Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 22 Januari 2011

Muzikal Tun Mahathir 2 .. agak membosankan!!


Pembukaan Muzikal Tun Mahathir Part 2 semalam agak mendatar, bahkan ia boleh dikatakan sebuah pementasan teater yang membosankan terutamanya dari sudut penceritaannya. Mengambil jalan cerita yang agak sama pada pementasan terdahulu, Muzikal Tun Mahathir musim kedua kali ini berbeza cuma dari sudut pelakon yang menjayakannya. Penampilan Ezany Nizariff sebagai Dr. Mahathir dan Misha Omar sebagai Dr. Siti Hasmah agak biasa dari segi lakonannya, berbanding Esma Daniel sebagai Dato' Seri Dr Mahathir ketika dewasa boleh dikatakan cemerlang dari segi watak dan perwatakkannya. Esma Daniel berjaya membawakan sisi kehidupan Tun Mahathir dari pelbagai aspek, bahkan gaya percakapan dan mimik mukanya seolah-olah anda menyaksikan Tun Mahathir sebenar di atas pentas. Inilah lakonan bersahaja yang berjaya menyuntik kesan mendalam pada jiwa penonton yang menyaksikannya.

Elly Mazlien yang menjayakan watak Tun Dr Siti Hasmah bagi mengantikan pelakon Erra Fazira ( musim pertama) boleh dianggap tidak mampu menandingi kehebatan Erra yang begitu lemah lembut dari segi paparan watak Tun Dr Siti Hasmah. Cuma, yang terhiburnya apabila Elly Mazlien menyampaikan beberapa lagu yang begitu syahdu seolah-olah anda menonton konsert Elly Mazlien di Istana Budaya. Dipentaskan bermula 21 Januari hingga 30 Januari 2011, Muzikal Tun Mahathir 2 dibarisi juga Dato' AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Azean Irdawaty.

Saksikan lakonan-lakonan mereka di dalam Muzikal Tun Mahathir 2 di Istana Budaya sekarang!!

Tun Mahathir 3 generasi


Tun Dr Siti Hasmah

penampilan khas Dato' AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Seniwati Azean Irdawaty

kini di Istana Budaya

p/s: Saya lebih suka Erra Fazira dan Zizan Nin pegang watak Tun Mahathir ketika remaja dan Tun Dr. Siti Hasmah ketika remaja, berbanding Ezany Nizariff dan Elly Mazlien serta Misha Omar..

4 comments :

Mungkin penulis tidak membaca kenyataan dari Tun Siti Hasmah yang mahukan wataknya digambarkan sebagai seorang yang lebih serius untuk pementasan kali ini kerana tun hasmah begitu terkejut dengan perwatakan erra fazira yang begitu berlainan sekali dengan perwatakan beliau kerana tun seorang yang serius dan tidak banyak menunjukkan sebarang emosi begitu juga ketika tun mahadhir ingin mengumumkan perletakan jawatan. Elly sudah buat yang homework yang terbaik seperti mana yang dimahukan tun hasmah sendiri.

Jika Tun Siti Hasmah dan Tun Mahathir di dunia realiti lebih serius pun, ini adalah persembahan teater. Ia perlu menghiburkan dengan tenaga-tenaga atas pentas. Saya memahami mereka ini tidak meluahkan emosi, tetapi bagaimana pula dengan karisma? Maaf, ini cuma pandangan dua sen saya.

saya bersetuju dengan pendapat anda ia adalah sebuah persembahan teater, cuma sememangnya di alam realiti pun Tun Siti seorang yang low profile dan hanya mencerminkan diri beliau secara lahiriah sahaja dan jika Esma dapat menzahirkan hampir sempurna watak Tun Mahathir agak sukar mencerminkan watak Tun Siti yang hanya sering melemparkan senyuman sahaja. Sebenarnya inilah cabaran mementaskan teater dimana tokoh2 tersebut masih hidup kerana jika wataknya bertentangan dengan diri tokoh tersebut setentunya ia menyinggung perasaan pihak terbabit