Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 10 Mac 2011

'Getir' ungguli Filem Pendek Terbaik 2011 di Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-8..


Salam..

Rasanya lama sangat aku tak updated My Blog ni kan. Biaselah agak busy sikit dengan projek dokumentari 'Arkib Negara Malaysia'. Oh ya. Apa yang aku nak kongsi sangat dengan u guys semua adalah tentang Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke 8 yang telah di adakan pada 5 Mac 2011 iaitu Malam Anugerah FFVPM 08 yang berlangsung di UUM Sintok, Kedah. Dari keseluruhan hasil kerja para pelajar untuk FFVPM 08 ini aku agak kurang berpuas hati dengan kategori Dokumentari. Boleh dikatakan banyak penyertaan yang dihantar tidak menepati syarat sebagai sebuah dokumentari terbaik. Mungkin mereka perlu di dedahkan untuk membikin sebuah dokumentari yang menarik. 'Saya tidak kata' buat dokumentari berkonsepkan komersial, tetapi apa yang saya kesalkan di sini adalah persembahan bagi kategori dokumentari agak sedikit kecewa.

Walaubagaimanapun, sekalung tahniah aku ucapkan pada ASWARA melalui karya Getir arahan Asmar Hassan yang memenangi 4 anugerah utama iaitu Filem Pendek Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Penyuntingan Terbaik ( Bukan ke dalam Portal FFVPM mengatakan filem Turning Point memenangi Penyuntingan Terbaik)?. siapa yang pergi malam anugerah tue sila betulkan jika aku tersilap.

Justeru, apa yang pasti, kalau u guys nak tahu bahawa Ajami Hashim antara Panel Juri yang memilih top 5 bagi semua filem dan video bagi setiap kategori yang bertanding. Cayalah Ajami.. atau dia Ketua Juri.. larikkkkk. hehehe

MAI AKU NAK HABAQ KEPUTUSAN PENUH MALAM ANUGERAH TERSEBUT.
( Pada yang tak menang jangan la kecewa.. next year cuba lagi okay)


p/s: pemenang sila tengok label warna biru ye..


KATEGORI GRAFIK TERBAIK
I Want To Be a Dentist
AIMST University
The Sad Sonata
UITM Shah Alam
Turning Point
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Organic Farming
Universiti Sains Malaysia (USM)
Mimo Mami: The Stupid Chase
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Ulasan : Video Klip ini telah berjaya disunting dengan gabungan elemen grafik yang bersuaian dengan penghasilan sebuah persembahan yang menghiburkan dan menarik.

KATEGORI MUZIK TERBAIK
Irony
Segi College
Rona Maya
UITM Shah Alam
I Want To Be a Dentist
AIMST University
La Senza
Segi College
Jika Aku Seorang Robot
UITM Melaka

Ulasan Juri: Karya ini berjaya mengadunkan muzik latar dan lagu yang berseuaian dengan setiap babak yang berjaya menimbulkan mode dan impak kepada khalayak.

KATEGORI KOSTUM TERBAIK
Jika Aku Seorang Robot
UITM Melaka
Getir
ASWARA
La Senza
Segi College
I’m The Lucky One
Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
I Want To Be a Dentist
AIMST University

Ulasan Juri : Karya ini berjaya memaparkan para pelakon yang memegang banyak watak yang berbagai beserta solekan yang dramatik. Kreativiti penampilan kostum juga dihasilkan bagi kesesuaian setiap babak.

KATEGORI SINEMATOGRAFI TERBAIK
Getir
ASWARA
Turning Point
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Melatah :The Documentary
UITM Melaka
Rona Maya
UITM Puncak Perdana
Jam-Barn
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)

Ulasan Juri : Karya ini mempunyai kekuatan produksi yang cemerlang, pencahayaan, gerak kerja kamera, pembingkaian, syot. Penceritaan filem ini dibantu oleh kekuatan sinematografinya yang mengupas perjalanan babak dan naratifnya.

KATEGORI SKRIP TERBAIK
Norhanizah Mahadi / Jam Barn
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Nurul Adella Iskandar / Turning Point
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Ameera Syaerah / Melatah The Documentary
UITM Melaka
Asmar Hassan / Getir
ASWARA
Amer Zaman/ Rona Maya
UITM Puncak Perdana

Ulasan Juri : Karya ini mempunyai penghasilan kreativiti dialog dan pengolahan babak yang baik di antara watak selain skrip yang bijak.

KATEGORI PENATAAN BUNYI TERBAIK
Getir
ASWARA
Turning Point
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
La Senza
Segi College
I Want To Be a Dentist
AIMST University
Rona Maya
UITM Puncak Perdana

Ulasan Juri : Karya ini berjaya mencipta adunan bunyi dan efek yang terbaik untuk menimbulkan suasana dan impak yang menggambarkan ketelitian semasa proses pembikinan dan pasca produksi.

KATEGORI PENATAAN SENI TERBAIK
Fairuz / Rona Maya
UITM Puncak Perdana
Wan Suhaika / Tanha
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Mohd Fakhri Izzat / Harmoni Street
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Yeoh Yen Nee / I Want To Be a Dentist
AIMST University
Nor Haffizah Razak / Getir
ASWARA

Ulasan Juri : Karya ini berjaya menimbulkan penataan seni yang yang bersesuaian dengan dunia sureallisme yang sangat teliti dan menarik.

KATEGORI PENYUNTING TERBAIK
Muhammad Lutfi Sufliansyah / Turning Point
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Mohd Fairuz Kamaruzzaman / Jam-Barn
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Wan Amiruddin Wan Pa / Plan Your Love
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Aarons Rogers / I Want To Be a Dentist
AIMST University
Rosliana Roslie / Getir
ASWARA

Ulasan Juri: Karya ini berjaya menghasilkan komposisi suntingan yang kemas bagi mewujudkan elemen dramatik yang bersesuaian.

KATEGORI PENGARAH HARAPAN
Ahmad Muzzamil Abd. Rahman/Rona Maya
UITM Puncak Perdana
Asmar Hassan/Getir
ASWARA
Aaron Rogers / I Want To Be a Dentist
AIMST University
Muhammad Lutfi Sufliansyah/Turning Point
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Norhanizah Mahadi/Jam-Barn
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)

Ulasan Juri : karya ini berjaya menonjolkan potensi pengarahnya yang mampu mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan berkesan selain membikin karya yang jarang-jarang dibuat oleh pelajar.

KATEGORI VIDEO KLIP TERBAIK
I Want To Be a Dentist
AIMST University
Jika Aku Seorang robot
UITM Melaka
Waving Flag
UITM Melaka
Awan Yang Terpilu
UITM Melaka
Im The Lucky One
Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

Ulasan Juri : Karya ini menampilkan elemen kreativiti dan imaginasi yang segar selain keupaayan produksi menampilkan klip yang sangat unik.

KATEGORI FILEM/VIDEO ANIMASI TERBAIK
Mimo Mami: The Stupid Chase
Universiti Utara Malaysia
Manisnya Epal
UITM Puncak Perdana
The Sad Sonata
UITM Puncak Perdana
Transform Logo
UITM Puncak Perdana
Magic Box
UITM Puncak Perdana

Ulasan Juri: Karya ini menampilkan produk animasi yang sangat baik dan menonjolkan produksi yang sangat teliti, kreatif dan inovatif.

KATEGORI FILEM/VIDEO PENGUMUMAN KHIDMAT AWAM (PSA) TERBAIK
Plan Your Love
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Perpaduan: Satu Ikatan Keramat
Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas
Harta
Universiti Malaysia Pahang
Harmoni Street
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Cinta
Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)

Ulasan Juri : Karya ini berjaya menyuntik elemen nasihat dan teguran yang sangat halus dan mampu menyuntik elemen kesedaran yang tinggi kepada khalayak.

KATEGORI FILEM IKLAN TERBAIK
CNY : Family
Universiti Sains Malaysia (USM)
Maxis
UITM Puncak Perdana
Pena
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
La Senza
Segi College
Levis
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Ulasan Juri: Karya ini menampilkan sebuah produk komersil yang sangat ringkas tetapi berjaya tampil sebagai sebuah iklan yang sarat mesej dan nasihat.

KATEGORI FILEM DOKUMENTARI TERBAIK
Melatah The Documentary
UITM Melaka
Tirkah Diraja
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Organic Farming
Universiti Sains Malaysia (USM)
Fixed Gear Bike
UITM Melaka
Road To Gratify
ASWARA

Ulasan Juri : karya ini berjaya menyuntik subjek dan pengisian yang menarik selain garapan yang lancar dan berkesan untuk sesebuah nilai dokumentari.

KATEGORI FILEM/VIDEO PENDEK TERBAIK
Getir
ASWARA
Jam Barn
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Rona Maya
UITM Puncak Perdana
Irony
Segi College
Turning Point
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)

Ulasan Juri: Karya ini mempunyai kualiti produksi dan pengisian yang setanding dengan pembikin profesional dan menunjukkan keberkesanan dari segenap aspek sesebuah filem pendek.

ANUGERAH KHAS JURI
Filem /Video Pendek“Tanha” dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Filem eksperimental yang berjaya mengadun pecahan cerita yang berlaku secara serentak dengan perkembangan naratif yang baik.
Filem/Video Pesanan Khidmat Awam- “Harmoni Street” dari Universiti Putra Malaysia (UPM)
Filem ini mengadun elemen semangat muhibah di sebatang jalan raya untuk menggambarkan masalah sosial “ragut” dengan baik.
Filem/Video Pesanan Khidmat Awam “Harta” dari Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Filem ini berjaya memaparkan kritikan sosial yang sinis dengan suntikan kesedaran tentang aspek kemanusiaan dan tanggungjawab masyarakat tentang isu pembuangan bayi.

Ulasan Juri : Karya yang berjaya membuktikan kemampuan dan kreativiti pelajar di dalam penghasilan produksi yang sangat teliti dari segenap aspek. Karya ini juga membuktikan bahawa tenaga kreatif di dalam produksi ini sangat berpotensi dan berbakat sebagai pelapis industri perfileman tanahair.



p/s: Apa-pun aku salah seorang juri bagi top 10 huhuhu..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Coffee Bean, Wangsa Maju

2 comments :

p/s: pemenang sila tengok label warna biru ye

.....................
sume pon warne biru..haha