Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 30 Mei 2011

'Laluan Puaka' di Highway Karak.. Menghantui pawagam tempatan!.. Boleh lah..


'Karak - Laluan Puaka', antara filem seram terbitan KRU Studio yang kini menghantui anda di pawagam. Diarahkan Yusry Abdul Halim, Karak, menceritakan tentang perjalanan 4 orang sahabat iaitu Nik ( Shahir AF8), Zura (Shera Ayob), Ida ( Kilafairy) dan Jack ( Md Eyzendy) ke Kuantan, Pahang setelah mengunjungi Kota Metropolitan, Kuala Lumpur atas dasar tugas. Mereka terperangkap di tengah-tengah lebuhraya Karak sehingga memilih mereka melalui sebuah jalan lama yang berpenunggu. Apakah yang terjadi pada mereka?. Pi la tengok sendiri di pawagam.. hehehe


Plot

Mendengar sahaja tajuk 'Karak', barangkali ada diantara anda cukup teruja untuk menonton filem ini. Seperti juga saya, yang berpusu-pusu ke pawagam berdekatan untuk menonton Karak Laluan Puaka. Penggunaan istilah 'Laluan Puaka', sebenarnya membawa maksud perjalanan merentasi suatu jalan yang berkemungkinan mempunyai kisah dan misterinya tersendiri. KRU menggunakan pendekatan ini untuk menakutkan penonton melalui imejan volkswagen kuning, perempuan di perhentian jalan lama bersama anaknya, sehingga menyelusuri dalam tandas yang cukup menyeramkan, dan hantu wanita yang bertenggek di atas bumbung kereta, menjadikan Karak sebagai naskhah seram terbaik pada peringkat permulaannya. Apabila cerita ini sudah dipertengahannya, berlegar di dalam hutan setelah kereta yang dipandu 4 watak terbabas, maka 'karak' sudah hilang arah pada subjek matternya iaitu 'laluan puaka'. Ketakutan pada peringkat awalnya, kini terganggu pula dengan imej sebuah rumah lama yang berpenunggu. Persoalannya, apa kaitan rumah lama itu dengan laluan puaka dalam kisah karak?. KRU perlu memberi fokus pada highway Karak yang digelar Laluan Puaka!, bukannya memperbagaikan kisah dalam Karak. Ini menjadikan Karak sebagai cerita yang bercelaru dari segi plot penceritaannya. Seandainya, Karak dijadikan sebagai road movie; di mana kisahnya bermain di lebuhraya Karak atau jalan lama sahaja yang berpenunggu, nescaya Karak akan menjadi sebuah filem seram berpenunggu terbaik dari KRU. Tetapi, ia agak mengecewakan.

Jika dilihat dari sudut lakonan, CGi dan Sinematografi, Karak memberikan satu hidangan yang cukup lazat, tetapi dari sudut lakonan para pelakonnya, ia boleh diperbaiki lagi. Bagi anda, peminat filem seram, Karak boleh la layan, tetapi bagi anda yang menginginkan Karak melebihi dari batasan pemikiran anda, maka barangkali agak mengecewakan..


*** Untuk Karak



Karak menghantui Highway Karak seluruh Malaysia

0 comments :