Dunia Kita Di Hujung Jari..


FILEM WAJIB TONTON 2014. SALOMA

FILEM WAJIB TONTON 2014. SALOMA
.

Isnin, 4 April 2011

'Mati Sebelum Mati', dan Erti Kejujuran Dalam Filem '... Dalam Botol'!

petikan ulasan penuh makna oleh Hassan Muthalib


Pada tahun 1970-an apabila Al-Marhum Ayatollah Ruhollah Khomeini mengambil alih kepimpinan negara Iran, ramai menganggap bahawa filem akan diharamkan di sana. Sebaliknya, Al-Marhum menyokong medium dan pembikinan filem kerana baginya, filem merupakan satu manifestasi budaya yang harus digunakan untuk mendidik manusia. Khir Rahman tidak berniat untuk mendidik sesiapa dalam filem sulung arahannya, .....Dalam Botol. Sesuai dengan tradisi orang-orang Melayu turun temurun, Khir bertindak seperti seorang penglipur lara yang hanya mahu menyampaikan sebuah tragedi mengenai seorang manusia yang jujur yang berada dalam dunia yang amat kejam terhadap golongan yang rupa dan kelakuan mereka yang teramat beza dari orang lain. Kisah manusia sebegini merupakan sesuatu yang sejagat dan sering diangkat oleh ramai pengarah di seluruh dunia dari dahulu hingga sekarang.


Cuma, watak utama dalam filem Khir merupakan seorang lelaki gay bernama Ruby. Namun, subjek sebenar .....Dalam Botol bukan mengenai alam atau masalah manusia gay.

gambar sekadar hiasan..


Kisah Ruby (dilakonkan oleh Arja Lee), merupakan sesuatu yang amat menyayatkan hati. Ruby digambarkan sebagai seorang manusia yang jujur dan ikhlas, yang diperdaya oleh kekasih lelakinya, Ghaus (Wan Raja). Dia kemudian tidak menerima simpati daripada ibunya, Mak Cik Sal (Normah Damanhuri) atau pun Pak Mus (Jalil Hamid). Keadaan fisikalnya juga tidak sesekali akan diterima oleh masyarakat dan budaya di kampong asalnya yang digambarkan oleh Khir sebagai tempat yang begitu terpinggir dan terasing dengan realiti dunia luar. Namun, dalam kekalutannya, Ruby tidak sedar bahawa ada juga manusia yang amat bersimpati dengan keadaannya. Seorang rakan golongan lelaki lembut, Jem (Rosnan Rahman), begitu banyak membantunya dengan penuh ikhlas dan jujur. Tentu sekali dia juga menyayangi Ruby tetapi mata dan hati Ruby hanya untuk Ghaus.

Tema Maut

Filem di tangan karyawan yang berfikir akan disampaikan secara sinematik melalui penguasaan nahu dan bahasa filem. Ingmar Bergman, pengarah tersohor dari Sweden, pernah berkata bahawa jika mahu tahu apa yang diperkatakan oleh seseorang pembikin filem, lihatlah bagaimana ia memperkatakannya. Seperti U-Wei Hajisaari, Khir Rahman bijak bermain dengan bahasa filem, terutama elemen-elemen perlambangan. Kesemua ini selalunya berkait rapat dengan tema filem. Antara tema yang dibawa oleh Khir adalah maut. Di awal cerita, Ruby dan Ghaus bersantai di pantai. Ruby berbaring dan Ghaus menutupnya dengan pasir seakan ia ’mengkuburkan’ Ruby. Dia berkata kepada Ruby: ’Kalau engkau jadi perempuan, best-lah’. Pengucapan Ghaus yang pendek itu menjadi pencetus kepada keseluruhan cerita yang kemudian akan mendatangkan perubahan drastik kepada minda dan fisikal Ruby. Perwatakan Ruby sebagai seorang yang lurus dan jujur dapat dilihat dalam jawapannya kepada Ghaus: ’Ye ke?’ Tanpa berfikir, Ruby terus membuat keputusan untuk melakukan pertukaran jantinanya dan menjadi sorang perempuan.


Malangnya bagi Ruby, Ghaus menolaknya sebagai seorang perempuan, Dia tetap mahukan lelaki sebagai pasangan. Maka Ruby tak ada pilihan lain. Dalam keadaan trauma, ia balik ke kampung untuk mendapat nasihat dan simpati daripada kedua ibu bapanya, Mak Cik Sal (Normah Damanhuri) dan Pak Mus (Jalil Hamid). Ternyata orang-orang tua tidak mampu untuk membimbing anak-anak yang tersesat jalan. Makna keikhlasan dan kejujuran di kampung amatlah berlainan dan ini tidak difahami oleh Ruby. Pak Mus lebih risau tentang diri dan kematiannya nanti. Siapakah yang akan mandikan mayatnya kalau bukan anak lelaki? Malulah keluarganya nanti pada masyarakat kampung dan dia akan menerima akibatnya di akhirat kelak. Inilah alam kampong yang digambarkan oleh Khir yang sudah terpisah daripada realiti hidup di zaman sekarang.


Ruby kembali ke kotaraya, kecewa dengan kedua ibu bapanya. Sebaik saja mendapat tahu tentang kematian Pak Mus, Ruby mandi. Adegan mandi ini sudah menjadi begitu panas di kalangan penulis hiburan namun maksudnya tidak difaham dalam konteks cerita dan penceritaan melalui bahasa filem yang digunakan Khir. Arwah bapa Ruby akan dimandikan nanti tetapi Ruby pula tidak lebih daripada ’mayat yang hidup’. Dia sudah mati sebelum mati. Maka dia mandikan ’mayat’ Ruby dan kemudian dia berpakaian seperti lelaki dan menggunakan nama asalnya, Bidin. Dia kembali ke kampung untuk menunaikan niat arwah bapa untuk memandikan mayatnya. Dalam melakukan upacaranya, tidak seorang hadirin pun tahu tentang pergolakan di dalam diri Bidin. Hanya audiens menjadi saksi apabila Khir melahirkannya secara sinematik dengan menggunakan laungan qasidah yang berdayu-dayu dalam adegan ini.


Apabila Bidin menetap seketika di kampung, Dina (Diana Danielle), anak kepada Mak Cik Sherry (Fauziah Ahmad Daud), mula tertarik dan jatuh cinta dengan Bidin. Dina pernah dikecewakan dulu oleh kekasihnya. Dan seperti kebiasaan masyarakat di kampung, Dina percaya keluarganya terkena sumpah. Ayahnya meninggalkan ibunya dan pergi entah ke mana. Suami kakaknya pun tinggalkan kakaknya. Begitu mudah kepercayaan manusia kampung tentang kehidupan. Dina tidak tahu yang nasib Ruby di kota jauh lebih malang.


Dina mula jatuh cinta dengan Bidin dan bertanya apakah ia mencintainya. Khir tidak membenarkan Bidin memberi jawapan. Kameranya berlegar di atas kepala mereka dan kemudian bermundar mandir di antara mereka. Bidin terus memandang Dina dan kemudian pandang ke arah yang lain. Adegan seterusnya adalah pembacaan tahlil untuk arwah bapa Bidin. Suntingan sedemikian (proximity through editing), merupakan bahasa filem yang membawa petanda awal bahawa tahlil itu sebenarnya untuk Bidin dan Dina. Gaya ini pernah dilakukan oleh Yasmin Ahmad dalam filemnya, Sepet. Watak Jason memberitahu ibunya bahawa ahli puisi, Rabindranath Tagore, sudah mati. Di adegan seterusnya, Orked (yang bakal dicintainya), membaca surah Yasin. Proximity suntingan ini memberikan petanda bahawa Jason akan mati kelak.


Khir juga memberi beberapa petanda lain melalui kostum dan set. Warna putih dipilih oleh Khir sebagai perlambangan mengenai maut. Ghaus di awal cerita selalu memakai baju putih. Dia dilambangkan sebagai the angel of death dan itu menjadi petanda bahawa Ruby akan menjadi korban di tangannya. Bila Ruby mengalami transformasi dan menjadi Bidin, dia juga memakai baju putih. Dia pula akan menjadi the angel of death, yang akan ’mengorbankan’ Dina, ibunya dan ibu Bidin. Semasa Bidin makan malam dengan Dina dan Mak Cik Sherry, Dina duduk terasing daripada mereka berdua. Di kiri kanannya tergantung langsir putih, seakan menampakkan Dina duduk berseorangan di atas pelamin. Adegan ini ada persamaan dengan adegan perkahwinan di awal filem U-Wei, Isteri, Perempuan dan ...... Dalam filem U-Wei, kamera bergerak ke kanan, menampakkan pelamin tetapi sebelum sampai ke kerusi mempelai yang kedua, suntingan membawa kita ke adegan yang seterusnya. Maka tidak ada closure kepada adegan ini dan ia menjadi petanda tentang kehilangan pengantin perempuan yang sudah ’terjun tingkap’. Di akhir filem Khir, pengantin lelaki ’terjun tingkap’. Dan lebih awal lagi, Khir sudah memberi satu lagi petanda: pelamin dan dekorasi sekelilingnya kesemuanya berwarna putih.


Begitu banyak persamaan yang terdapat di antara karya dan pengkaryaan U-Wei dan Khir. Tajuk filem pertama U-Wei ’disunatkan’ di hujung menjadikannya Isteri, Perempuan dan ..... Tajuk filem pertama Khir ’disunatkan’ di kepalanya dan menjadi .....Dalam Botol. Struktur naratif dan gaya pengarahan kedua pengarah in hampir sama. Di awal filem Isteri..... terdapat adegan perkahwinan dan kehilangan pengantin perempuan. Di akhir filem Khir, ada adegan perkahwinan dan kemudian kehilangan pengantin lelaki. Kedua-dua pengarah ini juga bijak menggunakan musik yang kadangkala bertindak sebagai naratif untuk meluahkan pergolakan emosi dalam diri Bidin, yang tak dapat dikongsi dengan watak-watak dalam cerita. Ternyata penggunaan musik dalm filem Khir amat luar biasa, yang jarang dilihat dalam karya filem-filem tempatan. Pengarah musik, Saidah Rastam, benar-benar mengetahui citarasa dan kehendak naratif. Hanya audiens menjadi saksi kepada trauma yang dialami Bidin. Ini jelas dapat dilihat dalam satu adegan di mana Bidin mencium dahi mayat bapanya. Laungan qasidah mewakili tangisan yang tidak dapat diluahkan oleh Bidin. Dan tangisan itu bukan buat arwah bapanya tetapi untuk dirinya sendiri. Bagaimana pula dengan dirinya yang seakan mayat yang bergerak? Kemanakah dia mahu membawa diri?

Angkatan Baru Filem-filem Alternatif

Di awal kariernya sebagai karyawan filem, Khir sudah berdiri teguh dan setanding dengan beberapa pengarah baru yang melahirkan filem-filem alternatif. Di antaranya ialah Bernard Chauly (Gol & Gincu), Yasmin Ahmad (Mukhsin; Muallaf), Amir Muhammad (Susuk), Shadan Hashim (Haru Biru), Namron (Gedebe; Gadoh), Effendee Mazlan/Fariza Isahak Kami), Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang), Wan Azli Wan Jusoh (Budak Kelantan), James Lee (Histeria; Sini Ada Hantu), Ho Yuhang (Rain Dogs; At the End of Daybreak), Tan Chui Mui (Love Conquers All), dan Dain Said Iskandar (Dukun; Bunohan). Khir Rahman dan Wan Azli Wan Jusoh adalah graduan terawal dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM, yang terkenal sebagai fakulti yang begitu aktif dalam penerbitan filem cereka, dokumentari dan filem-filem perkhidmatan awam. Gedebe, Haru Biru, Susuk, Kala Malam Bulan Mengambang, Budak Kelantan dan ....Dalam Botol merupakan antara filem- filem angkatan baru yang amat penting dalam sejarah Sinema Malaysia. Begitu banyak lapisan makna di dalam kesemua filem-filem ini yang jika dikupas, akan memperlihatkan pandangan dan kritikan yang amat tajam tentang keadaan sosial, ekonomi, politik dan agama di negara kita di abad ke-21.


Namun, pengarah-pengarah yang tersebut di atas tidak bergerak bersendirian. Mereka disokong kuat oleh pelakon-pelakon angkatan baru, yang kebanyakkannya sudah mendapat latihan formal dalam bidang lakonan atau pun perfileman. Antara mereka yang sedang mengukir nama adalah Bront Palarae, Sofi Jikan, Hasnul Rahmat, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Mohd. Asrul Faisal Kamaruzzaman, Md. Eyzendy Md. Aziz, Wan Raja dan Arja Lee. Namun apa yang membimbangkan ialah keputusan pertandingan di festival-festival filem tempatan tidak memihak kepada karyawan filem yang benar-benar melahirkan karya yang mantap bersama lakonan yang cemerlang. Sudah sampai masanya untuk memilih ahli panel juri yang dapat membezakan apa yang sebenarnya filem dan apa itu wayang.

Petanda Baik bagi Filem-filem Alternatif

Selepas hanya enam hari tayangan, dilaporkan bahawa kutipan untuk ....Dalam Botol sudah mencapai RM1 juta. Ini adalah petanda baik bagi karya dan karyawan filem-filem alternatif. Tentunya anak-anak muda kita yang telah memilih bidang filem sebagai kerjaya mereka akan tersenyum gembira. Mereka ini tidak mahu melahirkan filem-filem remeh-temeh tetapi mahu menyumbang kepada khazanah yang memperkatakan sesuatu tentang bangsa dan negara melalui subteks sebagaimana yang pernah dibuat oleh Tan Sri P. Ramlee, Hussein Haniff dan M. Amin dalam tahun 1950-an dan 60-an, dan juga oleh beberapa karyawan filem kontemporari seperti Syed Alwi, Rahim Razali, U-Wei, Mansor Puteh dan Anuar Nor Arai. Zaman ini adalah zaman siber. Minda manusia sudah jauh berubah. Budaya menikmati filem juga harus berubah. Filem Malaysia mesti melahirkan audiens yang cerdik dan bukan berusaha untuk merakyatkan filem sahaja (yang menjuruskan kepada aspek hiburan semata-mata).


Penerbit-penerbit seperti Raja Azmi (Pengedaran JAS), Lina Tan (Red Communications), Dhojee (Monsoon Pictures/Grand Brilliance), dan Gayatri Su-Ann Pillai (Tayangan Unggul) harus diberi kepujian kerana bersedia memberi peluang kepada karyawan-karyawan muda yang mahu bersuara tentang apa yang berlaku kepada negara dan bangsa mereka. Karya-karya seperti inilah yang akan menjadi khazanah negara yang akan diperkatakan sehingga bila-bila. Mereka ini adalah penglipur lara di zaman siber yang membawa aspirasi bangsa.


Syabas, Sinema Alternatif Malaysia. Kamu sudah mula melangkah masuk ke dalam sinema arus perdana. Kamu pasti boleh melakukan lebih banyak kejutan kerana kamu lakukan segala-galanya dengan penuh kejujuran tanpa kepura-puraan.

Hassan Abd. Muthalib adalah Karyawan Tamu Kanan di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM, Kampus Puncak Perdana, Shah Alam.


p/s: satu ulasan yang penuh makna, teliti dan bijak!!. Khir adalah peganti Sinema Yasmin Ahmad

2 comments :

Satu ulasan yg sangat bagus. Setuju dengan pandangan penulis. Hanya mereka yang benar-benar memahami tentang bahasa Filem yang akan dapat melihat seni dan mutu file ini.

assalamualaikum wr, wb.AKI saya:IBU RAHMA dan SEKELUARGA mengucapkan banyak2
terimakasih kepada AKI SUBALA JATI atas angka togel yang di
berikan “4D” alhamdulillah ternyata itu benar2 jebol dan berkat
bantuan AKI SUBALA JATI saya bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya yang
ada di BANK dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah sekarang saya
sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya
sehari2. itu semua berkat bantuan AKI SUBALA JATI sekali lagi makasih banyak
yah AKI… yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi AKI SUBALA JATI di
nomor: (((—082—318—816—444_)))
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….

Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

1?Dikejar-kejar hutang

2?Selaluh kalah dalam bermain togel

3?Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

4?Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

5?Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..

Solusi yang tepat jangan anda putus asah….AKI SUBALA JATI akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D_3D_4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SUBALA JATI DI NO: (((_082—318—816—444_)))
atau klik DISINI

angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/

angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/

angka GHOIB; malaysia

angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/

angka GHOIB; laos