Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Isnin, 28 Februari 2011

The King Speech winner Best Motion Picture in 83rd Academy Awards 2011


'The King Speech', arahan Tom Hooper dinobatkan sebagai Filem Terbaik di 83rd Academy Awards 2011 yg baru berlangsung sebentar tadi di Kodak Theathre in Hollywood California. Acara gilang gemilang itu dihoskan oleh James Franco dan Anne Hathaway yang dipancarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui Star Movies HD dan SD.

The King Speech yang dibarisi Colin Firth, Geoffrey Rush, Helena Bonham Carter, Guy Pearce, Timothy Spall, Derek Jacobi, Jennifer Ehle dan Michael Gambon itu turut memenangi Lakon Layar Asal Terbaik, Pengarah Terbaik, dan Pelakon Lelaki Terbaik - Colin Firth.

Malam yang cukup berprestij itu turut meraikan kemenangan filem-filem lain yang meraih anugerah lain yang cukup bermakna. Antara keputusan penuh 83rd Academy Awards 2011 adalah:

BEST ART DIRECTOR
Alice In The Wonderland

BEST CINEMATOGRAPHY
Inception

BEST ACTRESS
Melissa Leo from The Fighter

BEST SHORT FILM ANIMATION
The Lost Thing

BEST ANIMATED FEATURED FILM
Toy Story 3 by Lee Unkrinch

ADAPTED SCREENPLAY
The Social Network - Aaron Sorpkin

ORIGINAL SCREENPLAY
The King Speech - David Siedler

BEST FOREIGN LANGUAGE FILM
In A Better World from Denmark

BEST SUPPORTING ACTOR
Christian Bale - The Fighter

ORIGINAL SCORE
The Social Network

SOUND MIXING AND SOUND EDITING
Inception

MAKE UP EFFECT
The Wolfman

COSTUME DESIGN
Alice In The Wonderland

DOCUMENTARY SHORT SUBJECT
Stranger No More

LIVE ACTION SHORT FILM
God Of Love

FEATURED DOCUMENTARY
Inside Job

VISUAL EFFECTS
Inception

BEST FILM EDITING
The Social Network

BEST ORIGINAL SONG
Toy Story 3

BEST FILM DIRECTING
Tom Hooper - The King Speech

ACTRESS IN THE LEADING ROLE
Natalie Portman

ACTOR IN THE LEADING ROLE
Colin Firth from The King Speech

BEST MOTION PICTURE
The King Speech

Apa yang pasti penganjuran malam Academy Awards 2011 ini bolehlah dibanggakan. Justeru, buat penganjur pesta filem di Malaysia, saya amat berharap tahun ini agar FFM dapat di adakan di lokasi strategik, misalnya di Panggung Sari Istana Budaya kerana ruang dalam panggung IB serupa dengan suasana di Academy Awards tadi.. Mampukah ia sehebat Oscar ini?. Tepuk dada tanya selera.


p/s: mengharapkan FFM sehebat Academy Awards. Janganlah terlalu kerajaan...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Merdeka Permai 2,Ampang,Malaysia

Khamis, 24 Februari 2011

Senjakala mengganas 14 April 2011.. Trailer Ekslusif!!


Nantikan kehangatan 'Senjakala' sebuah filem seram thriller arahan Ahmad Idham yang bakal menemui penonton tempatan seluruh Malaysia mulai 14 April 2011.

trailer 2011

p/s: Filem ini memang best!!!.. aku dah tengok dah..

Rabu, 23 Februari 2011

Debaran yang dirancang... Ratu The Movie garapan terbaru Razak Mohaideen


'Ratu The Movie' terbitan Line Clear Motion Pictures, arahan dan lakon layar Prof. Madya A.Razak Mohaideen antara karya yang mengetengahkan bakat-bakat baru dalam dunia filem dan hiburan tempatan. Bakal menjengah pawagam tempatan mulai 17 Mac 2011, Ratu The Movie antara karya yang agak simple, mendebarkan tetapi mengelirukan yang akhirnya mewujudkan satu dramatik yang dirancang. Apakah debaran dan cabaran yang dilakukan para pelakonnya?. Jom kita selidiki antara yang terkandung dan yang dipaparkan dalam naskhah Ratu The Movie ini..

..dari segi cerita..

Ratu menampilkan sebuah cerita yang agak klise, tetapi diperbaharui dengan unsur dramatik insiden yang menguatkan isi cerita. Paparan RATU lebih memberi fokus kepada pencarian Ratu Cantik antara 10 finalis jelita yang dibarisi muka-muka baru dalam dunia lakonan. Ia membawa penonton menerokai perjalanan beberapa finalis yang dibawa bercuti menaiki kapal mewah, memasuki hutan belantara yang membahayakan, mendebarkan, yang akhirnya mewujudkan satu dramatik di mana, apa yang berlaku pada 10 finalis ini adalah dirancang pihak penganjur Ratu Cantik bagi mencari ketulenan sifat seseorang wanita bagi menyandang kerusi Pesona Ratu di dalam naskhah Ratu The Movie ini. Keseluruhan cerita pada permulaan dan pertengahan filem ini cukup mengelirukan. Persoalan yang bermain di fikiran saya adalah 'apakah genre filem ini - adakah ia action, horror atau thriller?'. Apakah sangkut paut segala kejadian pada 10 finalis itu?. Akhirnya barulah saya tahu yang segala apa yang berlaku di dalam hutan tersebut adalah perkara yang dirancang bagi mencari PESONA RATU yang sebenar dikalangan 10 finalis itu. Nak tahu kesudahan ceritanya, anda kenalah sendiri menonton Ratu The Movie di pawagam nanti.

Kualiti Bunyi...

Penataan bunyi di dalam filem ini agak membingitkan. Perhatikan pada dialog yang diucap, tonnya agak tinggi sehingga kadangkala saya menutup telinga pada ucapan yang dituturkan. Apakah itu hanya standard kualiti bunyi di dalam filem RATU?. Boleh dikatakan, seolah-olah saya menonton filem MISTIK arahan Prof Razak. Kata teman media, barangkali sistem audio di dalam panggung sebegitu. Mustahil!!!. Namun, harus diingat kualiti bunyi dan muzik amat memainkan peranan penting di dalam sesebuah filem. Jangan sampai ia terganggu kerana mood penonton perlu di ambil kira.


dari segi lakonan...

Kemunculan beberapa pelakon baru sememangnya mewarnai industri filem tempatan. Jika lakonan seseorang pelakon itu terbaik dan meninggalkan impak pada sesetengah penonton dalam sesebuah filem, maka pelakon itu akan dinobatkan sebagai pelakon terbaik. Seterusnya ia disambar beberapa produser filem tempatan yang lain. Di dalam RATU THE MOVIE, agak sukar untuk saya membuat perbandingan watak untuk mencari antara yang terbaik, kerana pelakonnya masih baru ; rata-ratanya mahukan perhatian - lihat sahaja lakonan semua bintang di dalam Ratu kecuali Fauziah Ghaus dan Eizlan Yusof. Namun, saya memberikan kredit yang cukup cemerlang pada kemunculan pelakon senior seperti Mazlan Tahir!! Superb bro!!. Aku terkesima..


perlukah ia menjadi filem wajib tonton March 2011?.

Jika ditanya pada saya, perlukah RATU THE MOVIE menjadi antara filem wajib ditonton?. Jujur saya katakan bahawa 'YA.. TIDAK.. dan terpulang pada anda..!. Jika anda mahu kelainan dalam sesebuah filem, barangkali mempunyai segala falsafah dan pemikirannya, maka RATU bukan pilihan tepat untuk anda. Percayalah Ratu dibikin secara komersial dengan tujuan hiburan bukannya sebagai filem seni yang mempunyai falsafah atau pemikirannya sepertimana yang diharapkan oleh pengkritik filem atau pemikir filem yang lain. Justeru, terpulang pada anda samada mahu menyaksikannya atau tidak. Apa yang pasti RATU tidak mengecewakan anda..

keseluruhan..
Aku bagi kredit pada filem ini sebanyak *** sahaja..

p/s: RATU THE MOVIE.. ditayangkan serentak seluruh Malaysia mulai 17 Mac 2011.

Isnin, 21 Februari 2011

'Sudirman Arshad' di History Channel

Friends

'Sudirman Arshad', terbitan FINAS yang dihasilkan dalam bentuk dokumentari kini boleh ditonton di saluran History Channel ( Astro 555). Dokumentari berdurasi 60 minit itu telah mula ditayangkan sejak 20hb Februari 2011 hinggalah kini. Bagi anda peminat setia beliau, pastikan temujanji anda di History Channel untuk menonton sebuah dokumentari yang tentunya menyentuh perasaan anda..

Sudirman Arshad
'Satu Dalam Sejuta'..



Jadual Tayangan

Monday 21 February 10:00 AM HK/SIN/MAL 9:00 AM Thai/WIB
Monday 21 February 6:00 PM HK/SIN/MAL 5:00 PM Thai/WIB
Tuesday 22 February 3:00 AM HK/SIN/MAL 2:00 AM Thai/WIB
Tuesday 22 February 11:00 PM HK/SIN/MAL 10:00 PM Thai/WIB
Wednesday 23 February 11:00 AM HK/SIN/MAL 10:00 AM Thai/WIB
Wednesday 23 February 5:00 PM HK/SIN/MAL 4:00 PM Thai/WIB
Wednesday 23 February 9:00 PM HK/SIN/MAL 8:00 PM Thai/WIB
Thursday 24 February 3:00 PM HK/SIN/MAL 2:00 PM Thai/WIB
Friday 25 February 3:00 AM HK/SIN/MAL 2:00 AM Thai/WIB
Saturday 26 February 12:00 AM HK/SIN/MAL 11:00 AM Thai/WIB
Sunday 27 February 10:00 AM HK/SIN/MAL 9:00 AM Thai/WIB

Khamis, 17 Februari 2011

Akan Datang March 2011.. Di Sebalik Nama.. Arkib Negara Malaysia






Aku sebenarnya tak sabar nak tunggu tayangan dokumentari arahan aku nie. 'Di Sebalik Nama.. Arkib Negara Malaysia' sepatutnya bersiaran malam ini terpaksa ditukar siarannya pada bulan March 2011. Ada beberapa perubahan yang perlu aku laksanakan sebelum ia disiarkan di kaca tv anda. Pada rakan-rakan, team produksi, dan sesiapa jua, nantikan kemunculannya March 2011. Sebagai promosi, aku letak la dulu trailer nie.. walaupun kandungannya masih dalam proses post produksi.

p/s: Aku tengah mencari bahan lagi untuk memantapkan kandungan dokumentari ini..

Rabu, 16 Februari 2011

Live 'Oscar Academy Awards 2011' on Astro Star Movies HD & GSC Pavillion KL

oscar-web_banner-astrobyond-R1.jpg

Mahu menonton anugerah berprestij yang akan disiarkan secara langsung pada 28 Februari 2011 pukul 8.30 pagi?. Astro melalui GSC akan memancarkan Oscar Academy Awards 2011 Live dari panggung GSC Pavillion KL pukul 8.30 pagi. Jika anda mahu menjadi penonton bertuah yang menonton anugerah OSCAR dalam format Full HD, sila klik di foto di atas, bagi membolehkan anda mendapat pas jemputan ke acara yang cukup gilang gemilang itu.

Atau bagi anda yang kini melanggan Astro Beyond HD, anda akan berpeluang menonton anugerah tersebut dalam format HD sepenuhnya menerusi Star Movies HD pada 28 Februari 2011. Jangan lupa ye..

p/s: aku suka saluran HD nie best gile.. huhuhu..

Sabtu, 12 Februari 2011

Ujibakat Di Hari Terbuka FINAS 2011




Jika anda di luar sana yang mempunyai bakat terpendam dalam dunia lakonan, apakata luangkan masa anda esok (13 Februari 2011) untuk menghadiri sesi ujibakat bagi mencari muka- muka baru dalam dunia perfileman tempatan. Program yang dikendalikan oleh Bahagian Promosi FINAS itu mengalu-alukan seluruh anak Malaysia tidak kira lelaki atau perempuan untuk sama-sama menyertai ujibakat yang di adakan bermula pukul 10 pagi hingga 6.00 petang. Ketika ditemui media semasa sesi ujibakat di FINAS petang tadi, pelakon terkenal Khatijah Tan yang juga pengkritik dan juri professional ujibakat tersebut mengandaikan bahawa aktiviti itu adalah satu peluang yang perlu direbut bagi sesiapa yang mahu bergelar anak seni. Tambahnya lagi, aktiviti seperti ujibakat lakonan sempena Hari Terbuka Finas 2011 adalah platform terbaik buat anda yang mahu mencuba nasib, mana tahu bakat terpendam anda itu menjadi kenyataan. Program yang berakhir esok adalah aktiviti tahunan Finas bagi mendekatkan masyarakat tempatan dengan organisasi tersebut. Selain sesi ujibakat, turut diadakan juga sesi bergambar bersama artis terkenal tanah air, tayangan filem pendek, cereka dan dokumentari, jualan produk dan pameran serta ujibakat pembaca berita yang dikendalikan stesen tv RTM. Kepada anda dan rakan blogger, dijemput hadir ke Hari Terbuka Finas 2011 di Kompleks Studio Merdeka, Finas Jalan Hulu Kelang, Selangor, bermula hari ini dan akan berakhir esok petang. Masuk adalah percuma.

p/s: esok sesi ujibakat akan menampilkan juri antaranya pelakon Faizal Hussein, Elly Suriati dan ramai lagi. Jumpa kami disana. Pastikan anda sudah bersedia.. Rugi tak mai!!!!.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Khamis, 10 Februari 2011

Kejutan 'Angkasa' di Kuala Lumpur dan Percintaan Seri dan Angkasanya...


Gempar!!! Gempar!!!.. Satu objek yang sedang bergerak menuju ke bumi telah berjaya dirakam. Objek tersebut dikatakan menyerupai meteor kini berlegar di ruang angkasa. Fenomena itu akan melanda Kuala Lumpur pada 19 Februari 2011. Apakah yang akan terjadi?. Nantikan sahaja kehangatannya...

Berita Terkini
(Khas buat pengguna Facebook)


Aneh sungguh jika seorang manusia mendambakan sesuatu yang pelik. Apakah yang diinginkan seri pada malam 18 dan 19 Februari 2011?. Nantikan kisah percintaan mereka..

Percintaan Seri bersama Ucop
(Khas buat pengguna Facebook)

p/s: Nantikan kegemilangannya..

Rabu, 9 Februari 2011

Di sebalik FINAS.. Dokumentari ekslusif...malam ini


TV1 Logo 2011.pngSecara ekslusif malam ini, pukul 11.30 malam di RTM 1 ( 9 Februari 2011), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia akan memancarkan buat pertama kalinya sebuah dokumentari arahan Cut Mutia. 'Di Sebalik.. FINAS', merupakan sebuah dokumentari yang mengupas segala persoalan berkaitan organisasi FINAS dari pelbagai sudut. Ia mengandungi rakaman temubual beberapa pembikin filem, produser tempatan dan warga industri terhadap harapan mereka tentang FINAS pada masa akan datang. Pada semua rakan blogger, jangan lupa temujanji anda malam ini secara ekslusif 11.30 malam di RTM 1..

Trailer Ekslusif
(Buat Pengguna Facebook)


p/s: Nantikan juga 17hb Februari 2011 ( Di Sebalik... Arkib Negara ) dan 2 March 2011 ( Di sebalik.. Istana Budaya)

Selasa, 8 Februari 2011

Harga DVD tulen 'Hantu Kak Limah' cuma RM 10.00


Walaupun Astro melalui rangkaian First menayangkan 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' dengan kadar langganan selama 48 jam bermodalkan RM 15.00, namun filem yang berjaya mengutip kutipan RM 7.90 juta itu boleh dimiliki dalam format DVD, hanya RM 10.00 sahaja. 'Hantu Kak Limah' terbitan Tayangan Unggul yang diarahkan sutradara profilik, Mamat Khalid kini sudah mula dijual di semua kedai muzik seluruh Malaysia.

Ketika ditemui media, Farhan Ismail menjelaskan bahawa, walaupun Hantu Kak Limah masih giat ditayangkan di saluran berbayar Astro itu, namun beliau pasti dengan kemunculan DVD filem tersebut ia bukan sahaja memberi saingan kepada Astro First bahkan penonton boleh membuat pilihan tepat samada untuk melanggan Astro First ataupun memilikinya dalam format DVD. Menariknya, bukan Hantu Kak Limah sahaja dijual dengan nilai RM 10.00 bagi sekeping DVD, bahkan filem tempatan lain iaitu, 'Magika, Aku Masih Dara dan Ngangkung'. Ketika ditanya samada antara astro first dan DVD, Farhan tetap dengan pendiriannya mengatakan bahawa 'DVD lagi berbaloi dan ia boleh ditonton sampai bila-bila dan tidak terhad pada jangka masa tertentu '. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berhubung filem-filem tersebut ( dimana nak beli DVD filem itu), sila taip 'Farhan Seven' di facebook. Selamat mencuba.

p/s: Tak semua kedai muzik menjual DVD original dengan nilai RM 10. ada yang jual RM 9.00 ada juga yg RM 14.90 dan ada yang RM 19.90. Itu terpulang pada jenis paket DVD filem tersebut. Selamat menonton...

'Estet, Hantu Kak Limah, Crayon, Janin dan Ngangkung ' di Hari Terbuka FINAS 2011



Sempena Hari Terbuka FINAS 2011 yang akan di adakan pada 12 dan 13 Februari 2011, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menayangkan 5 buah filem cereka, antaranya Estet, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Crayon, Janin dan Ngangkung. Kelima-lima filem tersebut akan ditayangkan secara percuma iaitu Crayon ( 12 Feb 2011, 2.30 ptg), Hantu Kak Limah ( 12 Feb 2011, 8.00 malam), Estet ( 13 Feb 2011, 11.00 pagi), Ngangkung ( 13 Feb 2011, 2.30 ptg) dan Janin ( 13 Feb 2011, 4.30 ptg). Selain tayangan, penonton dan peminat filem berpeluang beramah mesra bersama pelakon filem tersebut secara dekat. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik disediakan di sepanjang hari terbuka FINAS 2011, antaranya sesi ujibakat pembaca berita, jualan, lawatan perfileman, sesi bergambar bersama artis, tayangan filem dokumentari dan sebagainya. Semua rakyat Malaysia dijemput hadir. Untuk aktiviti penuh Hari Terbuka FINAS 2011, sila layari di sini.

p/s: Maaf buat peminat Azwan Annuar dalam Kak Limah.. Dia busy di Lokasi Kak Limah 2.. huhu

'Khurafat' di Malam Bersama Bintang FINAS, 11 Februari 2011


Sempena Minggu Hari Terbuka FINAS 2011, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sekali lagi akan menganjurkan 'Malam Bersama Bintang' pada 11 Februari 2011. Bertemakan Rock Balada, Malam Bersama Bintang turut menampilkan Zul Handy Black, Ain AF8 dan Siti Sarah Raisuddin. Bermula pada pukul 8.30 malam di Dataran Karyawan, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, acara yang diadakan sebulan sekali itu akan menayangkan Khurafat, sebuah filem terbitan Skop Production yang diarahkan oleh Syamsul Yusof. Selain itu promosi bagi filem Kembar Siang arahan Prof Madya Dr Hatta Azad Khan akan juga di adakan. Pada semua peminat filem dijemput hadir bagi memeriahkan acara yang di adakan. Masuk adalah percuma..


p/s: datang ramai-ramai ye.. mlm tue jugak Studio SoundStage akan menyiarkan siaran langsung Raja Lawak... hehehe

Isnin, 7 Februari 2011

Love and Other Drugs..



'Love & Other Drugs'.. akan datang 2011.. Berjayakah menembusi tapisan LPF Malaysia?. Filem ini sedang ditayangkan di Singapura. Confirm peminat filem di Malaysia akan mendapatkannya dalam cakera DVD!!. huhu


Trailer

'Ngangkung' dan 'Hantu Kak Limah' antara yang berjaya 2010..


'Ngangkung' terbitan MiG Films dan 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' terbitan Tayangan Unggul antara dua buah filem tempatan yang berjaya mengutip pulangan tertinggi di dalam sejarah perfileman tempatan. 'Ngangkung' arahan Ismail Bob Hashim mengutip pulangan terkini RM 8.18 juta, manakala 'Hantu Kak Limah' pula berjaya mengutip kutipan RM 7.90 juta ringgit Malaysia. Jika dilihat pada kuantiti penontonan antara kedua buah filem tersebut, Hantu Kak Limah antara filem yang berjaya mengumpul jumlah penonton tertinggi di dalam mana-mana panggung seluruh Malaysia. Menariknya, filem garapan sutradara tersohor, Mamat Khalid itu sebelum ini mengutip kutipan agak merosot, tetapi untuk komedi seram 'Hantu Kak Limah', ia berjaya dalam sejarah sinema tempatan khususnya buat produksi Tayangan Unggul.

Terkini, filem 'Hantu Kak Limah' kini boleh ditonton selama 48 jam tanpa henti melalui saluran berbayar 'Astro First'. Peminat filem bolehlah ke saluran 480 astro untuk melanggan. Begitu juga dengan Ngangkung yang boleh diakses melalui dua saluran first iaitu 'Ngangkung SD dan Ngangkung HD'.

p/s: Filem Hantu Kak Limah kini berkampung di Perak bagi siri yang kedua.. Nantikan telatah lucuh filem kedua ini akan datang..

Khamis, 3 Februari 2011

Kini di ASTRO FIRST - 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'


Dengan kutipan RM 8 juta ringgit di pawagam seluruh Malaysia, filem Box Office arahan Mamat Khalid yang diterbitkan Tayangan Unggul kini boleh ditonton di saluran First Astro. Pelanggan Astro yang ingin melanggan filem ini, bolehlah ke saluran 480 dan ikutlah arahan yang di sediakan. Hantu Kak Limah Balik Rumah kini ditayangkan di saluran 486 Astro First, bersama-sama dengan Ngangkung ( 482), Ngangkung HD (483) Aku Masih Dara (484) dan Damping Malam (485). Untuk makluman anda, siri kedua bagi sambungan Hantu Kak Limah kini menjalani penggambaran di sekitar negeri Perak. Harap maklum.

p/s: Kite bakor je !!! cer cite..

Rabu, 2 Februari 2011

18 dan 19 Februari 2011.. Anugerah Seri Angkasa 2011


Tanggal 18 dan 19 Februari 2011, dilaporkan akan kelihatan beberapa meteor yang akan berterbangan di angkasa terus terjatuh di PWTC Kuala Lumpur, di mana Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negara (JKKN), melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) akan memancarkan secara langsung satu anugerah yang cukup berprestij bagi menghargai karyawan industri hiburan tempatan. Anugerah yang julung kali itu diadakan selama 2 hari iaitu malam Anugerah Seri Angkasa 2011 memperlihatkan sebanyak 521 pencalonan, merangkumi 323 kategori televisyen dan 198 kategori radio. Bakal disiarkan secara langsung menerusi 3 rangkaian televisyen tempatan iaitu RTM 1, TV9 dan Astro Prima, Anugerah Seri Angkasa menyenarai pendek bagi setiap kategori yang tercalon bagi merebut 'antara yang terbaik' pada malam kegemilangan penggiat seni hiburan tempatan pada 18 dan 19 Februari 2011. Pada rakan media, dijemput hadir menyaksikan kerancakkan malam anugerah tersebut dengan menghubungi bahagian media, JKKN. Harap maklum.

Berikut adalah senarai TOP 5 bagi setiap kategori yang dipertandingkan:-

KATEGORI TV

Anugerah Drama TV Terbaik

  1. Perempuan (RTM – TV2)
  2. Sebelum Akhirat (TV3)
  3. Sekudus Doa Arisya (RTM – TV2)
  4. Denai Berbisik (Astro Prima)
  5. Anak-Anak Lorong (Astro Prima)

Anugerah Pengarah Drama TV Terbaik

  1. Anak-Anak Lorong – MP Roslin (Astro Prima)
  2. Saham Neraka – Erma Fatima (TV3)
  3. Apa Dosaku – Bernand Chauly (Astro Citra)
  4. Perempuan – Mohd Fahmi Sarindi (RTM – TV2)
  5. Sebelum Akhirat- Murali Abdullah (TV3)

Anugerah Pelakon Drama TV Lelaki Terbaik

  1. Janji Yang Satu – Zamarul Hisham (RTM TV2)
  2. Sebelum Akhirat – Fauzi Nawawi (TV3)
  3. Denai Berbisik – Zul Huzaimi (Astro Prima)
  4. Kaki – Rosyam Nor (RTM TV1)
  5. Melukut Kasih di Kaki Santubong – Eman Manan (RTM TV2)

Anugerah Pelakon Drama TV Wanita Terbaik

  1. Apa Dosaku – Elaine Daly (Astro Citra)
  2. Kaki – Ellie Suriaty Omar (RTM TV1)
  3. Bebayang Fitri – Kartina Aziz (RTM TV2)
  4. Sebelum Akhirat – Lisdawati (TV3)
  5. Perempuan – Dira Abu Zahar (RTM TV2)

Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Lelaki Terbaik

  1. Bebayang Fitri – Abu Bakar Omar (RTM TV2)
  2. Saham Neraka – Datuk Ahmad Tarmimi Siregar (TV3)
  3. Denai Berbisik – Hanis Kamal (Astro Prima)
  4. Salam Terakhir – Kaza (Astro Prima)
  5. Melukut Kasih di Kaki Santubong – Shafie Naswip (RTM TV2)

Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Wanita Terbaik

  1. Saham Neraka – Erma Fatima (TV3)
  2. Sebelum Akhirat – Fadhilah Mansor (TV3)
  3. Kaki – Fauziah Nawi (RTM TV1)
  4. Salam Terakhir – Intan Azura (Astro Prima)
  5. Anak-Anak Lorong – Wan Maimunah (Astro Prima)

Anugerah Pelakon Drama TV Kanak-Kanak Terbaik

  1. Surat Daripada Amin – Shafimie Saedon (Media Prima TV9)
  2. Misteri Rumah Tua – Muhd Azzammuddin Lop Hisyam (Media Prima TV9)
  3. Kaki – Muhammad Budiman Isemail (RTM TV1)
  4. Anak-Anak Lorong – Eyra Hazali (Astro Prima)
  5. Anak-Anak Lorong – Eqmal Hazali (Astro Prima)

Anugerah Skrip Drama TV Terbaik

  1. Sebelum Akhirat – Jumal Yunus (TV3)
  2. Denai Berbisik – Danial (Astro Prima)
  3. Anak-Anak Lorong – Mohd Rohizan Ramli (Astro Prima)
  4. Bebayang Fitri – A Wahid Nasir (RTM TV2)
  5. Perempuan – Siti Jaslina Ibrahim (RTM TV2)

Anugerah Komedi TV Terbaik

  1. Cuci Cuci Services (Episod 17) RTM TV2
  2. Masak Lomak Cili Api (Episod 19) RTM TV2
  3. Pak Pong (RTM TV1)
  4. Simpang 3 (TV3)
  5. Saham Neraka (TV3)

Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik

  1. Nabil – Simpang 3 (TV3)
  2. Hamidah Wahab – Saham Neraka (TV3)
  3. Bell Ngasri – Simpang 3 (TV3)
  4. Ebby Yus – Masak Lomak Cili Api (RTM TV2)

Anugerah Rancangan Realiti TV Terbaik

  1. Pertandingan Akhir Adik-Adikku (RTM TV1)
  2. Showdown 2010 – Episod 9 (8TV)
  3. I Wanna Be A Model – Season 3 (8TV)
  4. Sehati Berdansa musim ke-3 – Episod 2 (Astro Ria)
  5. Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 – Astro Ria

Anugerah Hiburan / Muzik Terbaik

  1. Shout Award 2009 (8TV)
  2. Ultimate Power Group Grand (8TV)
  3. Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
  4. Varnagal (RTM TV2)
  5. Konsert Inilah Sharifah Aini (Muzik Aktif)

Anugerah Candawara Game Show TV Terbaik

  1. Laxmana (RTM TV1)
  2. Jangan Lupa Lirik (Astro Ria)
  3. Kata Kau – Episod 3 (TV3)
  4. Ewah-Ewah Musim ke-3 (TV3)
  5. Whack It – Episod 2 (8TV)

Anugerah Dokumentari TV Terbaik

  1. Xplorasi: Taman Negara Kayan Mentarang (RTM TV1)
  2. Madrasah Salasiah Rasulullah – Episod 1 (Astro Oasis)
  3. Selepas 271208 (Bernama TV)
  4. We’re 1 Malaysia (8TV)
  5. Malaysia My Home: Story of Sabah & Sarawak (Astro Saluran 301)

Anugerah Majalah TV Terbaik

  1. Education of Refuge Children – Episod 38 – Edisi Siasat Mandarin (ntv7)
  2. Catatan Saksi – Mavi Marmara – Astro Awani
  3. Kepala Tanaman Eksotik Bernilai Tinggi – Agrotek (RTM TV1)
  4. Bersamamu Musim 19 – Bersamamu – TV3
  5. Gay Terlampau – 360 (TV3)

Anugerah Bicarawara TV Terbaik

  1. Sehati Sejiwa (Emelda & Adlin) RTM TV1
  2. Isu Khas Gaza (RTM TV1)
  3. News Talk Series 2 (Astro AEC)
  4. Biz Talk (P1 WiMax) Astro 502
  5. Biz Talk Sunway Lagoon Night Park (Astro 502)

Anugerah Animasi Tempatan TV Terbaik

  1. Mat Kacau – Astro Ceria
  2. Abus Episod 8 – RTM TV1
  3. Kacang – Pensil Ajaib RTM TV2

Anugerah Rancangan dan Liputan Sukan Terbaik

  1. Kafe Sukan Astro Arena
  2. Sekilas Liga Malaysia RTM TV1
  3. Menggapai Harapan RTM TV1

Anugerah Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik

  1. Belalang Episod 15 (Astro Ceria)
  2. Geng Bas Sekolah Musim 3 – Episod 1 (Astro Ceria)
  3. Tom Tom Bak Musim 4 – Episod 1 (Astro Ceria)
  4. 1Q Xiao Tai Yang 2009 – Episod 5 (Astro XTY)
  5. Idola Kecil 2 – Konsert Akhir (TV9)

Anugerah Pengacara TV Terbaik

  1. Ally Iskandar – Mentor 4 Episod 8 (TV3)
  2. Cheryl Samad – Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
  3. Wan Kamaruddin Wan Ibrahim – Talian Hayat – Bukit Besi (ntv7)
  4. Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar – Palestin Kami Bersamamu (RTM TV1)
  5. Sarimah Ibrahim – Konsert Akademi Fantasia 8 (Astro Ria)

Anugerah Liputan Berita TV Terbaik

  1. Gasing Terbang – Majidah Ismail (RTM TV1)
  2. OKU – Industrial Rehal (RTM TV1)
  3. Catatan Saksi Mavi Marmara – Ashwad Ismail (Astro Awani)
  4. Usahawan Kambing – Nur Asyran Bt Mohd Nor (RTM TV1)
  5. Agenda Awani Siaran Langsung – Ashwad Ismail (Astro Awani)

Anugerah Laporan Khas Berita TV Terbaik

  1. Isu Golongan Gelandangan di Kuala Lumpur – Aminhayat Abd Rahim (TV9)
  2. Barah Kolorektal – Barah No.1 Lelaki – Aminhayat Abd Rahim (TV9)
  3. Stigma Pendermaan Organ – Aminhayat Abd Rahim (TV9)
  4. Filthy Rats Can Cause Death – Melissa Ong Kim Lean (ntv7)
  5. Bisayak di Sandakan (Edisi 7) ntv7

Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik

  1. Berita Nasional 8 Malam – Fathil Idayat (RTM) TV1
  2. Edisi 7 – Jasmine Abu Bakar (ntv7)
  3. Berita Bernama – Zulkifli Bujang (Bernama TV)
  4. Awani 7:45 – Zaiful Bin Mohd Arifin (Astro Awani)
  5. Awani 7:45 – Ashwad Ismail (Astro Awani) – kredit: budiey.com

Anugerah Buletin TV Terbaik

  1. Berita Nadi Arena (Sukan) Astro Arena
  2. Bisnes Awani (Astro Awani)
  3. Awani 7:45 (Astro Awani)

Anugerah Wartawan TV Terbaik

  1. Awani 7:45 (Ashwad Ismail) Astro Awani
  2. Eksklusif 1 Abuya – Hanim Muhili (RTM TV1)
  3. Bisayak di Sandakan Edisi 7 – Charles Mohan A?L M.Muthiah (ntv7)
  4. Majalah 3: Ratapan Duka Sumatera Barat – Nurul Fariha Onn (TV3)
  5. Talasemia Seiuskah Ia? – Rubiah Abd Hamid (RTM TV1)

Anugerah Pengulas TV Terbaik

  1. Pahlawan Akhir Sukan Sea 2009 – Mohd Hafizal Bin Ahmad (RTM TV1)
  2. Piala Dunia 2010: USA vs Ghana – Akbar Sahari (Astro Arena)

Anugerah Suntingan Rancangan TV Terbaik

  1. Songkok – World Evalution (RTM TV1)
  2. Aktifpedia – Paintball – Muhd Muzammil (Astro Arena)
  3. Bisayak di Sandakan – Edisi 7 – Ahmad Fairuz bin Ismail (ntv7)
  4. Showdown 2010 – Episod 6 (8TV)
  5. Talian Hayat – Bukit Besi, Terengganu) – Wan Kamarudin Wan Ibrahim (ntv7)

Anugerah Jurukamera TV Terbaik (Penerbitan Kamera Tunggal

  1. Nur Ar-Rahman (Panggung RTM) Mohd Asri Bin Alias (RTM TV2)
  2. Dosa Semalam (Media Space Distribution Sdn Bhd) RTM TV2
  3. Budak KL Media Space Distribution Sdn Bhd (RTM TV2)
  4. In Person With Christine Chin – Muhamad Adzad Bin Abd Wahab (Astro Awani)
  5. Talian Hayat – Natseven TV Sdn Bhd (ntv7)

Anugerah Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik

  1. Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
  2. Pertandingan Akhir Bintang Klasik Nasional (RTM TV2)
  3. Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-22 (RTM TV1)
  4. Pertandingan Akhir Bintang Ai Minnal 2010 (RTM TV2)
  5. Malam Seribu Bintang Pertandingan Akhir Bintang RTM 2009 (RTM TV2)

Anugerah Rekaan Set TV Terbaik

  1. Pertandingan Akhir Dikir Barat 2009 (RTM TV2)
  2. Miss Astro Chinese International Pageant 2009 (Astro Wah Lai Toi)
  3. Astro Star Quest Grand Final 2010 (Astro Wah Lai Toi)
  4. Kemuncak Sehati Berdansa Musim Ke-3 (Astro Ria)
  5. Whack It (8TV)

Anugerah Audio Rancangan TV Terbaik

  1. Songkok (RTM TV1)
  2. Xpresi Kembara : Pulau Redang, Terengganu (RTM TV1)
  3. Ra Ra Rasiga (RTM TV2)
  4. Budak KL (RTM TV2)
  5. Perempuan (RTM TV2)

Anugerah Penerbitan Kapsul TV Terbaik

  1. Kapsul Ramadan – Puan Zauyah Yusoff (Muzik Aktif)
  2. Kapsul Go Green Campailin – Azlinda Bt Mohd Salim (ntv7)
  3. Treler Gejala Buang Bayi – Abdul Malik Hashim (Filem Negara)
  4. Treler Colour of Malaysia – Rupeh Bin Abdullah (Filem Negara)
  5. Treler Budaya Membaca – Hadiah Hari Jadi – Mohd Kamarul Ariffin Mohammad Azmi (Filem Negara)

Anugerah Promo/Montaj/Teaser TV Terbaik

  1. Corporate Social Responsibility (ntv7)
  2. Astro Arena Channel ID (Astro Arena)
  3. Di Luar Lingkungan (RTM TV1)
  4. 1 Malaysia Concept on Acceptance (Bernama TV)
  5. Montaj – Video Umum (RTM Muzik Aktif)

Anugerah Pengimbang Muzik Terbaik

  1. Xpresi Kembara: Pulau Redang, Terengganu
  2. Inilah Sharifah Aini (RTM Muzik Aktif)
  3. Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
  4. Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-22 (RTM TV1)
  5. Pertandingan Akhir Dikir Barat 2009 (RTM TV2) – kredit: budiey.com

KATEGORI RADIO

Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik

  1. Norlela Binti Mohamad Zin – Negeri FM
  2. Mark Foong Ling (Sam Mak) – 988 FM
  3. Farahida Haji Fauzi – Terengganu FM
  4. Roslinda Binti Abdul Majid – Suria FM

Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik

  1. Amran Tut – Sarawak FM (RTM)
  2. Chong Keat Aun – AI FM (RTM)
  3. Azlan Idris – Bernama Radio 24

Anugerah Pengulas Radio Terbaik

  1. Laporan F1 2010 – Nurjamalina Jamali (Hot FM)
  2. Normal Cross Chef – Muhamad Nazri Noran (Era FM

Anugerah Liputan Berita Radio Terbaik

  1. NKRA – Indeks Jenayah Jalanan – Hassan Sallehuddin Yahya (Bernama Radio 24)
  2. Laporan Langsung Siapa Menteri Besar Perak – Hassan Sallehuddin Yahya (Bernama Radio 24)
  3. Laporan F1 2010 – Nurjamalina Jamali (Hot FM)
  4. Cr Hari Ibu – Zarith Sofia Hatun Bt Abdul Rahman Khan (Berita Radio RTM)
  5. Transformasi Setahun PM – Siti Hanom Hamdan (Berita Radio RTM)

Anugerah Buletin Radio Terbaik

  1. Wong Chew Yat (988 FM)
  2. Endok Baleana Bachok (Bernama Radio 24)
  3. Mohd Fauzee Jaffar (Klasik Nasional)
  4. A. Vasanmuthaliar A/L Arumugam (Minnal FM)
  5. Reagan A/L Muniandi @ Premanant (Minnal FM)

Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik

  1. Berita Nasional – Mahendran A/L Veluplay (Minnal FM RTM)
  2. Bernama Radio – Wan Syahrina Binti Wan AB Rahman (Bernama Radio 24)
  3. Berita Kedah FM – Rozainida Binti Zainul (Kedah FM RTM)
  4. Bernama Radio – Zulkifli Bujang (Bernama Radio 24)
  5. Berita Radio Bahasa Inggeris – Priscilla Ann Yap (Traxx FM RTM)

Anugerah Majalah Radio Terbaik

  1. Feminin – Suara Malaysia (RTM)
  2. Hidayahmu Aidilfitri – Perak FM (RTM)
  3. Terengganu Indah (Tasik Kenyir Indah Dalam Kenangan) – Terengganu FM (RTM)
  4. Zainal Alam Dalam Kenangan – Klasik Nasional (RTM)
  5. Philippines: Jose Rizal (Asean Focus) – Traxx FM

Anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik

  1. ICT dan Anda – Irma Marina (Bernama Radio 24)
  2. Minnalin Tamilosai – Pon Kogilam (Minnal FM)
  3. Ceria Pagi – Nazim (Suria FM)
  4. Suria Cinta – DJ Lin (Suria FM)
  5. Kopi Panas – Norlela Mohd Zin & Mohd Saharani Muhamad (Negeri FM)

Anugerah Rancangan Hiburan Radio Terbaik

  1. Konsert Masihkah Kau Ingat (Klasik Nasional)
  2. Semanis Lebaran 2009 (KL FM)
  3. Ria Gongxi Gongxi (Perak FM)
  4. Jom Raya (Muzik FM)
  5. Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)

Anugerah Bicarawara Radio Terbaik

  1. Konsumer Bersama PPIM Halal Beli – Nazira Noran (Bernama Radio 24)
  2. Kerusi Panas – Syezliza Basri (Bernama Radio 24)
  3. Traxx 101 – Rohani Harithuddin (Traxx FM RTM)
  4. Suri – Puteri Nurzaitul Shima Hassan (Bernama Radio 24)

Anugerah Drama Radio Terbaik

  1. Tasik – Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)
  2. Pencarian Nyonya Cantek – Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)
  3. Sayang Masih Belum Terlambat – Fauziah Mohd Sidek (Klasik Nasional)
  4. Annei Nijem – Sunderam D/O Manikam (Minnal FM)
  5. Embun Hibiscus – Nizuan Hanafi (Bernama Radio 24)

Anugerah Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik

  1. Sheikh Raffie Rahman – Embun Hibiscus (Episod 65) (Bernama Radio 24)
  2. Datuk Ahmad Tarmimi Siregar - Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)
  3. Mohd Fauzi Nawawi – Tasik (Klasik Nasional)
  4. The Kee Guan – I Love Alam Semulajadi (988 FM)
  5. Vairaccanu A/L Chatiah – Hunt (Minnal FM)

Anugerah Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik

  1. Wan Syarina Wan Abdul Rahman – Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)
  2. Balamanni A/P Iyadillai – Annei Nijem (Minnal FM)
  3. Eliza Abdul Razak – Sayang Masih Belum Terlambat (Klasik Nasional)
  4. Ng Lih Jinn – Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)
  5. Kartina Aziz – Tasik (Klasik Nasional)

Anugerah Skrip Drama Radio Terbaik

  1. I Love Alam Semulajadi – Loh Peng Sum (Star FM)
  2. Pencarian Nyonya Cantik – Amelia Binti Hashim (Klasik Nasional)
  3. Tasik – A.Wahid Bin Nasir (Klasik Nasional)

Anugerah Kapsul Jingle/Teaser/Sketsa/Promo Radio Terbaik

  1. Kempen Membaca – Negeri FM
  2. Kempen Kebersihan / Pelancongan dan Keselamatan – Negeri FM
  3. SMS Penipuan – Era FM
  4. Bawa Beg dari Rumah – Era FM
  5. Kidney – THR Raaga

Anugerah Pengimbang Muzik Radio Terbaik

  1. Irama Cinta – Choo Seau Wei (AI FM)
  2. Embun Hibiscus – Ahmad Zaini Ahmad Norbi (Bernama Radio 24)
  3. Pertandingan Bintang Klasik Zon Utara 2010 – RTM Pulau Pinang (Mutiara FM)

p/s: Nantikan kehangatannya...