Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Sabtu, 12 Februari 2011

Ujibakat Di Hari Terbuka FINAS 2011




Jika anda di luar sana yang mempunyai bakat terpendam dalam dunia lakonan, apakata luangkan masa anda esok (13 Februari 2011) untuk menghadiri sesi ujibakat bagi mencari muka- muka baru dalam dunia perfileman tempatan. Program yang dikendalikan oleh Bahagian Promosi FINAS itu mengalu-alukan seluruh anak Malaysia tidak kira lelaki atau perempuan untuk sama-sama menyertai ujibakat yang di adakan bermula pukul 10 pagi hingga 6.00 petang. Ketika ditemui media semasa sesi ujibakat di FINAS petang tadi, pelakon terkenal Khatijah Tan yang juga pengkritik dan juri professional ujibakat tersebut mengandaikan bahawa aktiviti itu adalah satu peluang yang perlu direbut bagi sesiapa yang mahu bergelar anak seni. Tambahnya lagi, aktiviti seperti ujibakat lakonan sempena Hari Terbuka Finas 2011 adalah platform terbaik buat anda yang mahu mencuba nasib, mana tahu bakat terpendam anda itu menjadi kenyataan. Program yang berakhir esok adalah aktiviti tahunan Finas bagi mendekatkan masyarakat tempatan dengan organisasi tersebut. Selain sesi ujibakat, turut diadakan juga sesi bergambar bersama artis terkenal tanah air, tayangan filem pendek, cereka dan dokumentari, jualan produk dan pameran serta ujibakat pembaca berita yang dikendalikan stesen tv RTM. Kepada anda dan rakan blogger, dijemput hadir ke Hari Terbuka Finas 2011 di Kompleks Studio Merdeka, Finas Jalan Hulu Kelang, Selangor, bermula hari ini dan akan berakhir esok petang. Masuk adalah percuma.

p/s: esok sesi ujibakat akan menampilkan juri antaranya pelakon Faizal Hussein, Elly Suriati dan ramai lagi. Jumpa kami disana. Pastikan anda sudah bersedia.. Rugi tak mai!!!!.


- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments :