Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 14 Mac 2011

'Sebuah Mitos yang digarap terlalu kompleks', Hikayat Merong Mahawangsa ke Persada Dunia!


Walaupun belum pernah membaca atau menganalisa hikayat berkaitan Merong Mahawangsa di dalam sejarah negeri Kedah, namun penghasilannya dalam nakhah filem wajar diberi perhatian. KRU Studio menerusi epik Hikayat Merong Mahawangsa telah melebarkan sayapnya di Malaysia pada 10 Mac 2011, merupakan antara filem anak Malaysia yang boleh dikatakan menongkah arus dari kebiasaan filem-filem tempatan lain. Peminat filem mungkin berbangga dengan genre filem ciptaan KRU Studio, tetapi usah dibandingkan dengan karya luar dari Hollywood kerana perbezaan dari kos produksinya. Merong Mahawangsa arahan dan lakon layar Yusry Abdul Halim merupakan epik yang merungkai kisah yang berlaku di Langkasuka antara 'pengorbanan, cinta, perjuangan dan kasih sayang'. Percubaan Yusry menerusi filem ini berjaya tetapi kehebatannya tidak boleh dibandingkan dengan naskhah Puteri Gunung Ledang terbitan Enfiniti Productions. Ada di antara rakan industri membuat perbezaan antara HMM dengan PGL!. Kata mereka, PGL lebih hebat dari HMM. Jika ya, saya mohon di sini untuk anda uraikan satu persatu apa kekurangan yang ada dalam HMM untuk dikongsi bersama. Mungkin ia terlepas pandang atau sekadar sebuah naskhah yang gah cuma dari segi perlaksanaan produksinya semata-mata.

HMM boleh dikatakan sebuah karya antarabangsa yang sarat dengan pelbagai kisah, watak dan perwatakannya, menjadikannya sebagai sebuah naskhah filem yang terlalu kompleks untuk dihayati. Kemunculan beberapa pelakon seperti Stephen Rahman, Craig Robert Fong, Henrik Norman, Gavin Stenhouse dan Jing Lust di dalam HMM, menjadikannya ia sebuah filem international yang mempunyai keistimewaan dan kekurangannya tersendiri. Namun, apabila Khir Rahman, Dato' Rahim Razali, Wan Hanafi Su, dan Ummi Nazeera muncul di beberapa babak dan situasi, saya percaya antara mereka yang terlibat dalam filem ini mempunyai kekuatan dan tarikannya yang tersendiri.

HMM sebuah filem untuk semua, tidak mengecewakan dan saya percaya ia mungkin boleh bersatu jika berpijak di persada dunia.


p/s: Menonton mesti untuk memahaminya bukan. Yang Pasti saya suka akan filem ini...jika anda tidak suka.. terpulang .. sebab itu hak masing-masing dan saya coretkan di sini atas laman saya.. huhuhu

1 comments :

~Hurm~
mungkin plot n jalan cerita boleh diperbaiki....
(^^)

www.izzlatif.blogspot.com