Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 16 Mei 2011

Festival Filem Malaysia (FFM) perlukan perubahan!


Setiap dari pembikin filem yang menghasilkan sesebuah filem..
tentunya mengimpikan karya mereka diangkat sebagai sebuah naskhah terbaik...
antara terbaik, terhebat dan teristimewa..
di rantau asia, dunia, mahupun di dalam negara sendiri..

'Filem' diterjemahkan dalam bentuk visual melalui bahasa filemnya..
dibantu dengan teknik sinematografi dan lakon layar..
Filem yang baik adalah sebuah karya yang mampu memberikan mood, jiwa dan keinginan rasa

ada yang faham dan ada yang tertidur
bila filem 'terbaik' berputar di layar skrin
dengan olahan begitu dramatik dan tajam pemikirannya..

Namun, apabila filem dipertandingkan di satu gelanggang
berprestij, dikagumi, dan ditakuti
di namakan pesta filem...

Ada yang melihat, mengkaji dan menilai
manakah karya terbaik dan terhebat?.
semuanya hanya satu 'dengan pemikiran dalam menilai, manakah satu karya yang boleh dianggap sebagai karya 'filem'..!

Festival Filem, festival yang dinantikan
perlukan perubahan dalam memilih juri
ia memerlukan juri luar dari semua industri filem
bagi menilai dan mencari filem manakah di Malaysia
antara yang terbaik...

tapi ingat
juri FFM tidak boleh dikalangan penggiat filem tempatan
kalau ada cukuplah seorang
yang selebihnya ambillah
pengarah dan orang filem dari industri filem luar negara
bagi menilai filem kita

supaya tiada hipokrasi dan politik dalaman
di mana wajah filem kita adalah wajah sinema sebenarnya

hanya yang pasti perubahan perlu dilakukan
bagi meletakkan sinema kita dipersada antarabangsa





0 comments :