Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Jumaat, 28 Januari 2011

Temui Azura di Panggung Collesium, 29 Januari 2011!!


'Azura' filem arahan Deddy M. Borhan yang menampilkan Ogy Datuk Ahmad Daud, Jamal Abdillah, Maria Arshad, M.Rajoli dan ramai lagi itu akan ditayangkan secara ekslusif esok, 29 Januari 2011. Tayangan sempena Ulangtahun Ke-5 Program Merakyatkan Filem anjuran FINAS bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia itu akan menerima kehadiran Y.B Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri KPKK sekaligus merasmikan program yang di adakan. Beberapa tetamu VIP, para artis dan pelakon yang membintangi naskhah Azura akan memeriahkan acara yang dijangka bermula seawal 10.00 pagi hinggalah pukul 3.00 petang di Panggung Collesium, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Semua peminat filem, orang ramai dan sesiapa jua dijemput hadir bagi memeriahkan acara yang diadakan.

Pastikan temujanji anda bersama kami esok!!.
Masuk adalah percuma...

p/s: 'kite bakor je..' huhu

0 comments :