Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 28 Jun 2011

'Gerimis Mengundang' karya Azwan Annuar difilemkan

Naskhah 'Gerimis Mengundang' hasil karya Azwan Annuar yang diarahkan sutradara kreatif, Ahmad Idham kini menjalani penggambaran di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Filem terbitan Excellent Pictures bersama Erama TV dan Wanna B Pictures itu menampilkan pelakon Malaysia, Kamal
Adli dan pelakon Indonesia, Olivia Lubis Jensen.

Filem yang menelan belanja sekitar RM 1.8 juta itu merupakan filem Malaysia - Indonesia yang mengisahkan
Zamani seorang juruterbang lelaki yang terperangkap dalam sebuah hutan tebal akibat helikopter yang dipandunya terbabas. Akibat cinta dan kasih sayang antara Zamani - Mikha, maka kehilangan Zamani seperti tidak dirasai Mikha kerna baginya Zamani merupakan insan yang cukup istimewa dalam hidupnya. Pelbagai konflik tercetus lantas mengeratkan lagi hubungan mereka dikala kejauhan.

Ketika ditemui media semasa majlis perlancaran filem tersebut di Hotel Legend, Kuala lumpur, Azwan Annuar selaku penulis skrip Gerimis Mengundang menjelaskan bahawa 'gerimis mengundang' sebuah filem cinta romantik yang sangat tragik di mana ia mengisahkan dua pasangan suami isteri yang amat dahagakan kasih sayang dikala kejauhan. Pelbagai peristiwa yang amat menyentuh perasaan terkandung dalam naskhah 'air mata' yang tentunya meruntun perasaan penonton, apabila ditayangkan kelak.

Menariknya, Gerimis Mengundang yang bakal memulakan penggambarannya di Kota Jakarta, Indonesia ; selepas Kota Kinabalu, Sabah ini merupakan filem usahama Malaysia Indonesia yang menampilkan Yovies & Nuno, Komposer terkenal Indonesia, khabarnya akan memberikan nafas baru pada alunan muzik 'gerimis mengundang' untuk dimuatkan di dalam filem ini.

Bukan itu sahaja, Budi Doremi, penyanyi remaja lelaki Indonesia jua turut terlibat dalam runut bunyi bagi lagu tema untuk Gerimis Mengundang.

Apa yang pasti, kemunculan filem ini pada 2012 di Sinema Malaysia dan Indonesia tentunya menjanjikan kelainan yang tersendiri.

Nantikan Gerimis Mengundang hasil karya Azwan Annuar, yang diarahkan Ahmad Idham akan datang 2012!.

Cayoook!.

0 comments :