Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Selasa, 8 Februari 2011

Harga DVD tulen 'Hantu Kak Limah' cuma RM 10.00


Walaupun Astro melalui rangkaian First menayangkan 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' dengan kadar langganan selama 48 jam bermodalkan RM 15.00, namun filem yang berjaya mengutip kutipan RM 7.90 juta itu boleh dimiliki dalam format DVD, hanya RM 10.00 sahaja. 'Hantu Kak Limah' terbitan Tayangan Unggul yang diarahkan sutradara profilik, Mamat Khalid kini sudah mula dijual di semua kedai muzik seluruh Malaysia.

Ketika ditemui media, Farhan Ismail menjelaskan bahawa, walaupun Hantu Kak Limah masih giat ditayangkan di saluran berbayar Astro itu, namun beliau pasti dengan kemunculan DVD filem tersebut ia bukan sahaja memberi saingan kepada Astro First bahkan penonton boleh membuat pilihan tepat samada untuk melanggan Astro First ataupun memilikinya dalam format DVD. Menariknya, bukan Hantu Kak Limah sahaja dijual dengan nilai RM 10.00 bagi sekeping DVD, bahkan filem tempatan lain iaitu, 'Magika, Aku Masih Dara dan Ngangkung'. Ketika ditanya samada antara astro first dan DVD, Farhan tetap dengan pendiriannya mengatakan bahawa 'DVD lagi berbaloi dan ia boleh ditonton sampai bila-bila dan tidak terhad pada jangka masa tertentu '. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berhubung filem-filem tersebut ( dimana nak beli DVD filem itu), sila taip 'Farhan Seven' di facebook. Selamat mencuba.

p/s: Tak semua kedai muzik menjual DVD original dengan nilai RM 10. ada yang jual RM 9.00 ada juga yg RM 14.90 dan ada yang RM 19.90. Itu terpulang pada jenis paket DVD filem tersebut. Selamat menonton...

0 comments :