Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 25 Januari 2011

Menonton TV secara online dengan lebih pantas!!.

Walaupun banyak rangkaian portal yang membekal tayangan secara online bagi penerbitan sesebuah produk, rata-ratanya tidak cukup kuat bagi menggambarkan ketelusan mereka dalam mengetengahkan sesuatu agenda. Dalam perkara ini, saya lebih tertarik untuk memperkatakan sebuah laman khusus yang memuatkan siaran tv untuk tontonan pelanggan mereka. Demoplanet.tv antara laman sesawang yang dikendalikan oleh Hisham Hussain, anak tempatan yang berdiri di bawah label Demoplanet Broadcast Center yang bertapak di Shah Alam. Mengambil pendekatan ke arah penyebaran maklumat secara digital dengan rangkuman ke arah masyarakat Satu Malaysia, Demoplanet tv berdiri dengan satu tujuan iaitu mengumpul dan menyiarkan semua hasil kerja masyarakat Malaysia tidak kira status dan kedudukan, seterusnya dapat dinilai oleh pengunjung tetap laman online demoplanet tv ini.

Walaupun baru diperkenalkan, demoplanet tv menyediakan 3 stesen tv yang boleh ditonton secara percuma iaitu TV3, NTV7 dan TV9 tanpa perlu akses kepada portal stesen tv tersebut. Pengunjung hanya perlu menekan butang yang terdapat di skrin demoplanet tv bagi membolehkan rangkaian tv bergerak selari dengan siaran tv yang tentunya dipancarkan terus ke kaca tv anda. Tetapi, menerusi laman ini penonton hanya boleh menonton stesen tv kegemaran mereka di mana jua tanpa diganggu dengan menggunakan apa jua teknologi penerimaan samada I-Phone, I-Pad atau komputer peribadi biasa.


Menariknya, setiap siaran samada filem, drama, klip video dan apa jua sekalipun boleh ditonton dalam laman ini. Jika anda seorang pembikin filem, produser drama atau individu perseorangan samada pelajar atau orang awam, mahukan karya anda dikongsi dan ditonton oleh sesiapa jua, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Demoplanet TV secara terus. Klik Sini. Setiap aplikasi akan dikenakan bayaran atau secara percuma mengikut jumlah dan tujuan tertentu. Justeru, dengan slogan 'Stesen TV Internet Anda', Demoplanet TV menjanjikan perkhidmatan terbaik dari semasa ke semasa. Sebab itulah ia kini menjadi portal rasmi bagi Anugerah Profima 2010 yang bakal di adakan malam ini di Palace Of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Pastikan temujanji anda untuk menjadikan Demoplanet TV rangkaian teman anda setiap masa.
p/s: Kini belajar untuk menonton lebih banyak dokumentari yang dihasilkan di Nat Geo dan History Channel untuk menambah pengetahuan tentang teknik penceritaan dan penghasilannya..

0 comments :