

Perspektif Berita dan Hiburan Semasa
Persembahan Dayang diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuktikan kemampuan Dayang membawakan seleksi lagu klasik melayu tampak elegan dan mewah.
Alami pengalaman penontonan baharu melalui Family Feud Malaysia di Astro yang diadaptasikan dari sebuah program tv terkenal luar negara.
Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.
Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.
Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.
Naskhah 'Gerimis Mengundang' hasil karya Azwan Annuar yang diarahkan sutradara kreatif, Ahmad Idham kini menjalani penggambaran di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Filem terbitan Excellent Pictures bersama Erama TV dan Wanna B Pictures itu menampilkan pelakon Malaysia, Kamal
Adli dan pelakon Indonesia, Olivia Lubis Jensen.
Filem yang menelan belanja sekitar RM 1.8 juta itu merupakan filem Malaysia - Indonesia yang mengisahkan
Zamani seorang juruterbang lelaki yang terperangkap dalam sebuah hutan tebal akibat helikopter yang dipandunya terbabas. Akibat cinta dan kasih sayang antara Zamani - Mikha, maka kehilangan Zamani seperti tidak dirasai Mikha kerna baginya Zamani merupakan insan yang cukup istimewa dalam hidupnya. Pelbagai konflik tercetus lantas mengeratkan lagi hubungan mereka dikala kejauhan.
Ketika ditemui media semasa majlis perlancaran filem tersebut di Hotel Legend, Kuala lumpur, Azwan Annuar selaku penulis skrip Gerimis Mengundang menjelaskan bahawa 'gerimis mengundang' sebuah filem cinta romantik yang sangat tragik di mana ia mengisahkan dua pasangan suami isteri yang amat dahagakan kasih sayang dikala kejauhan. Pelbagai peristiwa yang amat menyentuh perasaan terkandung dalam naskhah 'air mata' yang tentunya meruntun perasaan penonton, apabila ditayangkan kelak.
Menariknya, Gerimis Mengundang yang bakal memulakan penggambarannya di Kota Jakarta, Indonesia ; selepas Kota Kinabalu, Sabah ini merupakan filem usahama Malaysia Indonesia yang menampilkan Yovies & Nuno, Komposer terkenal Indonesia, khabarnya akan memberikan nafas baru pada alunan muzik 'gerimis mengundang' untuk dimuatkan di dalam filem ini.
Bukan itu sahaja, Budi Doremi, penyanyi remaja lelaki Indonesia jua turut terlibat dalam runut bunyi bagi lagu tema untuk Gerimis Mengundang.
Apa yang pasti, kemunculan filem ini pada 2012 di Sinema Malaysia dan Indonesia tentunya menjanjikan kelainan yang tersendiri.
Nantikan Gerimis Mengundang hasil karya Azwan Annuar, yang diarahkan Ahmad Idham akan datang 2012!.
Cayoook!.
KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.
Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.
Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.
” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.
” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.
” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.
Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.
Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.
” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.
” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.
Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.
Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.
” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)
p/s: Teman pelanggan ASTRO...
Gambar photo : Aril Muzik FM ( kiri) , Budi Doremi ( Kanan )
Album single pertama, Budi Doremi yang diterbitkan Wanna B Production selamat dilancarkan semalam di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Perlancaran bertemakan 'Pink Dinner Night' itu adalah sempena perlancaran filem Gerimis Mengundang arahan sutradara profilik, Ahmad Idham. Filem bertemakan cinta romantik itu akan memulakan penggambaran pada 26 Jun 2011 hingga Julai 2011.
'Budi Doremi' merupakan penyanyi remaja Indonesia, khabarnya akan menyanyikan lagu tema filem Gerimis Mengundang yang akan diberi nafas baru oleh komposer terkenal Indonesia.
Lagi berita menarik mengenai 'gerimis mengundang' akan datang...
Turut menerima penghargaan malam ini adalah penerbit KRU Films, Norman Abdul Halim menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa, Lescopaque Production - Upin dan Ipin, serta penerbit dokumentari Among The Great Apes With Michele Yeoh.
Selain dari itu, majlis turut diserikan dengan penyampaian beberapa anugerah filem lain termasuk penghargaan kepada karyawan muda antaranya filem Crayon, Jalang, dan KL Drift.
Majlis turut dihadiri oleh beberapa selebriti, tetamu vip dan Menteri KPKK, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan isteri.
Sekalung penghargaan dan tahniah pada semua pemenang pada malam ini terutamanya kepada Suhaila Nurdin, yang memenangi Penulisan Skrip Terbaik bagi filem cereka.
Berita selanjutnya akan datang....
Semoga kekal abadi hendaknya..