Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 20 Mei 2011

Nur Kasih The Movie.. Sebuah filem Muzikal?


Peminat drama siri 'Nur Kasih', mungkin tidak akan melepaskan peluang untuk menonton 'Nur Kasih The Movie', antara filem yang amat dinantikan seluruh rakyat Malaysia. Ditayangkan serentak seluruh negara mulai 19 Mei 2011, Nur Kasih antara filem tulisan Mira Mustaffa, isteri kesayangan Khabir Bhatia. Menariknya, Nur Kasih memberikan sudut sinematografi yang cemerlang malahan pemilihan lokasinya cukup hebat dan mampu mengalahkan mana-mana filem tempatan yang lain. Tetapi, dari segi kekuatan ceritanya, agak melankolik di mana setiap watak mampu berdiri dengan karektor masing-masing. Bagi anda yang tidak mengikuti drama sirinya, barangkali tumpuan anda untuk memahami karektor dan perjalanan naskhah cukup terganggu ; seperti saya. Nur Kasih bukan pilihan tepat bagi saya sebagai sebuah naskhah terhebat.

'Filem yang baik dibantu dengan teknik sinematografi, skor muzik, lakonan dan penceritaan', namun di dalam Nur Kasih semuanya agak hebat tetapi jika dilihat pada skor muziknya, saya cukup terganggu di mana pemilihan lagu-lagu dalam Nur Kasih sebenarnya pernah kita dengar. Filem yang mampu menyentuh jiwa sebenarnya hanya dibantu dengan satu lagu tema yang hebat apatah lagi dengan susunan skor muziknya. Tetapi, untuk Nur Kasih muziknya agak pelbagai sehingga boleh saya labelkan sebagai filem muzikal untuk tahun 2011 selepas Magika terbitan KRU Films.

Seandainya Nur Kasih seperti Lagenda Budak Setan Skor Muzik dan lagu temanya, mungkin lagi akan menyentuh jiwa kita sebagai penontonnya..

p/s: 3 bintang untuk Nur Kasih..

2 comments :

Oh well, of course la bagi hang filem anu hang tu yg terbaik kn? Bravo! Bravo! Caitttt!