Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


BELAGU BUKTI KEMAMPUAN SENI DAYANG

Persembahan Dayang diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuktikan kemampuan Dayang membawakan seleksi lagu klasik melayu tampak elegan dan mewah.

NABIL AHMAD, DOUGLAS LIM, DR J.RAM TAMPIL DALAM FAMILY FUED MALAYSIA BERMULA 27 MAC INI

Alami pengalaman penontonan baharu melalui Family Feud Malaysia di Astro yang diadaptasikan dari sebuah program tv terkenal luar negara.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

Rabu, 30 Mac 2011

'Fiend Within'.. Zahiril Adzim...

Jom kita tengok video klip sensasi lakonan Zahiril Adzim yang dihasilkan oleh pelajar filem dari ASWARA. Nah.. untuk anda.. kita fikirkan bersama-sama apakah yng cuba ingin disampaikan pengarahnya dalam video klip ini..

Coretkan coretan anda di sini.. let's go babe..

Fiend Within


Selasa, 29 Mac 2011

... Dalam Botol sudah 1 Juta lebih...


Penerbit ... dalam botol, Raja Azmi menjelaskan bahawa kutipan terkini bagi filem arahan Khir Rahman itu telah berjaya mengutip pulangan tertinggi dalam senarai filem yang pernah diterbitkannya sebelum ini. 'Anu dalam botol' atau '... dalam botol' telah berjaya mengutip pulangan RM 1 juta ringgit dalam tempoh 6 hari tayangan di beberapa pawagam seluruh negara. Ketika ditemui sebentar tadi di FINAS semasa Bengkel Master Class Screenwriting bersama Joko Anwar, Raja Azmi meluahkan rasa gembira apabila filem ke-empat yang diterbitkannya itu, ... dalam botol berjaya mengutip pulangan yang agak memberangsangkan. Selepas ... dalam botol, Raja Azmi bakal menerbitkan beberapa buah filem terbaru dalam jangka masa terdekat. Terkini, Anak Ikan hasil karya Ajami Hashim, bakal diketengahkan. Beberapa judul lain yang agak catchy masih dirahsiakan.

p/s: Nak pi tengok ... dalam botol dengan Kak Mi esok ptg..

Isnin, 28 Mac 2011

Joko Anwar dan Pintu Terlarang... gamatkan FINAS 1 April 2011..


Pengarah filem terkenal dari Indonesia, Joko Anwar kini berada di FINAS sempena Bengkel Master Class Screenwriting bermula Isnin ( 28 Mac 2011 ) hingga Jumaat (1 April 2011). Terkini, Bahagian Latihan FINAS secara ekskusif akan menayangkan 'Pintu Terlarang' arahan Joko Anwar pada 1 April 2011 bermula jam 4.00 petang di Pawagam P.Ramlee, FINAS. Pastikan temujanji anda bersama kami. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda.


Masuk adalah percuma

p/s: filem wajib tonton

Antara Babak GAY, Bogel dan Botol..

28 Mac 2011 : Utusan Malaysia
Filem Gay, Babak Bogel Dan Botol

Petikan dari Utusan Malaysia

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT




Filem ...Dalam Botol (sebenarnya Anu Dalam Botol) adalah kisah hubungan sejenis atau gay. Filem gay bukan baru malah antara filem gay terbaik pernah dihasilkan ialah Philadelphia (1993) arahan Jonathan Demme yang menyingkap mengenai AIDS. Filem ...Dalam Botol cuba “dimurnikan” dengan menggugurkan perkataan “anu” tetapi peliknya ditambah dalamnya dengan babak lelaki bogel. Agaknya kerana ini “seni” jadi ia “tak apa.” Malah di Hollywood ada filem genre gay dan lesbian. Kerana itu apa yang luar biasanya ...Dalam Botol hingga dihebohkan Library of Congress begitu tertarik dengan filem ini? Adakah ini satu pengiktirafan kepada industri filem tempatan yang sudah berjaya menghasilkan filem gay? Kalau begitu tahniahlah.

Adakah filem ...Dalam Botol hanya mengupas percintaan sejenis dan apakah yang dikupas itu memberikan satu timbal balik moral kepada masyarakat setelah pembikinan “diperhebatkan” dengan adegan bogel salah seorang pelakon utama filem ini? Filem harus murni pembikinannya untuk menyalurkan murni dalam isinya. Tetapi pengarah ...Dalam Botol, Khir Rahman berulang kali menekankan bahawa filem itu membawa isu berat dan bukan tempat dia melakukan percubaan.

Kisah percintaan sejenis yang berakhir dengan kekesalan dikupas untuk tontonan umum buat pertama kalinya di filem tempatan. Adakah ini satu rekod pencapaian yang boleh dibanggakan? Terpulangkah kepada penonton yang waras sama ada mereka memilih panggung sebagai kelas sivik atau tempat untuk berkongsi pemikiran dengan pembuat filem. Bagaimanapun filem gay ini disampaikan dalam bentuk sedikit berbeza. Pendekatannya dijangka akan membuatkan penonton terpinga-pinga. Mungkin ada juga yang tidak memahami maksud disampaikan oleh pengarah.

Untuk filem ini, Khir menggunakan sepenuhnya teknik penggambaran cinema verite yang banyak digunakan dalam pembikinan filem dokumentari. Cinema verite adalah merakam dengan menggunakan “handheld”. Dalam filem dokumentari, teknik ini sebagai sudut pandangan pengarah terhadap sesuatu itu kerana gerak kamera seperti mata manusia. Tetapi alasan Khir menggunakan teknik ini ialah untuk menyamakan keadaan bergoyang dan kabur dengan situasi alam pemikiran watak-watak ketika itu.

Katanya, ini bersesuaian dengan subjek utama penyampaian filem ini yang boleh dikategorikan berat. Sama berat dengan filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Muallaf yang pernah ditayangkan sebelum ini. Antara babak berat ialah semasa Rubidin (Ruby) lakonan Arja Lee yang menatap tanpa jemu botol separuh berbalut di hadapannya. Sebenarnya, botol menghiasi meja solek Ruby mengandungi alat sulitnya selepas melakukan pembedahan tukar jantina di London.

Botol itu juga adalah bukti cintanya terhadap Ghaus (Wan Raja) yang pernah mengeluarkan ungkapan “kalaulah you perempuan”, sewaktu pasangan kekasih itu bercuti di tepi pantai. Kesengsaraan dan kekusutan Ghaus sewaktu ditinggalkan selama tiga bulan turut digambarkan dengan baik. Ditinggalkan sang kekasih, menyebabkan seluruh percaturan harian hidupnya terganggu. Kekecewaan Ruby sewaktu Ghaus tidak dapat menerima imej terbarunya biarpun idea untuk melakukan perubahan itu datang dari kekasihnya.

Khir turut menjangka filem karyanya itu tidak disenangi oleh banyak pihak kerana kurang elemen hiburan di situ, tetapi dia punya alasan kukuh tersendiri berbuat sedemikian. “Saya memang mencari apa sahaja yang boleh memberi kesan kepada penonton. Kita mahu semua rasakan kesengsaraan seorang lelaki yang hilang kelakian kemudiannya berasa kesal bila ditinggalkan sang kekasih,” kata Khir. Penguat ...Dalam Botol juga terletak kepada Fauziah Ahmad Daud (Sherry) yang membawa watak ibu kepada Dina (Diana Danielle).

Ada yang suka dan ada yang tidak.. ... Dalam Botol


Pertama kali diwar-warkan di dada akhbar oleh producernya, Raja Azmi tentang ... dalam botol, ramai pihak menuding jari kononnya Raja Azmi bakal menerbitkan filem lucah dan filem Gay. Gelak besar saya membacanya.. Di kala filem pendek saya comolot yang diterbitkan tahun 2007 , ramai pulak yang mengaitkan kenapa Raja Azmi mahu menghasilkan Dalam Botol setelah Comolot arahan saya di kontroversikan. Apakah Raja Azmi mahu mencari publisiti murahan tatkala Comolot saya mengundang polimek tersendiri di kalangan pelbagai pihak. Nescaya itulah ragam rakyat Malaysia yang suka akan perkara-perkara yang kontroversi.

... Dalam Botol arahan Khir Rahman merupakan antara filem tempatan yang mampu meraih anugerah di beberapa festival filem antarabangsa. Pembikinannya agak teliti dan mempunyai bahasa filemnya serta aturan kedudukan lakon layarnya amatlah diakui kehebatannya. Jika ada pihak mempertikaikan kenapa editing, muzik dan konsep macam tue?. Itulah sebuah karya yang faham tentang apa itu filem sebenarnya. Jika ... dalam botol gagal di arena tempatan, usah gentar, kerana dalam botol telah terpilih ke beberapa buah negara yang sebenarnya susah nak terima filem Malaysia.

Apa yang pasti.. anda ada hak sama ada suka atau tak filem ini. Bagi saya, inilah Sinema Malaysia sebenarnya selepas karya Yasmin Ahmad..

Ada yang suka atau tak.. terpulang.. sebab ini blog saya.. saya punya sukalah..
hehehe.

* waiting for ASTRO FIRST.. DALAM BOTOL HD

Khamis, 24 Mac 2011

Ditayangkan di pawagam hari ini... ... Dalam Botol


Tahniah buat Raja Azmi.. ...Dalam Botol telah bermula tayangannya hari ini...
Sebuah filem yang wajib anda tonton..
Ia bukan sebuah kisah gay biasa atau sebuah karya murahan..
tetapi ia sebuah filem yang mengungkap erti sebuah rasa, perhubungan, persahabatan, cinta dan impian.

Nampaknya Sinema Malaysia ada pencabarnya... Khir Rahman..

keratan akhbar berkaitan ... dalam botol di semua dada akhbar hari ini





Khir Rahman notes...


... Dalam Botol Interview with Arja Lee

... Dalam Botol Interview with Khir Rahman

sekadar hiasan

Rabu, 16 Mac 2011

... Dalam Botol diserahkan ke Library of Congress, Washington, D.C Amerika Syarikat!


...Dalam Botol: Kak Ogy Puji Sentuhan Khir Rahman

Pada 9 March 2011 yang lalu, Raja Azmi telah mengadakan Tayangan Perdana filem ... Dalam Botol bertempat di GSC Signature, Garden, Mid Valley, Kuala Lumpur. Tayangan yang dihadiri oleh ramai tetamu itu termasuk para pembikin filem, penerbit filem dan selebriti tanah air itu turut menyaksikan penyerahan filem ... dalam botol kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat melalui Lingesh Waran. Penyerahan secara ekslusif itu adalah untuk kajian ilmiah bagi pihak Library of Congress, Washington, D.C. Ia telah disempurnakan oleh Dato' Shah Reza sambil disaksikan Jailani Sidek, suami kepada penerbit filem kontroversi itu, Raja Azmi.

... Dalam Botol mengisahkan konflik jiwa yang berlaku akibat pertukaran jantina yang kronik melalui watak Rubidin lakonan Arja Lee, akan menghantui Sinema Malaysia pada 24 Mac 2011, seterusnya akan berputar ke seluruh dunia pada awal bulan depan. Ketika ditemubual melalui panggilan telefon sebentar tadi, Raja Azmi menyifatkan bahawa pemilihan ...dalam botol ke persada dunia seterusnya mendapat hak tayangan di sana adalah satu kejutan yang tidak disangka. Beberapa wakil industri filem dunia dan festival filem antarabangsa memberi kepercayaan kepada naskhah arahan Khir Rahman itu agar dapat bertapak kukuh di pasaran antarabangsa.

Terkini, ... dalam botol akan di adakan Majlis Khas yang melibatkan para pengkritik filem minggu ini dan minggu hadapan membuktikan ... dalam botol antara naskhah yang mempunyai keistimewaannya tersendiri. Diluluskan bersih oleh LPF Malaysia dengan label tontonan 18 tahun ke atas, ... dalam botol dijangka menemui penonton di Astro First dalam format HD sepenuhnya apabila selesai tayangannya di pawagam kelak.

Nantikan kehangatan ... dalam botol dipawagam 24 Mac 2011.
Inilah filem Malaysia yang saya cari selepas karya Yasmin Ahmad yang menyentuh perasaan.

antara cenderahati dari Raja Azmi semasa Tayangan Perdana ... dalam botol

p/s: Anu Dalam Botol.. bakal menghantui minda anda...

Selasa, 15 Mac 2011

'bukan sebuah filem gay, bukan juga filem komersial', ... Dalam Botol garapan terbaik Khir Rahman..


TRAILER TERBARU MAC 2011

Apabila Raja Azmi memperkatakan hasratnya untuk menerbitkan kisah hidup golongan homoseksual, ramai di antara kita memandang jijik akan impian tersebut. Ada dikalangan mereka mahukan karya itu diharamkan, dengan alasan ia sebuah filem tidak bermoral dan menjatuhkan imej bangsa melayu dan agama islam. Namun, impian tersebut menjadi kenyataan apabila ...Dalam Botol diluluskan bersih tanpa potongan oleh LPF Malaysia dan bakal ditayangkan serentak seluruh Malaysia mulai 24 Mac 2011.

... Dalam Botol atau tajuk asalnya Anu Dalam Botol hasil karya Raja Azmi yang juga penerbit filem ini, di mana naskhahnya diarahkan oleh Khir Rahman merupakan sebuah filem yang mempunyai lakon layar yang baik. Ia dipersembahkan melalui teknik penceritaan yang begitu teliti. Khir Rahman berjaya menggambarkan apa yang tersirat dan tersurat di sebalik kisah cinta sejenis antara Ghaus dan Rubidin. Ini filem Malaysia terbaik selepas karya Yasmin Ahmad yang kini hanya tinggal kenangan.


... Dalam Botol bukan sebuah filem GAY, tetapi ia sebuah kisah yang merungkai erti sebuah rasa, perhubungan, persahabatan, cinta dan impian. Menonton filem perlu memahaminya. Khir bijak menggunakan bahasa filemnya melalui setiap shot dan struktur penceritaannya. Ia dibantu dengan teknik suntingan yang bersahaja tetapi membawa makna. Susunan muzik dalam filem ini banyak membantu. Khir bijak menyusun situasi dan plotnya menjadi sebuah karya yang memberi kesan pada penonton. Jika dilihat dalam mana-mana filem tempatan sekalipun, muzik kerapkali melatari setiap scene malahan dialog yang diucap atau dituturkan oleh para pelakon. Tetapi ... dalam botol hanya memasukkan muzik yang perlu sahaja, walaupun rata-ratanya menganggapkan ia sebuah karya yang mendatar. Itulah sebuah filem yang baik dan bagus untuk dihayati. Namun, perlu diingat bahawa ...dalam botol mewakili suatu rasa yang bercelaru dan berkecamuk pada watak Rubidin lakonan Arja Lee. Lihat sahaja lakonan Arja Lee yang begitu menjiwai wataknya bagi menggambarkan dirinya seorang manusia yang mengalami konflik diri terhadap kehidupannya iaitu antara cinta, persahabatan dan impian. Impian itulah merosakkan erti sebuah cinta yang akhirnya memusnahkan perjalanan sebuah kehidupan yang hakiki.

Ia merupakan sebuah filem yang lari dari pendekatan filem-filem komersial, di mana elemen itulah seringkali digunakan oleh para pembikin filem atau produser bagi mengaut keuntungan dengan mengaburi mata penonton sehingga disogokkan dengan perkara-perkara yang tidak relevan. Dalam perkara ini, Raja Azmi berjaya menggambarkan apa yang terkandung dalam kisah cinta dan persahabatan Ghaus dan Rubidin menerusi skripnya, namun ia di olah begitu teliti oleh Khir Rahman menjadikan ... dalam botol antara karya yang mempunyai sentuhan yang cukup baik dan memberi makna tersendiri buat penontonnya. Filem yang baik adalah datang dari lakon layar yang bagus. Menerusinya, Khir Rahman berjaya meletakkan dirinya sebaris nama U-Wei Hj Shaari, Mamat Khalid dan Yasmin Ahmad.

Ia sebuah filem yang wajib ditonton oleh semua peminat filem kerana ...dalam botol bukan sebuah karya yang kosong, tetapi ia mempunyai banyak intipatinya yang perlu dibongkar dan diterjemahkan. Seandainya filem ini memasuki festival filem antarabangsa di luar negara, nescaya ia akan membawa pulang beberapa anugerah sepertimana filem-filem Yasmin Ahmad. Justeru, perlu diingat bahawa ...dalam botol dibikin secara jujur bukannya untuk menjadikan ia sebuah filem arus perdana yang komersial, jika anda terlalu disogokkan dengan filem sebegitu, barangkali tumpuan anda akan terganggu apabila menonton ...dalam botol antara karya yang cukup bermaruah dan baik dari segi struktur dan plot penceritaannya.

Tahniah buat Khir Rahman dan Raja Azmi. Inilah filem paling terbaik yang pernah diterbitkan Raja Azmi. Pada anda, menonton sesebuah filem perlu memahaminya bukan dengan melihat, memandang dan mendengar sahaja.


... Dalam Botol dipawagam bermula 24 Mac 2011. Wajib tonton 2011.

CUN... percubaan berani Osman Ali


Di kenali sebagai pengarah kontroversi menerusi naskhah 'Malaikat Di Jendela dan Bukak Api', kemudian 'Puaka Tebing Biru dan Anak Halal', kini Osman Ali tampil dengan karya baru yang lebih ringan, santai dan menghiburkan. CUN filem keempat Osman Ali yang diterbitkan Nuansa Film bersama Tayangan Unggul itu merupakan antara naskhah terbaru Osman Ali yang lebih ringan dan mudah difahami. Memilih genre romantik komedi berlatarbelakangkan sawah padi yang menghijau di utara semenanjung tanah air, CUN dilihat sebagai filem yang penuh berwarna warni untuk tahun 2011.

Menggunakan dua latar tempat yang berbeza iaitu di kampung ( mewakili watak Atan lakonan Remy Ishak) dan di bandar ( mewakili watak Luna Latisya lakonan Maya Karin) menjadikan CUN antara naskhah yang amat berlainan dari sentuhan Osman sebelum ini. CUN agak komersial dari segi garapan dan struktur penceritaannya namun kemunculan beberapa watak seperti Ryan Hidayat (Jehan Miskin), Mislina Mustaffa ( Bedah Tonggek), dan Siti Nor Faridah (Eton gebu) sedikit klise dari kebiasaan filem-filem tempatan yang ada. Namun, Osman bijak bermain dengan mood penonton terutamanya dalam pembinaan watak Atan dan Luna Latisya. Kemesraan mereka adakalanya mencacatkan filem ini, tetapi apa yang pasti CUN sebuah komedi romantik yang menghiburkan, tentunya tidak mengecewakan khalayak penonton.


CUN akan melecun pawagam tempatan mulai 31 Mac 2011.
Nantikan kemesraan CUN penghujung bulan ini.

p/s: Aku komen ringkas je filem ini sebab ia 'ringan, santai dan tidak memeningkan kepala'. Tetapi menurut Osman, dia menghasilkan filem CUN adalah untuk menjadikan karyanya ditonton segenap lapisan masyarakat, berbeza dari karyanya sebelum ini yang hanya ditonton dan dikaji oleh golongan tertentu sahaja. Kesimpulannya.. CUN pasti membuatkan anda tersenyum sendirian dan ada ketika jiwa anda pasti tersentuh dengan lakonan bersahaja Remy dan Maya yang memberikan impak sedalam-dalamnya...

CUN wajib tonton pada semua penonton.. ia karya ringan Osman Ali untuk tahun 2011.

'Hujan Panas' akan datang...


Hujan Panas' akan datang...


p/s: Tunggu je info dari ajami hashim.. hehehe

Isnin, 14 Mac 2011

Malaysian Short Film - March 2011.


MALAYSIAN SHORTS (March 2011)

Monday 14 March · 8.00pm - 11.00pm

Auditorium, HELP University College
Pusat Bandar Damansara
Kuala Lumpur, Malaysia

Presented by Amir Muhammad

Admission FREE.

The line-up:

1. Silent Breaker (Clement Chiang, 2 min)
2. Fatiha (Margaret Bong, 23 min)
3. Over Head and Ears (Liew Seng Tat, 4 min)
4. Sub Rosa (Nadiah Hamzah, 8 min)
5. Sayang Papa (Linus Chung, 7min)
6. Corridor (Zalee, 2 min)
7. Belum Tiba (Imri Nasution, 5 min)
8. Like Toy Dolls (Yihwen Chen, 5 min)
9. Belon Biru (Al Hafiz Burhanuddin, 10 min)
10. Bound (Fikri Jermadi, 9 min)
11. Famous Last Words (Ho Yuhang, 10 min)

TOTAL RUNNING TIME: 98 mins approx.

Gambar menarik filem BUNOHAN




sebuah Filem Dain Said
(dari pengarah filem DUKUN)

akan datang 2011

'Sebuah Mitos yang digarap terlalu kompleks', Hikayat Merong Mahawangsa ke Persada Dunia!


Walaupun belum pernah membaca atau menganalisa hikayat berkaitan Merong Mahawangsa di dalam sejarah negeri Kedah, namun penghasilannya dalam nakhah filem wajar diberi perhatian. KRU Studio menerusi epik Hikayat Merong Mahawangsa telah melebarkan sayapnya di Malaysia pada 10 Mac 2011, merupakan antara filem anak Malaysia yang boleh dikatakan menongkah arus dari kebiasaan filem-filem tempatan lain. Peminat filem mungkin berbangga dengan genre filem ciptaan KRU Studio, tetapi usah dibandingkan dengan karya luar dari Hollywood kerana perbezaan dari kos produksinya. Merong Mahawangsa arahan dan lakon layar Yusry Abdul Halim merupakan epik yang merungkai kisah yang berlaku di Langkasuka antara 'pengorbanan, cinta, perjuangan dan kasih sayang'. Percubaan Yusry menerusi filem ini berjaya tetapi kehebatannya tidak boleh dibandingkan dengan naskhah Puteri Gunung Ledang terbitan Enfiniti Productions. Ada di antara rakan industri membuat perbezaan antara HMM dengan PGL!. Kata mereka, PGL lebih hebat dari HMM. Jika ya, saya mohon di sini untuk anda uraikan satu persatu apa kekurangan yang ada dalam HMM untuk dikongsi bersama. Mungkin ia terlepas pandang atau sekadar sebuah naskhah yang gah cuma dari segi perlaksanaan produksinya semata-mata.

HMM boleh dikatakan sebuah karya antarabangsa yang sarat dengan pelbagai kisah, watak dan perwatakannya, menjadikannya sebagai sebuah naskhah filem yang terlalu kompleks untuk dihayati. Kemunculan beberapa pelakon seperti Stephen Rahman, Craig Robert Fong, Henrik Norman, Gavin Stenhouse dan Jing Lust di dalam HMM, menjadikannya ia sebuah filem international yang mempunyai keistimewaan dan kekurangannya tersendiri. Namun, apabila Khir Rahman, Dato' Rahim Razali, Wan Hanafi Su, dan Ummi Nazeera muncul di beberapa babak dan situasi, saya percaya antara mereka yang terlibat dalam filem ini mempunyai kekuatan dan tarikannya yang tersendiri.

HMM sebuah filem untuk semua, tidak mengecewakan dan saya percaya ia mungkin boleh bersatu jika berpijak di persada dunia.


p/s: Menonton mesti untuk memahaminya bukan. Yang Pasti saya suka akan filem ini...jika anda tidak suka.. terpulang .. sebab itu hak masing-masing dan saya coretkan di sini atas laman saya.. huhuhu

Sabtu, 12 Mac 2011

'Bunohan', karya terbaru Pengarah Dukun...



Selepas gagal ditayangkan di pawagam menerusi filem 'Dukun' yang diluluskan oleh LPF Malaysia, Dain Said kini kembali dengan naskhah terbarunya, 'Bunohan'. 'Bunohan' atau tajuk asalnya 'Bunga Lalang' merupakan sebuah filem terbitan Apparat Films yang bakal menemui penonton tempatan pertengahan 2011.

Di kisahkan di sebuah bandar di sempadan perkampungan Kelantan yang di namakan BUNOHAN seperti tajuk filem ini, BUNOHAN mengikuti kisah hidup tiga beradik lelaki yang telah renggang perhubungannya - Adil seorang peninju tomoi, Ilham seorang pembunuh upahan, dan Bakar seorang ahli perniagaan bercita-cita tinggi – dimana takdir mereka dibelit tragis dalam lingkaran penipuan dan rasuah. Filem ini menjanjikan para penonton sebuah hasil hiburan berseni yang membangkitkan isu-isu yang lebih mendalam.

“Filem ini menangani subjek-subjek yang bermakna dan dekat di hati. Di sebalik plot yang jelas, terdapat sebuah ulasan mengenai kematian tradisi kita dan pencemaran alam sekitar yang terjadi akibat pemburuan wang dan kuasa,” Dain berkata di upacara pelancaran rasmi dan pratonton tidak rasmi treler. Dikenali sebelum ini sebagai “Bunga Lalang”, gelaran filem ini telah diubah bagi mencerminkan dengan lebih tepat tema asal dan harapan yang ditangkap dalam filem ini, sambil memberi penghormatan ke atas nama bandar di mana perfileman mengambil tempat.



Filem in menampilkan barisan pelakon veteran dan pelakon baru termasuk Zahiril Adzim sebagai Adil, Faizal Hussein sebagai Ilham, dan Pekin Ibrahim sebagai Bakar. Turut ditonjolkan dalam peranan-peranan sokongan adalah pemenang Pelakon Terbaik FFM2010 dan Anugerah Skrin 2010, Bront Palarae; Namron; Wan Hanafi Su; Hushairy Hussin; AMerul Affendi; Soffi Jikan; Jimmy Lor, dan model terkemuka Malaysia, Tengku Azura dalam penampilan filemnya yang pertama. Terdapat juga sebuah babak kameo oleh pengarah terkemuka, Ho Yuhang. Berlatarbelakangkan paya bakau dan pesisiran pantai timur yang indah, hasil seni filem BUNOHAN meninggalkan kesan yang mempunyai penangan sehebat babak-babak Tomoi di dalam filem tersebut.

“Saya memang suka negeri Kelantan dan daerah pantai timur sejak kecil lagi, kerana saya menghabiskan sebahagian zaman kanak-kanak saya di sana. Saya benar-benar ingin merakam keindahannya yang semakin lenyap dan saya bersyukur di atas peluang ini untuk kongsi bersama penonton, hasil seni saya ini,” kata Dain.

Click LIKE and visit www.bunohan.com
BUNOHAN dihasilkan oleh Nandita Solomon bersama Tim Kwok, distribusi oleh Astro Shaw, dan diwakili di seluruh dunia

Trailer


p/s: Nantikan kehangatannya




- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Annexe Gallery CM

Khamis, 10 Mac 2011

Sinema Malaysia tanpa Yasmin

Aku masih merindui sentuhan keramat Yasmin Ahmad dalam filem-filem arahannya. Bermula dari Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime.. Yasmin banyak mengajar aku dan penonton tentang erti sebuah kehidupan. Apabila aku menonton filem '...Dalam Botol', arahan Khir Rahman semalam semasa Tayangan Perdana filem tersebut di GSC Garden Mid Valley, aku dapat merasakan Khir Rahman mempunyai 'soul' itu untuk menjadi pengarah filem tersohor seperti Yasmin jika dia bijak memperhalusi, mengkaji dan membawakan Sinema Malaysia secara jujur seperti karya-karya Yasmin. Go on Khir... Aku cukup berpuas hati dengan ...Dalam Botol sebuah filem yang bukan kontroversi tetapi ia sebenarnya sebuah kisah yang merungkai erti sebuah rasa, persahabatan dan cinta yang akhirnya memusnahkan perjalanan sebuah kehidupan.

Perjalanan Khir Rahman masih panjang.. dan tentunya aku mahukan ada lagi karya seperti Yasmin. Dalam perkara ini, Khir ada sentuhannya..

Yasmin moga abadi di sana..


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Editing Studio, FINAS

4 filem pendek terbaik di Stor DBP April 2011


Kepada anda peminat filem, apa kata luangkan masa anda bersama kami pada 9 April 2011, bermula jam 8 hingga 11 malam di Stor DBP, Kuala Lumpur. Sebanyak 4 buah filem pendek akan ditayangkan pada malam tersebut, antaranya Sesat, Zahir Tak Terucap, Kopitiam Kurang Manis, dan Mata Boleh Melihat. Filem-filem tersebut antaranya berdurasi 10 minit hingga 30 minit, di mana ia menampilkan pengarah muda berbakat iaitu Aliff Ihsan, Maz Irwan, Azri Abu Hassan dan Ashroff Nor Shaid.

Program kelolaan Angkatan Pembikin Filem dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka itu
mengalu-alukan kedatangan semua peminat filem khususnya penulis blog, pengkritik filem dan peminat filem tegar untuk sama-sama memeriahkan acara.

Pelbagai aktiviti termasuk sesi diskusi filem pendek tersebut akan di adakan. Turut dijangka hadir pada malam tersebut adalah pengarah filem terkenal, Mamat Khalid, U-Wei Hj Shaari, pengkritik filem, A. Wahab Hamzah dan penerbit filem, Gayathri Su Lin Pillai.

Masuk adalah percuma. Sebarang pertanyaan sila klik di sini.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Hulu Kelang, FINAS

Akira Kurosawa Film at ASWARA ( 10-20 Mac 2011)

Info: Japan Foundation


Akira KUROSAWA was a famed Japanese film director, producer, screenwriter and editor, who directed 30 films in his 57-year career. Born in 1910 and deceased in 1998 at the age of 88, the year 2010 marked the 100th anniversary of his birth. The Japan Foundation, Kuala Lumpur, together with ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan), proudly present Akira Kurosawa Film Festival ~ Centennial Retrospective, featuring 25 of his titles including “Seven Samurai”, “Rashomon” and “Ikiru” that have inspired and influenced quite a number of Japanese and foreign filmmakers, such as Takeshi KITANO, Steven Spielberg, Martin Scorsese, George Lucas, John Woo and Zhang Yimou.

Date: 10 – 20 March 2011
Venue: Dewan Kuliah Utama,
ASWARA (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan),
464 Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur.
Admission: Free

Inquiries: email to jpcc@jfkl.org.my or call 03-2284 6228

*For screening times, please log on to www.jfkl.org.my after 1 March 2011.


Scerened on 35mm Print

Sanshiro Sugata / 姿三四郎 1943 / 79min. / B&W
The Most Beautiful / 一番美しく 1944 / 85min. / B&W
Sanshiro Sugata Part II / 續姿三四郎 1945 / 82min. / B&W
The Men Who Tread on the Tiger's Tail / 虎の尾を踏む男達 1945 / 58min. / B&W
No Regrets for Our Youth / わが青春に悔なし 1946 / 110min. / B&W
One Wonderful Sunday / 素晴らしき日曜日 1947 / 108min. / B&W
Drunken Angel / 醉いどれ天使 1948 / 98min. / B&W
The Quiet Duel / 静かなる決闘 1949 / 95min. / B&W
Stray Dog / 野良犬 1949 / 122min. / B&W
Scandal / 醜聞 (スキャンダル) 1950 / 104min. / B&W
Rashomon / 羅生門 1950 / 88min. / B&W
The Idiot / 白痴 1951 / 166min. / B&W
Ikiru (To Live) / 生きる 1952 / 143min. / B&W
Seven Samurai / 七人の侍 1954 / 207min. / B&W
I Live in Fear / 生きものの記録 1955 / 113min. / B&W
Throne of Blood / 蜘蛛巣城 1957 / 110min. / B&W
The Lower Depths / どん底 1957 / 125min. / B&W
The Hidden Fortress / 隠し砦の三悪人 1958 / 139min. / B&W
The Bad Sleep Well / 悪い奴ほどよく眠る 1960 / 151min. / B&W
Yojimbo (The Bodyguard) / 用心棒 1961 / 110min. / B&W
Sanjuro / 椿三十郎 1962 / 96min. / B&W
High and Low / 天国と地獄 1963 / 143min. / B&W, Partially Color
Red Beard / 赤ひげ 1965 / 185min. / B&W
Dodesukaden / どですかでん 1970 / 140min. / Color
MADADAYO (“Not Yet”) / まあだだよ 1993 / 134min. / Color

Inquiries: email to jpcc@jfkl.org.my or call 03-2284 6228

*For screening times, please log on to www.jfkl.org.my after 1 March 2011

- Posted using BlogPress from my iPhone


Location:FINAS

35th Hong Kong Film Festival 2011




Sempena 35th Hong Kong Film Festival 2011 pada 20 Mac hingga 5 April 2011, Golden Screen Cinemas (GSC) akan membawakan anda filem-filem terbaik mulai 17 hingga 20 Mac 2011. Ditayangkan di 3 buah panggung milik GSC iaitu GSC Mid Valley, Pavillion, dan 1 Utama, 35th Hong Kong Film Festival menampilkan beberapa judul filem terbaik yang menghairahkan. Antaranya Tsui Hark's "Once Upon A Time In China", Jackie Chan's "Police Story", John Woo's "A Better Tomorrow", Wilson Yip's "IP Man, serta sebuah filem kontroversi mengenai cinta sejenis pasangan lesbian bertajuk "All About Love", lakonan Sandra Ng dan Vivian Chow.



Hong Kong Film Festival 2011 Movie Showtimes


"A Lover's Discourse" to open Malaysia's Hong Kong Film Fest 2011

Menariknya, pada 16 Mac 2011 bertempat di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, sebuah filem bertajuk "A Lover's Discourse' akan ditayangkan secara ekslusif. Tayangan bersama pengarah filem tersebut akan ditayangkan sekaligus sesi beramah mesra bersama pelakon filem turut di adakan. Ia bermula pukul 10 pagi dan dijangka berakhir pada 1.30 tengahari.


Bagi anda yang ingin menonton filem-filem tersebut, tiket berharga RM 5.00 sahaja bagi setiap filem boleh di dapati di setiap kaunter GSC yang terlibat.

Jangan lupa. Nantikan kehangatannya..


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Hulu Kelang, FINAS