Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 26 Januari 2011

Penulis Blog kena bayar cukai?


'Penulis Blog Kena Bayar Cukai?'. Itu tajuk sisipan akhbar Berita Harian pada Ahad 23 Januari 2011. Satu tajuk yang memberikan pelbagai persepsi samada positif atau negatif khususnya buat semua penulis blog di Malaysia. Saya tidak terkejut apabila membaca artikel mengenai LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) akan mengenakan cukai terutamanya kepada semua pengendali laman online termasuk para blogger. Dalam perkara ini, saya bukannya tergolong dalam blogger yang 'masyukk' atau dengan erti kata lain 'seorang blogger yang meraih pendapatan melebihi gaji pokok seorang pegawai kerajaan'. Jika kita lihat senario hari ini, medium blogger kini mendapat tempat meluas khususnya dalam pelbagai bidang. Setiap blogger yang mempunyai iklan terbanyak dalam laman mereka, tentunya mempunyai pulangan yang cukup hebat dan boleh dikatakan 'mampu meraih pendapatan sekitar RM 15,000 sebulan'. Kalau dibandingkan dalam dunia realiti, itu gaji pokok Ketua Pengarah bagi sesebuah organisasi dalam kerajaan. Namun, ia boleh dimiliki jika kita berusaha memantapkan laman portal kita.. sila lihat pengendali laman yang berdaftar '.com'. sebagai contoh, sila ke laman budiey.com dan redmummy.com. Cuba fikirkan berapa kutipan sebulan mereka perolehi?. Nak tau.. kenalah tanya tuan punya badan.

Jikalau LHDN mahu kenakan cukai kepada penulis blog, itu tidak ada masalah. Apakah penulis blog yang menulis blog peribadi bukan atas keuntungan juga tidak terkecuali?. Atau mereka yang sememangnya meminati sesuatu bidang dan menulis blog juga akan dikenakan cukai?. Dalam situasi ini, ia perlu dirujuk kepada pengendali laman iklan berbayar buat blogger iaitu nuffnang.com. Seandainya, semua blogger di Malaysia di kenakan cukai ( termasuk apa jua blogger), maknanya itu tidak adil kepada mereka yang lain , khususnya yang hanya 24 jam bekerja sebagai blogger tetap. Itu adalah blogger yang sememangnya masyukk..
Wallahuallam. Anda bagaimana pula?. Apakah komen anda terhadap isu ini?.


p/s: Saya nak beralih la kepada .com la macam nie.. hehehe


1 comments :

TAK SETUJU SANGAT.SEKARANG NI,STUDENT PUN ADA JUGAK YANG BERBLOG.JADI,TAKKAN MEREKA PUN KENA BAYAR CUKAI.BLOG NI MEMANG DICIPTA PERCUMAKAN.LAINLAH KALAU YANG MENGGUNAKAN BLOG SEBAGAI MEDIUM UNTUK MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT.