Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Sabtu, 12 Mac 2011

'Bunohan', karya terbaru Pengarah Dukun...



Selepas gagal ditayangkan di pawagam menerusi filem 'Dukun' yang diluluskan oleh LPF Malaysia, Dain Said kini kembali dengan naskhah terbarunya, 'Bunohan'. 'Bunohan' atau tajuk asalnya 'Bunga Lalang' merupakan sebuah filem terbitan Apparat Films yang bakal menemui penonton tempatan pertengahan 2011.

Di kisahkan di sebuah bandar di sempadan perkampungan Kelantan yang di namakan BUNOHAN seperti tajuk filem ini, BUNOHAN mengikuti kisah hidup tiga beradik lelaki yang telah renggang perhubungannya - Adil seorang peninju tomoi, Ilham seorang pembunuh upahan, dan Bakar seorang ahli perniagaan bercita-cita tinggi – dimana takdir mereka dibelit tragis dalam lingkaran penipuan dan rasuah. Filem ini menjanjikan para penonton sebuah hasil hiburan berseni yang membangkitkan isu-isu yang lebih mendalam.

“Filem ini menangani subjek-subjek yang bermakna dan dekat di hati. Di sebalik plot yang jelas, terdapat sebuah ulasan mengenai kematian tradisi kita dan pencemaran alam sekitar yang terjadi akibat pemburuan wang dan kuasa,” Dain berkata di upacara pelancaran rasmi dan pratonton tidak rasmi treler. Dikenali sebelum ini sebagai “Bunga Lalang”, gelaran filem ini telah diubah bagi mencerminkan dengan lebih tepat tema asal dan harapan yang ditangkap dalam filem ini, sambil memberi penghormatan ke atas nama bandar di mana perfileman mengambil tempat.



Filem in menampilkan barisan pelakon veteran dan pelakon baru termasuk Zahiril Adzim sebagai Adil, Faizal Hussein sebagai Ilham, dan Pekin Ibrahim sebagai Bakar. Turut ditonjolkan dalam peranan-peranan sokongan adalah pemenang Pelakon Terbaik FFM2010 dan Anugerah Skrin 2010, Bront Palarae; Namron; Wan Hanafi Su; Hushairy Hussin; AMerul Affendi; Soffi Jikan; Jimmy Lor, dan model terkemuka Malaysia, Tengku Azura dalam penampilan filemnya yang pertama. Terdapat juga sebuah babak kameo oleh pengarah terkemuka, Ho Yuhang. Berlatarbelakangkan paya bakau dan pesisiran pantai timur yang indah, hasil seni filem BUNOHAN meninggalkan kesan yang mempunyai penangan sehebat babak-babak Tomoi di dalam filem tersebut.

“Saya memang suka negeri Kelantan dan daerah pantai timur sejak kecil lagi, kerana saya menghabiskan sebahagian zaman kanak-kanak saya di sana. Saya benar-benar ingin merakam keindahannya yang semakin lenyap dan saya bersyukur di atas peluang ini untuk kongsi bersama penonton, hasil seni saya ini,” kata Dain.

Click LIKE and visit www.bunohan.com
BUNOHAN dihasilkan oleh Nandita Solomon bersama Tim Kwok, distribusi oleh Astro Shaw, dan diwakili di seluruh dunia

Trailer


p/s: Nantikan kehangatannya




- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Annexe Gallery CM

1 comments :

aha, jemput amy ikram bagi pendapat tentang filem ni di review Bunohan di Kakiwayang.com..=)