Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Selasa, 15 Mac 2011

'bukan sebuah filem gay, bukan juga filem komersial', ... Dalam Botol garapan terbaik Khir Rahman..


TRAILER TERBARU MAC 2011

Apabila Raja Azmi memperkatakan hasratnya untuk menerbitkan kisah hidup golongan homoseksual, ramai di antara kita memandang jijik akan impian tersebut. Ada dikalangan mereka mahukan karya itu diharamkan, dengan alasan ia sebuah filem tidak bermoral dan menjatuhkan imej bangsa melayu dan agama islam. Namun, impian tersebut menjadi kenyataan apabila ...Dalam Botol diluluskan bersih tanpa potongan oleh LPF Malaysia dan bakal ditayangkan serentak seluruh Malaysia mulai 24 Mac 2011.

... Dalam Botol atau tajuk asalnya Anu Dalam Botol hasil karya Raja Azmi yang juga penerbit filem ini, di mana naskhahnya diarahkan oleh Khir Rahman merupakan sebuah filem yang mempunyai lakon layar yang baik. Ia dipersembahkan melalui teknik penceritaan yang begitu teliti. Khir Rahman berjaya menggambarkan apa yang tersirat dan tersurat di sebalik kisah cinta sejenis antara Ghaus dan Rubidin. Ini filem Malaysia terbaik selepas karya Yasmin Ahmad yang kini hanya tinggal kenangan.


... Dalam Botol bukan sebuah filem GAY, tetapi ia sebuah kisah yang merungkai erti sebuah rasa, perhubungan, persahabatan, cinta dan impian. Menonton filem perlu memahaminya. Khir bijak menggunakan bahasa filemnya melalui setiap shot dan struktur penceritaannya. Ia dibantu dengan teknik suntingan yang bersahaja tetapi membawa makna. Susunan muzik dalam filem ini banyak membantu. Khir bijak menyusun situasi dan plotnya menjadi sebuah karya yang memberi kesan pada penonton. Jika dilihat dalam mana-mana filem tempatan sekalipun, muzik kerapkali melatari setiap scene malahan dialog yang diucap atau dituturkan oleh para pelakon. Tetapi ... dalam botol hanya memasukkan muzik yang perlu sahaja, walaupun rata-ratanya menganggapkan ia sebuah karya yang mendatar. Itulah sebuah filem yang baik dan bagus untuk dihayati. Namun, perlu diingat bahawa ...dalam botol mewakili suatu rasa yang bercelaru dan berkecamuk pada watak Rubidin lakonan Arja Lee. Lihat sahaja lakonan Arja Lee yang begitu menjiwai wataknya bagi menggambarkan dirinya seorang manusia yang mengalami konflik diri terhadap kehidupannya iaitu antara cinta, persahabatan dan impian. Impian itulah merosakkan erti sebuah cinta yang akhirnya memusnahkan perjalanan sebuah kehidupan yang hakiki.

Ia merupakan sebuah filem yang lari dari pendekatan filem-filem komersial, di mana elemen itulah seringkali digunakan oleh para pembikin filem atau produser bagi mengaut keuntungan dengan mengaburi mata penonton sehingga disogokkan dengan perkara-perkara yang tidak relevan. Dalam perkara ini, Raja Azmi berjaya menggambarkan apa yang terkandung dalam kisah cinta dan persahabatan Ghaus dan Rubidin menerusi skripnya, namun ia di olah begitu teliti oleh Khir Rahman menjadikan ... dalam botol antara karya yang mempunyai sentuhan yang cukup baik dan memberi makna tersendiri buat penontonnya. Filem yang baik adalah datang dari lakon layar yang bagus. Menerusinya, Khir Rahman berjaya meletakkan dirinya sebaris nama U-Wei Hj Shaari, Mamat Khalid dan Yasmin Ahmad.

Ia sebuah filem yang wajib ditonton oleh semua peminat filem kerana ...dalam botol bukan sebuah karya yang kosong, tetapi ia mempunyai banyak intipatinya yang perlu dibongkar dan diterjemahkan. Seandainya filem ini memasuki festival filem antarabangsa di luar negara, nescaya ia akan membawa pulang beberapa anugerah sepertimana filem-filem Yasmin Ahmad. Justeru, perlu diingat bahawa ...dalam botol dibikin secara jujur bukannya untuk menjadikan ia sebuah filem arus perdana yang komersial, jika anda terlalu disogokkan dengan filem sebegitu, barangkali tumpuan anda akan terganggu apabila menonton ...dalam botol antara karya yang cukup bermaruah dan baik dari segi struktur dan plot penceritaannya.

Tahniah buat Khir Rahman dan Raja Azmi. Inilah filem paling terbaik yang pernah diterbitkan Raja Azmi. Pada anda, menonton sesebuah filem perlu memahaminya bukan dengan melihat, memandang dan mendengar sahaja.


... Dalam Botol dipawagam bermula 24 Mac 2011. Wajib tonton 2011.

3 comments :

~hurm~
hari tu tgk trailer masa tayangan Merong Mahawangsa....
rata2 penonton tercengang tengok trailer ...Dalam Botol
(^^)
will definitely watch it!!
cume,
poster ada kureng cantik sikit
huhu

www.izzlatif.blogspot.com

Hai, amy ikram diary...
i just want to know if you know who KDL (kesahdunialelaki)??
coz.. I nak sgt bkanlan ngn KDL..
itu pon kalau En.AID tak kisah.. (:

Tahniah kepada Khir & Raja Azmi. Nampaknya U-Wei sudah ada saingan sekarang! Khir sebenarnya bercerita dengan menggunakan 'film form'. Bukan mudah satu agensi seperti Library of Congress meminta salinan filem ini. Sudah tentu ia telah dinilai oleh mereka yang memahami filem sepertimana mereka memilih filem George Lucas, AMERICAN GRAFITTI (1972) yang dianggap sebagai filem yang menampakkan perubahan budaya orang Amerika dalam dekad tahun 1960-an. ....DALAM BOTOL juga menunjukkan pertembungan budaya & agama dalam hidup manusia 'yang lain'. Ini bukan filem 'gay' tetapi kisah secara objektif tentang seorang yang 'naive', yang termusnah hidupnya oleh kekasih gaynya.

Rupa-rupanya Khir sudah mengaji bidang filem dengan baiknya di FACT, UiTM. Dia seorang ahli fikir yang menggunakan bahasa filem yang penuh makna & yang setanding dengan filem-filem besar dari luar negara. 'Gestalt' (bentuk) filemnya lahir dari suntingan 'jump cut' (yang tiada kontinuiti), beberapa elemen simbolisme & kamera yang tak stabil untuk melahirkan secara visual keadaan kucar kacir dalam mindanya. Penggunaan musik dan kesan bunyi juga begitu teliti untuk menggambarkan emosi protagonis. Arja Lee benar-benar memahami kehendak watak & perwatakannya & berjaya menonjolkan lakonan sebagai seorang manusia yang berhadapan dengan ‘the cruel world’ & pertembungan dengan kehendak alam Melayu & agama.

Saya menunggu-nunggu filem kedua Khir! Kita sudah mula melihat Sinema Malaysia yang sebenar.