Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 28 Mac 2011

Ada yang suka dan ada yang tidak.. ... Dalam Botol


Pertama kali diwar-warkan di dada akhbar oleh producernya, Raja Azmi tentang ... dalam botol, ramai pihak menuding jari kononnya Raja Azmi bakal menerbitkan filem lucah dan filem Gay. Gelak besar saya membacanya.. Di kala filem pendek saya comolot yang diterbitkan tahun 2007 , ramai pulak yang mengaitkan kenapa Raja Azmi mahu menghasilkan Dalam Botol setelah Comolot arahan saya di kontroversikan. Apakah Raja Azmi mahu mencari publisiti murahan tatkala Comolot saya mengundang polimek tersendiri di kalangan pelbagai pihak. Nescaya itulah ragam rakyat Malaysia yang suka akan perkara-perkara yang kontroversi.

... Dalam Botol arahan Khir Rahman merupakan antara filem tempatan yang mampu meraih anugerah di beberapa festival filem antarabangsa. Pembikinannya agak teliti dan mempunyai bahasa filemnya serta aturan kedudukan lakon layarnya amatlah diakui kehebatannya. Jika ada pihak mempertikaikan kenapa editing, muzik dan konsep macam tue?. Itulah sebuah karya yang faham tentang apa itu filem sebenarnya. Jika ... dalam botol gagal di arena tempatan, usah gentar, kerana dalam botol telah terpilih ke beberapa buah negara yang sebenarnya susah nak terima filem Malaysia.

Apa yang pasti.. anda ada hak sama ada suka atau tak filem ini. Bagi saya, inilah Sinema Malaysia sebenarnya selepas karya Yasmin Ahmad..

Ada yang suka atau tak.. terpulang.. sebab ini blog saya.. saya punya sukalah..
hehehe.

* waiting for ASTRO FIRST.. DALAM BOTOL HD

1 comments :

saya pon suka. 2 kali pi tgk. hari first feel menonton terbantut dek kerana kehadiran golongan2 'bunga' plastik yang menghiasi panggung banyak gelak serta mengilai melihat rubi. kali ke-2 menonton baru aman. kebanyakannya senyap menghayati (mungkin juga ada yang tertidur). =)