Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 22 April 2011

17,000 penonton membanjiri Stadium Merdeka- Justin Bieber My World Tour



"Justin Bieber My World Tour 2011" di Malaysia semalam telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 17,000 penonton yang terdiri dari pelbagai kaum telah membanjiri Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Konsert yang bermula pukul 8.30 malam itu dihadiri oleh tetamu ekslusif iaitu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bersama anak-anaknya dan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.

Konsert yang dianjurkan oleh Fat Boys bersama Tune Talk itu merupakan sebuah konsert pertama Justin Bieber di Malaysia. Menariknya, konsert yang mengenakan tiket berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498, dan RM888 itu sudah habis dijual, dan merupakan sebuah persembahan yang amat dinanti-nantikan di Malaysia.





Persembahan yang cukup memukau dari Justin Bieber itu menggamatkan suasana apabila ribuan peminat menjerit nama Justin apabila penyanyi kegilaan remaja itu muncul di atas pentas kira- kira pukul 9.00 malam. Beliau menyampaikan lagu-lagu hit dari albumnya iaitu Baby, Somebody To Love, One Time, Never Say Never, Love Me, Pray dan banyak lagi.

Menariknya, pembukaan konsert Justin semalam disampaikan oleh penyanyi Malaysia, Mizz Nina dan kemunculan Datuk Nicol Ann David disisi Justin Bieber menjadikan konsert di Stadium Merdeka semalam penuh histeria.

p/s: TQ pd Fat Boy yang melayan mesra pihak MEDIA. Tq u guys!
- penyanyi AMY SEARCH bersama keluarga kelihatan di Stadium Merdeka - Konsert Justin- semalam

2 comments :

i don't see the pemaisuri anywhere there except her kids.. Nicol ann david??? I don't see her either.

motor polis mengiringi keluar sebuah kereta yang membawa permaisuri.. kesesakan berlaku di luar stadium. OO Nicol muncul atas stage, dia duduk di atas kerusi. Bieber menyanyikan lagu sambil mendekati nicol. itu je yang pihak kami nampak