Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Jumaat, 22 April 2011

17,000 penonton membanjiri Stadium Merdeka- Justin Bieber My World Tour



"Justin Bieber My World Tour 2011" di Malaysia semalam telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 17,000 penonton yang terdiri dari pelbagai kaum telah membanjiri Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Konsert yang bermula pukul 8.30 malam itu dihadiri oleh tetamu ekslusif iaitu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bersama anak-anaknya dan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.

Konsert yang dianjurkan oleh Fat Boys bersama Tune Talk itu merupakan sebuah konsert pertama Justin Bieber di Malaysia. Menariknya, konsert yang mengenakan tiket berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498, dan RM888 itu sudah habis dijual, dan merupakan sebuah persembahan yang amat dinanti-nantikan di Malaysia.





Persembahan yang cukup memukau dari Justin Bieber itu menggamatkan suasana apabila ribuan peminat menjerit nama Justin apabila penyanyi kegilaan remaja itu muncul di atas pentas kira- kira pukul 9.00 malam. Beliau menyampaikan lagu-lagu hit dari albumnya iaitu Baby, Somebody To Love, One Time, Never Say Never, Love Me, Pray dan banyak lagi.

Menariknya, pembukaan konsert Justin semalam disampaikan oleh penyanyi Malaysia, Mizz Nina dan kemunculan Datuk Nicol Ann David disisi Justin Bieber menjadikan konsert di Stadium Merdeka semalam penuh histeria.

p/s: TQ pd Fat Boy yang melayan mesra pihak MEDIA. Tq u guys!
- penyanyi AMY SEARCH bersama keluarga kelihatan di Stadium Merdeka - Konsert Justin- semalam

Program Merakyatkan Filem di Pawagam Coliseum : FINAS perlu peka keselesaan penonton


Program Merakyatkan Filem yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) adalah satu program yang wajar dilaksanakan setiap bulan. Program ini menayangkan filem-filem klasik era Studio Merdeka yang sememangnya suatu ketika dulu menjadi tumpuan masyarakat sehingga menjadi filem yang cukup digemari. Namun, apabila filem itu kembali ditayangkan di Pawagam Coliseum, rata-ratanya mengungkit tidak puas hati dengan kualiti yang dimainkan. Memang diakui bahawa filem itu ditayangkan dalam format DVD atau BETA TAPE kerana kesemua filem melayu era terdahulu ( Studio Merdeka) tidak disimpan dalam bentuk filem; atau hilang, kecuali filem terbitan Shaw Brothers yang masih disimpan milik oleh syarikat tersebut di Singapura. Namun untuk menayangkan kembali perlulah menghubungi pihak Shaw Brothers kerana hak milik filem tersebut bukannya kita yang pegang ( Malaysia ataupun FINAS).

Selain itu ,ada beberapa perkara dipersoalkan oleh sesetengah pihak mengenai program tersebut. Apakah yang ditulis mereka?. Jom kita baca apakah yang diluahkan penulis blog Meow.My mengenai keresahan tayangan di pawagam Coliseum supaya semua pihak mengambil iniasitif untuk memperbaikinya.

Sila klik SINI untuk ke artikel Meow.My.

p/s: Saya mengharapkan agar produser filem sekarang agar menyimpan filem mereka samada dalam bentuk 35mm atau HD supaya kita dapat menggunakannya pada masa akan datang..

Rabu, 20 April 2011

Justin Bieber Concert at Stadium Merdeka, Kuala Lumpur - 21 April 2011


21 April 2011, satu tarikh yang cukup di nanti-nantikan oleh ramai remaja terutamanya anak-anak gadis belasan tahun untuk menyaksikan satu konsert yang cukup terbesar di Malaysia. Bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, bermula jam 8.30 malam, Justin Bieber akan mengadakan persembahan yang cukup ekslusif. Bagi anda yang sudah mendapat tiketnya, pastikan anda datang awal kerana kesesakan bakal berlaku di sekitar konsert tersebut. Pada rakan media, pastikan anda mendaftar bermula pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang.

Terkini, penyanyi kegilaan ramai remaja itu kini berada di Singapura dan penerbangannya ke Malaysia akan tiba di KLIA bermula jam 2.30 petang pada Khamis 21 April 2011.

selena gomez dan justin bieber akan tiba di KLIA , 2.30 petang 21 April 2011.


p/s: Jom kite ke sana..


Elemen Seks kekuatan 'Abu Ya', Imran Ismail


'Abu Ya', arahan Imran Ismail yang diterbitkan Million Euphoria Sdn Bhd kini menunggu kelulusan tayangan oleh Wajib Tayang Finas. Filem yang memaparkan kisah tentang ajaran sesat itu diterajui Faizal Hussein, Jue Aziz, Iqbal Mazlan, Khir Mohd Nor, Andrea Abdullah, Yus Raja Lawak dan Suhaillah Salam ( 2 Alam).

Ketika ditemui media baru-baru ini, Imran Ismail menegaskan bahawa, 'Abu Ya, sememangnya mempunyai elemen seks memandangkan jalan ceritanya berkisarkan tentang hubungan suami isteri dalam kehidupan seharian.Tambahnya lagi, beliau tidak kisah sekiranya Abu Ya di katakan sebuah filem tidak bermoral kerana ia sebenarnya mempunyai mesej yang agak kuat!.

Abu Ya yang diluluskan oleh LPF Malaysia ini menunggu lampu hijau dari FINAS untuk berada dipawagam.

trailer

p/s: dasyat ooo. hope tak jadi macam 2 Alam la ye. aku hope sangat!!

Isnin, 18 April 2011

"Apa Dosaku", karya terbaik Bernard Chauly



"Apa Dosaku", yang disiarkan semalam di Astro Citra merupakan antara kisah benar yang pernah berlaku suatu ketika dulu. Diarahkan oleh Bernard Chauly, "apa dosaku" memaparkan suka duka kehidupan seorang wanita Sybil yang disiksa tentera jepun akibat ketulusan hatinya membantu gerakan gerila di Malaya.

Diterajui Elaine Daily, Zahiril Adzim, Brian Yap, Beto Qusyairil, Khatijah Tan dan Peter Davis, "Apa Dosaku", antara naskhah Bernard Chauly yang cukup membanggakan. Bagi anda yang terlepas menontonnya semalam di Astro Citra, ulangannya akan di siarkan hari ini. Sila semak jadual rancangan di peti astro anda.

p/s: best oooo cite ni aku suke ooo. Macam filem ar..



M.Suurya in Garuuda... 26 May 2011


Penerbit M.Suurya, penerbit filem arahan M.Subash ini akan beraksi buat pertama kalinya menerusi Garuuda, sebuah filem tamil arahan M.Subash Manaan. Akan ditayangkan pada 26 May 2011 di seluruh Malaysia, filem terbitan Renbash ini merupakan filem terbaru M.Subash yang akan kembali menaikkan nama M.Subash dipersada perfileman Malaysia..

Jom kita tengok trailer terbaru Garuuda ini..


Sabtu, 16 April 2011

4 buah filem M.Subash akan datang...!



Sebut sahaja nama M.Subash, tentunya anda membayangkan karektor uniknya menerusi filem Pensil. Selepas itu beliau muncul dengan beberapa filem seperti Syirik, Manaan, dan Jomlah C.I.U.M. Walaupun agak kabur dengan filem- filem yang dihasilkannya malahan dilupakan, namun M.Subash bukan menyepikan diri. Tetapi dalam diam-diam rupanya berisi.

Terkini, pengarah muda itu M.Subash bakal tampil dengan 4 buah filem baru yang hanya menunggu tayangannya dipawagam. Antara karya yang masih dinantikan kini ialah "Garuuda, Sumpahan Puaka, Topeng dan Bangkai".

Apa yang pasti, semua filem arahan M.Subash berkisarkan tentang realiti dan kehidupan masyarakat di Malaysia amnya.

Dalam 4 trailer di bawah, saya amat menyukai filem Topeng lakonan Mislina Mustaffa yang saya rasakan sebuah filem yang berjaya merakamkan visual serta memberi komposisi yang baik dari sudut framing dan olahannya. Seolah-olah saya menonton filem Yasmin!.











p/s: akan datang.. Saya tak sabar ni subash!!!

Mamat Khalid pertaruhkan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit...


Macam-macam cite yang aku dengar pasal 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'
Ada yang merungut tentang bonus yang diterima..
ada juga yang kecewa tapi diam membisu..
Biarkanlah mereka..
yang penting kita tetap happy dan mahu terus berkarya...

Bagi anda yang sememangnya meminati filem arahan Mamat Khalid ini...
satu berita yang cukup tergempar..
teman dapat dari penduduk kampung pisang...

Kesinambungan Hantu Kak Limah
Kisah Ucop Wilcha.. Wan Kaswi dan ramai lagi...

inilah underdog yang diperkenalkan Mamat Khalid dalam naskhahnya..

tapi..
menariknya.. Hassan Muthalib jadi mentor kepada industri filem Malaysia..

nak tahu..
jom kite tonton ramai-ramai
kite bakor je..



Husin, Mon dan Jin Pakai Toncet
bakal menggemparkan sinema tempatan akan datang..
meh sama-sama tonton..

Jumaat, 15 April 2011

3 Blog Lelaki yang cukup popular...


hahaha..
saje je aku update blog aku macam nie..
ye lah.. blog aku.. aku punye suke lah.. hehehe

apa-apapun ramai yang dok tanya aku..
antara blog lelaki yang ada kt Malaysia nie..
manalah yang paling top dan tinggi rating pembacanya!

Aku just nk kongsi je dengan my love reader..
Nak tahu?.
Klik la semua gambar yang aku masukkan dalam updated aku ari ni.

Jangan terkejut..
itulah blog lelaki yang macam2 ada kat Malaysia nie..
aku pasti 'semua pencinta lelaki' tentu menyukainya...


dari berita terkini..
gossip.. koleksi gambar dan catatan peribadi
semua dikongsi dalam satu blog yang cukup ekslusif

tapi ingat..
semua blog ini ada juga yang bukan bertemakan seks..
tetapi sekadar ingin berkongsi rasa bagi mereka yang ingin mengetahui tentang sisipan gelap dunia lelaki sebenarnya..


tapi awas bagi mereka yang gemar
menunjukkan mahkota mereka di internet..

ada yang ber 'webcam' dengan seseorang yang tidak dikenali..
hanya berfantasikan gambar seseorang dihadapan( bukan video cam)
mereka terpengaruh..

dan tidak sedar aksi mereka dirakam oleh mereka yang sememangnya
'gila seks'..


dan kepada anda yang ingin tahu sisipan tentang lelaki
pergilah ke blog di atas.. di situ anda boleh saksikan pelbagai kisah, gambar dan catatan
yang tidak terfikir dek akal..

saya percaya anda akan terkejut
dengan promosi yang berguna ini..

hahaha
blog saya.. saya punya suka lah..

p/s: ok selamat berehat dan beramal...


Joko Anwar... The Best Master Class in the year!!


Walaupun aku hanya masuk sekejap Bengkel Masterclass bersama Joko Anwar ini..
aku dapat rasakan inilah bengkel cukup terbaik yang mungkin..
tidak akan aku lepaskan untuk masa akan datang...

patutlah.. ramai karyawan filem kata..
jangan lepaskan peluang keemasan ini..
aku ignore je.. tapi setelah Raja Azmi dan Anak Ikan Creator, Ajami Hashim..
pujuk aku masuk.. aku pun masuklah..

1st masuk... aku disuruh screening my short film 'comolot'..
'wow'.. ramai yang terkejut..
tetapi aku happy sebab ramai yang tahu kewujudan my short..

walaupun tak sempat nak aku pitching 'my comolot the movie'
for cinema...
insya allah aku akan siapkan secepat mungkin
kerna aku mahu biarkan 'anak ikan' mula bertapak..

ingat.. aku bukan pelopor 'anak ikan'..
itu keje ajami hashim

hahahaha...

p/s: aku mulai skrg.. nak update blog aku mcm ni lah.. nak tulis cara enjoy dan lebih dekat dengan pembaca aku.. huhu


aku mengharapkan Sazzy yang sekarang jd Bos PR FINAS.. bawaklah mana2 pembikin filem antarabangsa untuk buat master class di sini.. sebab aku kagum..
apakah Joko akan kembali ke masterclass akan datang??

Tepuk dada tanya selera

25 April hingga 29 April 2011.. Bengkel Tatarias ( Lanjutan) di FINAS


Ingin menjadi jurusolek terkenal?
Mahukan sentuhan anda diiktiraf?
Apakah anda cukup berbakat?.

Apakata sertailah kami di Bengkel Tatarias Lanjutan anjuran FINAS
hanya RM 600 sahaja.. kami mampu mengubah hidup anda menjadi seorang make up artis yang bertauliah...

Bengkel Tatarias ( Lanjutan )
Kod Kursus :
Tarikh : 25 April 2011 - 29 April 2011
Masa : -
Venue: Ibu Pejabat, FINAS
Catatan :

OBJEKTIF
Pendedahan kepada teknik solekan filem / TV.
Meningkatkan pengetahuan mengenai solekan untuk filem dan TV.
Meningkatkan pengetahuan mengenai solekan kesan-kesan khas dan solekan watak.
Peranan penata-rias dalam filem dan TV.

PROGRAM BENGKEL
Asas make-up filem dan TV.
Memahami make-up glamor, watak, kesan dan penggunaan rambut palsu.
Pencahayaan untuk make-up.
Peranan penata-rias untuk filem dan TV.
Carta make-up
Pengurusan Aspek tatarias dalam produsi filem dan TV.

YURAN
RM600.00 (Ringgit Malaysia: Enam Ratus Sahaja) setiap peserta. Bayaran boleh dibuat melalui draf bank atau kiriman wang pos (berpalang) atas nama PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA atau wang tunai /Borang Pesanan Kerajaan (peserta sektor awam sahaja).
Jamuan disediakan untuk Majlis Perasmian dan Majlis Penutup.

Sila muat turun Borang Kursus Program Latihan Perfileman di pautan di bawah.







p/s: Jom...

Heart 2 Heart.. Sedih sangat...


Directed by Nayato Fio Nuala

If anda suka filem2 yang ringan dan menyentuh perasaan, apa kata tonton filem ini segera!. Tentu anda akan menangis...


18+ true love nover dies... Seksi bangat!!



Directed by Nayato Fio Nuala
18+ true love never dies

Aku suka sangat opening filem ini...
If aku nak buat sambungan comolot nanti.. Macam ni lah opening dia nanti.. Tapi kena tengok la dulu story dan pendekatannya..

Tapi.. My producer dah tanya..
Skrip dah siap?.
Larikkkk..



... Dalam Botol di beli produksi luar dengan kos USD 10 juta : Raja Azmi no komen!


Ketika industri filem Malaysia masih panas dengan isu kutipan tiket ... dalam botol, kini timbul pula berita mengenai filem ... dalam botol dibeli produksi barat dengan kos USD 10 juta bersamaan ringgit Malaysia 30 juta lebih. Benarkan andaian ini? Namun ketika dihubungi baru-baru ini, penerbit kontroversi itu, Raja Azmi hanya menyifatkan bahawa berita tersebut memang benar, tetapi beliau tidak mahu memberi komen selanjutnya. Jika benarlah mereka mahu membeli filem ini, maka ia satu berita yang amat menggembirakan.

... Dalam Botol kini sedang dibuat salinan untuk Library of Congress...

Berita selanjutnya.. klik sini

p/s: Nak langgan Astro First nanti la ye

Selasa, 12 April 2011

...Dalam Botol: Temubual khas Australia Network Channel bersama Pengerusi LPF dan Raja Azmi


... Dalam Botol karya Raja Azmi yang diarahkan oleh Khir Rahman antara filem tempatan yang masih hangat diperkatakan kini. Mendapat liputan meluas beberapa media antarabangsa ... Dalam Botol dilihat sebagai sebuah filem Malaysia yang agak berani dari segi pendekatannya.

Jom kita lihat apakah yang diperkatakan oleh pengerusi LPF mengenai filem ini. Tidak lupa juga interview khas bersama Raja Azmi. Jom layan...


... dalam botol kini sedang memancut di Astro First. Bagi anda yang belum menonton filem ini dipawagam, apa kata langganlah Astro First utk filem ini kerana ia ditayangkan dalam format HD sepenuhnya.

Editor filem ... Dalam botol adalah Wan Muzammil..

Sabtu, 9 April 2011

"Angkatan Pembikin Filem Baru", tayangan filem pendek terbaik malam ini!!



Malam ini bermula pukul 8 malam di Stor DBP ( Dewan Bahasa dan Pustaka) Kuala Lumpur akan menayangkan 5 buah filem pendek terbaik. Nak tahu apa filem pendek yang tersenarai malam ini? jom kita tonton klip video khas ini.



p/s: Antara Short Film kegemaran saya adalah Kopitiam Kurang Manis arahan Azri Abu Hassan. Menariknya filem pendek berjudul Sesat lakonan Remy Ishak juga akan ditayangkan!. Jom kita pi tengok malam ni. Masuk adalah percuma!!.

Rabu, 6 April 2011

Kutipan ... Dalam Botol bukan suatu isu!


Dah kutip RM 1 juta atau RM 600,000.00?. Itulah persoalan yang kini bermain di fikiran ramai pemerhati industri khususnya peminat filem, karyawan filem dan beberapa penerbit lain. Ketika ditemui sendiri semasa Master Class Screenwriting bersama Joko Anwar di FINAS minggu lepas, penerbit kontroversi, Raja Azmi menunjukkan draf kutipan dari sebuah portal atau site yang hanya dimiliki oleh penerbit dan pengedar sesebuah filem mengenai kuantiti kutipan ... Dalam Botol yang diakui mencecah kutipan RM 1 juta sebagaimana draft akhir yang ditunjukkan Raja Azmi baru-baru ini. Namun timbul pula persoalan apabila laman wajib tayang FINAS menunjukkan kutipan RM 300 ribu dan terkini David Teo mengemukakan jawapan bahawa kutipan sebenar ...Dalam Botol cuma RM 600,000.00, sekaligus membuatkan Raja Azmi tidak senang duduk!.

Walauapapun kutipan yang diraih, bagi saya 'itu bukan satu isu atau jawapan terhadap karier Raja Azmi sebagai penerbit filem'. Kata mereka, Raja Azmi akan bersara dalam dunia penerbitan filem. It's fuck!. Itu tak betul sebab 'Industri Filem Malaysia masih memerlukan Raja Azmi untuk merealisasikan hasrat beberapa karyawan filem lain khususnya karyawan muda untuk mempotretkan karya mereka yang sememangnya mempunyai kandungan dan intipati yang amat berbeza'. Walaupun ...dalam botol dikatakan gagal di Malaysia, ia tidak bermakna gagal sebagai sebuah filem. ...Dalam Botol mendapat kritikan positif dari ramai pengkritik filem di Malaysia khususnya Hassan Muthalib dan pengarah filem terkenal Indonesia, Joko Anwar yang menganggap '...Dalam Botol sebagai karya Malaysia yang amat luar biasa'. Justeru, Joko mahukan ...Dalam Botol menyertai beberapa festival filem antarabangsa yang sewajarnya susah menerima karya Malaysia yang bagi saya terlalu komersial dan tidak seperti ... Dalam Botol yang mempunyai lakon layar yang agak bagus.

'Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana hendak menutupnya?', itulah serba sedikit kesimpulan yang boleh saya perkatakan mengenai perkara ini. Namun tak perlulah kita menuding jari menyalahkan sesiapa berkenaan isu ini, yang penting 'Raja Azmi jujur dalam menyampaikan sesuatu dan harus diingat bahawa kami masih memerlukannya dalam industri filem', Melaluinyalah, kami warga filem dapat membentuk kembali Sinema Yasmin yang kini hanya tinggal kenangan.

'Anak Ikan' jangan dibuang di dalam kolam... berilah ia untuk mencipta kejayaaan walaupun dalam botol telah pecah.. tetapi bagi saya tidak!!!.

Raja Azmi mengatakan dalam dialog filemnya, '‎'kau jujur tak dengan diri kau.. luar
dalam..betul kau jujur.. setan ni kalau macam ni..'...


link asal David Teo. Klik sini

Selasa, 5 April 2011

Special Screening: Joko Anwar - Short Movie


Let's go babe...
Movieholic Production - Director: Purwanto Hasan - Producer: Titis Sapto Raharjo, Fariz Budiman, Purwanto Hasan - Director of Photography: Hendro Pramoe

Cast : Joko Anwar

Isnin, 4 April 2011

'Mati Sebelum Mati', dan Erti Kejujuran Dalam Filem '... Dalam Botol'!

petikan ulasan penuh makna oleh Hassan Muthalib

Pada tahun 1970-an apabila Al-Marhum Ayatollah Ruhollah Khomeini mengambil alih kepimpinan negara Iran, ramai menganggap bahawa filem akan diharamkan di sana. Sebaliknya, Al-Marhum menyokong medium dan pembikinan filem kerana baginya, filem merupakan satu manifestasi budaya yang harus digunakan untuk mendidik manusia. Khir Rahman tidak berniat untuk mendidik sesiapa dalam filem sulung arahannya, .....Dalam Botol. Sesuai dengan tradisi orang-orang Melayu turun temurun, Khir bertindak seperti seorang penglipur lara yang hanya mahu menyampaikan sebuah tragedi mengenai seorang manusia yang jujur yang berada dalam dunia yang amat kejam terhadap golongan yang rupa dan kelakuan mereka yang teramat beza dari orang lain. Kisah manusia sebegini merupakan sesuatu yang sejagat dan sering diangkat oleh ramai pengarah di seluruh dunia dari dahulu hingga sekarang.


Cuma, watak utama dalam filem Khir merupakan seorang lelaki gay bernama Ruby. Namun, subjek sebenar .....Dalam Botol bukan mengenai alam atau masalah manusia gay.

gambar sekadar hiasan..


Kisah Ruby (dilakonkan oleh Arja Lee), merupakan sesuatu yang amat menyayatkan hati. Ruby digambarkan sebagai seorang manusia yang jujur dan ikhlas, yang diperdaya oleh kekasih lelakinya, Ghaus (Wan Raja). Dia kemudian tidak menerima simpati daripada ibunya, Mak Cik Sal (Normah Damanhuri) atau pun Pak Mus (Jalil Hamid). Keadaan fisikalnya juga tidak sesekali akan diterima oleh masyarakat dan budaya di kampong asalnya yang digambarkan oleh Khir sebagai tempat yang begitu terpinggir dan terasing dengan realiti dunia luar. Namun, dalam kekalutannya, Ruby tidak sedar bahawa ada juga manusia yang amat bersimpati dengan keadaannya. Seorang rakan golongan lelaki lembut, Jem (Rosnan Rahman), begitu banyak membantunya dengan penuh ikhlas dan jujur. Tentu sekali dia juga menyayangi Ruby tetapi mata dan hati Ruby hanya untuk Ghaus.

Tema Maut

Filem di tangan karyawan yang berfikir akan disampaikan secara sinematik melalui penguasaan nahu dan bahasa filem. Ingmar Bergman, pengarah tersohor dari Sweden, pernah berkata bahawa jika mahu tahu apa yang diperkatakan oleh seseorang pembikin filem, lihatlah bagaimana ia memperkatakannya. Seperti U-Wei Hajisaari, Khir Rahman bijak bermain dengan bahasa filem, terutama elemen-elemen perlambangan. Kesemua ini selalunya berkait rapat dengan tema filem. Antara tema yang dibawa oleh Khir adalah maut. Di awal cerita, Ruby dan Ghaus bersantai di pantai. Ruby berbaring dan Ghaus menutupnya dengan pasir seakan ia ’mengkuburkan’ Ruby. Dia berkata kepada Ruby: ’Kalau engkau jadi perempuan, best-lah’. Pengucapan Ghaus yang pendek itu menjadi pencetus kepada keseluruhan cerita yang kemudian akan mendatangkan perubahan drastik kepada minda dan fisikal Ruby. Perwatakan Ruby sebagai seorang yang lurus dan jujur dapat dilihat dalam jawapannya kepada Ghaus: ’Ye ke?’ Tanpa berfikir, Ruby terus membuat keputusan untuk melakukan pertukaran jantinanya dan menjadi sorang perempuan.


Malangnya bagi Ruby, Ghaus menolaknya sebagai seorang perempuan, Dia tetap mahukan lelaki sebagai pasangan. Maka Ruby tak ada pilihan lain. Dalam keadaan trauma, ia balik ke kampung untuk mendapat nasihat dan simpati daripada kedua ibu bapanya, Mak Cik Sal (Normah Damanhuri) dan Pak Mus (Jalil Hamid). Ternyata orang-orang tua tidak mampu untuk membimbing anak-anak yang tersesat jalan. Makna keikhlasan dan kejujuran di kampung amatlah berlainan dan ini tidak difahami oleh Ruby. Pak Mus lebih risau tentang diri dan kematiannya nanti. Siapakah yang akan mandikan mayatnya kalau bukan anak lelaki? Malulah keluarganya nanti pada masyarakat kampung dan dia akan menerima akibatnya di akhirat kelak. Inilah alam kampong yang digambarkan oleh Khir yang sudah terpisah daripada realiti hidup di zaman sekarang.


Ruby kembali ke kotaraya, kecewa dengan kedua ibu bapanya. Sebaik saja mendapat tahu tentang kematian Pak Mus, Ruby mandi. Adegan mandi ini sudah menjadi begitu panas di kalangan penulis hiburan namun maksudnya tidak difaham dalam konteks cerita dan penceritaan melalui bahasa filem yang digunakan Khir. Arwah bapa Ruby akan dimandikan nanti tetapi Ruby pula tidak lebih daripada ’mayat yang hidup’. Dia sudah mati sebelum mati. Maka dia mandikan ’mayat’ Ruby dan kemudian dia berpakaian seperti lelaki dan menggunakan nama asalnya, Bidin. Dia kembali ke kampung untuk menunaikan niat arwah bapa untuk memandikan mayatnya. Dalam melakukan upacaranya, tidak seorang hadirin pun tahu tentang pergolakan di dalam diri Bidin. Hanya audiens menjadi saksi apabila Khir melahirkannya secara sinematik dengan menggunakan laungan qasidah yang berdayu-dayu dalam adegan ini.


Apabila Bidin menetap seketika di kampung, Dina (Diana Danielle), anak kepada Mak Cik Sherry (Fauziah Ahmad Daud), mula tertarik dan jatuh cinta dengan Bidin. Dina pernah dikecewakan dulu oleh kekasihnya. Dan seperti kebiasaan masyarakat di kampung, Dina percaya keluarganya terkena sumpah. Ayahnya meninggalkan ibunya dan pergi entah ke mana. Suami kakaknya pun tinggalkan kakaknya. Begitu mudah kepercayaan manusia kampung tentang kehidupan. Dina tidak tahu yang nasib Ruby di kota jauh lebih malang.


Dina mula jatuh cinta dengan Bidin dan bertanya apakah ia mencintainya. Khir tidak membenarkan Bidin memberi jawapan. Kameranya berlegar di atas kepala mereka dan kemudian bermundar mandir di antara mereka. Bidin terus memandang Dina dan kemudian pandang ke arah yang lain. Adegan seterusnya adalah pembacaan tahlil untuk arwah bapa Bidin. Suntingan sedemikian (proximity through editing), merupakan bahasa filem yang membawa petanda awal bahawa tahlil itu sebenarnya untuk Bidin dan Dina. Gaya ini pernah dilakukan oleh Yasmin Ahmad dalam filemnya, Sepet. Watak Jason memberitahu ibunya bahawa ahli puisi, Rabindranath Tagore, sudah mati. Di adegan seterusnya, Orked (yang bakal dicintainya), membaca surah Yasin. Proximity suntingan ini memberikan petanda bahawa Jason akan mati kelak.


Khir juga memberi beberapa petanda lain melalui kostum dan set. Warna putih dipilih oleh Khir sebagai perlambangan mengenai maut. Ghaus di awal cerita selalu memakai baju putih. Dia dilambangkan sebagai the angel of death dan itu menjadi petanda bahawa Ruby akan menjadi korban di tangannya. Bila Ruby mengalami transformasi dan menjadi Bidin, dia juga memakai baju putih. Dia pula akan menjadi the angel of death, yang akan ’mengorbankan’ Dina, ibunya dan ibu Bidin. Semasa Bidin makan malam dengan Dina dan Mak Cik Sherry, Dina duduk terasing daripada mereka berdua. Di kiri kanannya tergantung langsir putih, seakan menampakkan Dina duduk berseorangan di atas pelamin. Adegan ini ada persamaan dengan adegan perkahwinan di awal filem U-Wei, Isteri, Perempuan dan ...... Dalam filem U-Wei, kamera bergerak ke kanan, menampakkan pelamin tetapi sebelum sampai ke kerusi mempelai yang kedua, suntingan membawa kita ke adegan yang seterusnya. Maka tidak ada closure kepada adegan ini dan ia menjadi petanda tentang kehilangan pengantin perempuan yang sudah ’terjun tingkap’. Di akhir filem Khir, pengantin lelaki ’terjun tingkap’. Dan lebih awal lagi, Khir sudah memberi satu lagi petanda: pelamin dan dekorasi sekelilingnya kesemuanya berwarna putih.


Begitu banyak persamaan yang terdapat di antara karya dan pengkaryaan U-Wei dan Khir. Tajuk filem pertama U-Wei ’disunatkan’ di hujung menjadikannya Isteri, Perempuan dan ..... Tajuk filem pertama Khir ’disunatkan’ di kepalanya dan menjadi .....Dalam Botol. Struktur naratif dan gaya pengarahan kedua pengarah in hampir sama. Di awal filem Isteri..... terdapat adegan perkahwinan dan kehilangan pengantin perempuan. Di akhir filem Khir, ada adegan perkahwinan dan kemudian kehilangan pengantin lelaki. Kedua-dua pengarah ini juga bijak menggunakan musik yang kadangkala bertindak sebagai naratif untuk meluahkan pergolakan emosi dalam diri Bidin, yang tak dapat dikongsi dengan watak-watak dalam cerita. Ternyata penggunaan musik dalm filem Khir amat luar biasa, yang jarang dilihat dalam karya filem-filem tempatan. Pengarah musik, Saidah Rastam, benar-benar mengetahui citarasa dan kehendak naratif. Hanya audiens menjadi saksi kepada trauma yang dialami Bidin. Ini jelas dapat dilihat dalam satu adegan di mana Bidin mencium dahi mayat bapanya. Laungan qasidah mewakili tangisan yang tidak dapat diluahkan oleh Bidin. Dan tangisan itu bukan buat arwah bapanya tetapi untuk dirinya sendiri. Bagaimana pula dengan dirinya yang seakan mayat yang bergerak? Kemanakah dia mahu membawa diri?

Angkatan Baru Filem-filem Alternatif

Di awal kariernya sebagai karyawan filem, Khir sudah berdiri teguh dan setanding dengan beberapa pengarah baru yang melahirkan filem-filem alternatif. Di antaranya ialah Bernard Chauly (Gol & Gincu), Yasmin Ahmad (Mukhsin; Muallaf), Amir Muhammad (Susuk), Shadan Hashim (Haru Biru), Namron (Gedebe; Gadoh), Effendee Mazlan/Fariza Isahak Kami), Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang), Wan Azli Wan Jusoh (Budak Kelantan), James Lee (Histeria; Sini Ada Hantu), Ho Yuhang (Rain Dogs; At the End of Daybreak), Tan Chui Mui (Love Conquers All), dan Dain Said Iskandar (Dukun; Bunohan). Khir Rahman dan Wan Azli Wan Jusoh adalah graduan terawal dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM, yang terkenal sebagai fakulti yang begitu aktif dalam penerbitan filem cereka, dokumentari dan filem-filem perkhidmatan awam. Gedebe, Haru Biru, Susuk, Kala Malam Bulan Mengambang, Budak Kelantan dan ....Dalam Botol merupakan antara filem- filem angkatan baru yang amat penting dalam sejarah Sinema Malaysia. Begitu banyak lapisan makna di dalam kesemua filem-filem ini yang jika dikupas, akan memperlihatkan pandangan dan kritikan yang amat tajam tentang keadaan sosial, ekonomi, politik dan agama di negara kita di abad ke-21.


Namun, pengarah-pengarah yang tersebut di atas tidak bergerak bersendirian. Mereka disokong kuat oleh pelakon-pelakon angkatan baru, yang kebanyakkannya sudah mendapat latihan formal dalam bidang lakonan atau pun perfileman. Antara mereka yang sedang mengukir nama adalah Bront Palarae, Sofi Jikan, Hasnul Rahmat, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Mohd. Asrul Faisal Kamaruzzaman, Md. Eyzendy Md. Aziz, Wan Raja dan Arja Lee. Namun apa yang membimbangkan ialah keputusan pertandingan di festival-festival filem tempatan tidak memihak kepada karyawan filem yang benar-benar melahirkan karya yang mantap bersama lakonan yang cemerlang. Sudah sampai masanya untuk memilih ahli panel juri yang dapat membezakan apa yang sebenarnya filem dan apa itu wayang.

Petanda Baik bagi Filem-filem Alternatif

Selepas hanya enam hari tayangan, dilaporkan bahawa kutipan untuk ....Dalam Botol sudah mencapai RM1 juta. Ini adalah petanda baik bagi karya dan karyawan filem-filem alternatif. Tentunya anak-anak muda kita yang telah memilih bidang filem sebagai kerjaya mereka akan tersenyum gembira. Mereka ini tidak mahu melahirkan filem-filem remeh-temeh tetapi mahu menyumbang kepada khazanah yang memperkatakan sesuatu tentang bangsa dan negara melalui subteks sebagaimana yang pernah dibuat oleh Tan Sri P. Ramlee, Hussein Haniff dan M. Amin dalam tahun 1950-an dan 60-an, dan juga oleh beberapa karyawan filem kontemporari seperti Syed Alwi, Rahim Razali, U-Wei, Mansor Puteh dan Anuar Nor Arai. Zaman ini adalah zaman siber. Minda manusia sudah jauh berubah. Budaya menikmati filem juga harus berubah. Filem Malaysia mesti melahirkan audiens yang cerdik dan bukan berusaha untuk merakyatkan filem sahaja (yang menjuruskan kepada aspek hiburan semata-mata).


Penerbit-penerbit seperti Raja Azmi (Pengedaran JAS), Lina Tan (Red Communications), Dhojee (Monsoon Pictures/Grand Brilliance), dan Gayatri Su-Ann Pillai (Tayangan Unggul) harus diberi kepujian kerana bersedia memberi peluang kepada karyawan-karyawan muda yang mahu bersuara tentang apa yang berlaku kepada negara dan bangsa mereka. Karya-karya seperti inilah yang akan menjadi khazanah negara yang akan diperkatakan sehingga bila-bila. Mereka ini adalah penglipur lara di zaman siber yang membawa aspirasi bangsa.


Syabas, Sinema Alternatif Malaysia. Kamu sudah mula melangkah masuk ke dalam sinema arus perdana. Kamu pasti boleh melakukan lebih banyak kejutan kerana kamu lakukan segala-galanya dengan penuh kejujuran tanpa kepura-puraan.

Hassan Abd. Muthalib adalah Karyawan Tamu Kanan di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM, Kampus Puncak Perdana, Shah Alam.


p/s: satu ulasan yang penuh makna, teliti dan bijak!!. Khir adalah peganti Sinema Yasmin Ahmad

Rakaman Video Seks Ketua Pembangkang Malaysia!. Apakah ia benar?


Info Credit: Budiey

KUALA LUMPUR: Sedutan rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mula tersiar menerusi laman video YouTube hari ini.

Klip video selama 1 minit 47 saat itu yang diberi tajuk VTS 011, dimuat naik oleh pengguna Youtube dengan nama “thepowercam.” Ia kemudian dijadikan pautan dalam beberapa laman blog.

Rakaman bermula dengan dua lelaki sedang berbincang dengan seorang daripadanya hanya memakai tuala manakala seorang wanita lengkap berpakaian duduk di atas katil dan berakhir dengan lelaki bertuala itu memeluk gadis berkenaan yang sudah berkemban.

Selain komen mengatakan video ini adalah palsu, komen juga menyatakan:

1) Anwar Ibrahim has a goatee, not mustache and not half as fat as that man.

2) The 3rd man’s face is strategically hidden from the cam’s view. Coincidence?

3) If Anwar checked into the hotel, where is the record? CCTV cameras showing his entrance into the hotel?

4) He must have made his payment, probably with a credit card. I am sure it’s traceable.

5) The trio should be arrested for making this video viral. If they aren’t, it’s clearly self explanatory.

Period. What else there is?

MERENTASI SEMPADAN PROGRAM PEMBANGUNAN DOKUMENTARI EROPAH ASIA-PASIFIK


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan usahasama Documentary Campus (Germany), EDN – European Documentary Network, Blue In Green Productions (Malaysia) dan program MEDIA Mundus Kesatuan Eropah kini mengalu-alukan penyertaan bagi projek CROSSING BORDERS/MERENTASI SEMPADAN – PROGRAM PEMBANGUNAN DOKUMENTARI EROPAH ASIA-PASIFIK.

Ia merupakan program latihan tiga-peringkat di mana ilmu pembikinan dokumentari dari pakar-pakar serta rangkaian industri dokumentari saling berhubung antara satu sama lain. Peringkat pertama akan berlansung selama seminggu dalam bentuk bengkel pembangunan projek pada Julai 2011 di Malaysia. Peringkat kedua merangkumi bengkel lanjutan pembangunan bagi projek-projek yang terlibat dan peluang menyertai sesi pembentangan atau “pitching” bagi “the Documentary Campus Masterschool” di Leipzig, Jerman pada bulan Oktober 2011. Akhir sekali, semua peserta akan membentangkan projek dokumentari mereka pada panel penyiar atau “commissioning editors”, di Malaysia, pada Disember 2011.

Kami inginkan 15 projek dokumentari daripada para penerbit dan pengarah dari negara-negara Eropah dan Asia-Pasifik (Australia, Cina, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia dan Singapura) yang berpengalaman di dalam lapangan dokumentari tempatan dan bersungguh-sungguh ingin berjaya serta ingin menerbitkan dokumentari bagi tontonan masyarakat antarabangsa. Peserta mestilah fasih berbahasa Inggeris secara lisan dan bertulis. Tiada yuran penyertaan dikenakan.
5 TEMPAT DISEDIAKAN BAGI PEMBIKIN DOKUMENTARI MALAYSIA.

Sila hantarkan keperluan berikut melalui e-mel kepada submit@edn.dk:
- kertas kerja projek dokumentari (2 mukasurat)
- bajet penerbitan serta strategi pembiayaan (1 mukasurat)
- CV pengarah, CV penerbit dan profil syarikat penerbitan jika ada
- trailer serta/atau contoh hasil kerja sebelum ini

Sila ajukan sebarang persoalan kepada Cecilie Bolvinkel E-mail: cecilie@edn.dk
atau Mohd Naguib Razak E-mail: naguib@bluegreenpro.com

Untuk keterangan lanjut bagi penyertaan, sila rujuk: www.documentary-campus.com dan www.edn.dk

Tarikh Tutup Penyertaan
4 April 2011

Di Larang Masuk ke Senjakala.. Penunggu Istana berserulah sekeliannya!!!



'Berserulah wahai penunggu istana, kembalilah ke Senjakala. Jutaan rakyat Jelata menantikan kehadirannya. Namun, usah gentar akan keputusannya. Nescaya Sang Penglipur Lara mengotakannya. Ingat di larang masuk jika tidak diizinkan',



Tanyalah Jeffry Chiang pada 7 April 2011.. Apakah Intipati kisahnya.. Lenggok Shiqin Kamal mengalunkan irama penuh seram yang menakutkan. Begitu jua dengan Isma Yusoff, dan Esma Daniel. Apakah anda sudah bersedia?.



Pemilik Saka berdusta janji... janji dikota terpaksa diakur.. sang pemuda Zahiril Adzim bersalutkan keringat di badannya.. Habis merengek anak gadis menyaksikan keseksian tubuhnya. Ayuh.. arghh.. cukup mendebarkan tatkala menyaksikan Faezah Elai terbaring merelakan dirinya dinodai.. Hanya Liyana Jasmay memeluk tubuh tatkala amanah Ruminah Sidek terbongkar

Apakah kita bersedia untuk membongkar di Senjakala bermula 14 April 2011. Tentunya Ahmad Idham menunggu kepulangan saka setelah 2 minggu berlegar di layar kaca?.


Istana Bilah, Istana Tertua.. menjadi saksi penunggu istana.. 7 hari bermulalah kisah..
menjelma kembali 21 April ..

Tanyalah Wan Hazliza jika mahu tahu kesudahannya. Tentulah Primeworks studio menjadi saksi kisah mereka bermula...

Jangan Bernafas di bumi lagi.. ber-seru-lah penunggu alam.. mendengar bisikannya..
pelbagai kejadian kini menghantui
meneroka alam.. bersama Cut Mutia, Pierre Andre, Nora Danish , Awal Ashaari..


Tentulah bumi akan bergoncang mendengar bisikan alam
28 April 2011 dunia akan kembali gegar
mendengar Seru ciptaan kata Ming Jin dan Pierre Andre
awaslah mereka yang menyaksikannya..


Namun, yang pasti unggas di rimba berteriakan di Senjakala, menjerit Di Larang Masuk tatkala Penunggu Istana berseru sekeliannya..

Buat anda penghuni alam, nantikan kedatangannya


NANTIKAN DI LARANG MASUK, SENJAKALA, PENUNGGU ISTANA DAN SERU AKAN DATANG APRIL 2011


p/s: Okay tak style promosi macam nie?. hehehe