Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry



Bagaimana muzik dan lagu dicipta?. Kenapa rakaman muzik pada zaman dahulu berbeza dengan hari ini dan mengapa komposer hari ini tidak sama dengan kehebatan komposer era terdahulu?. Ikuti perkongsian menarik komposer, pencipta lagu dan penggubah muzik tersohor, S.Atan dengan klik poster di atas.

Ikuti perkongsian menarik komposer dan penggubah lagu, Ganesh Bala dan penyanyi Ushera tentang penerbitan 'The Malayan Songbook' dan rakaman lagu-lagu melayu klasik. Tonton sekarang!

Selasa, 4 Januari 2011

Pembukaan 2011.. Aliff Aziz beraksi panas!!


Penyanyi remaja yang popular dengan lagu 'Sayang Sayang' dan 'Kalau Cinta', Aliff Aziz kini tampil dengan imej seksi menerusi majalah hiburan no 1 di Malaysia, Media Hiburan. Gambar yang menghiasi sisipan poster dalam majalah tersebut antara pembuka tirai 2011 bagi artis lelaki remaja terseksi 2011. Persoalannya, apakah tujuan Aliff Aziz merelakan sisi badannya di rakam lensa kamera media hiburan?. Barangkali sebagai daya tarikan kepada peminat hiburan khususnya anak-anak remaja yang sememangnya meminati wajah 'anak ikan' Aliff Aziz ini. Atau sekadar suka-suka bagi mencuci mata anak-anak gadis yang dahagakan tubuh badannya.Tepuk dada tanya selera.

p/s: Seksi jugak Aliff, bisik teman aku kala menatap gambar Aliff dalam Media Hiburan terbaru. Saya harap mungkin satu hari nanti cover depan Media Hiburan atau Maskulin akan memaparkan susuk tubuh beberapa personaliti lelaki yang mempunyai sisi badan yang cantik macam cover depan Men Health kan?. Ada berani?. hehehe. Apa-pun tak terlambat lagi kalau saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 khususnya kepada pelayar setia 'amy ikram diary'. Tup tup sudah 4 tahun blog ini beroperasi. Moga ia akan terus kekal..

MEDIA HIBURAN
Berani ke Media Hiburan atau Maskulin jd cover macam nie. hehehe

0 comments :