Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 8 Februari 2011

'Estet, Hantu Kak Limah, Crayon, Janin dan Ngangkung ' di Hari Terbuka FINAS 2011



Sempena Hari Terbuka FINAS 2011 yang akan di adakan pada 12 dan 13 Februari 2011, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menayangkan 5 buah filem cereka, antaranya Estet, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Crayon, Janin dan Ngangkung. Kelima-lima filem tersebut akan ditayangkan secara percuma iaitu Crayon ( 12 Feb 2011, 2.30 ptg), Hantu Kak Limah ( 12 Feb 2011, 8.00 malam), Estet ( 13 Feb 2011, 11.00 pagi), Ngangkung ( 13 Feb 2011, 2.30 ptg) dan Janin ( 13 Feb 2011, 4.30 ptg). Selain tayangan, penonton dan peminat filem berpeluang beramah mesra bersama pelakon filem tersebut secara dekat. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik disediakan di sepanjang hari terbuka FINAS 2011, antaranya sesi ujibakat pembaca berita, jualan, lawatan perfileman, sesi bergambar bersama artis, tayangan filem dokumentari dan sebagainya. Semua rakyat Malaysia dijemput hadir. Untuk aktiviti penuh Hari Terbuka FINAS 2011, sila layari di sini.

p/s: Maaf buat peminat Azwan Annuar dalam Kak Limah.. Dia busy di Lokasi Kak Limah 2.. huhu

0 comments :