, mereka mengambil keputusan untuk melalui sebuah jalan lama yang akhirnya mengubah kehidupan mereka berempat selamanya. Apakah di antara mereka masih hidup atau terperangkap dalam sebuah lebuh raya yang berpenunggu?. Nantikan debarannya dalam Karak, akan datang 2011.


p/s: Macam seram je filem ini. Takut!! Wan Kaswi mesti tutup telinga.. hehehe

0 comments :