Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 1 Jun 2011

Perihal kisah malas seekor Shrek yang dasyat!!



Mimbar....

'Jun', kembali lagi.
Satu bulan yang mempunyai 30 hari dalam kalendar di Malaysia. Bulan itu jugalah bermulanya hari baru, impian baru dan cita-cita baru. Tetapi bagi yang masih sama dan tidak berubah, itu bukan namanya satu 'perubahan' tetapi satu kemusnahan yang amat dasyat!.

Hari ini, teman ingin bercerita satu perihal kisah seorang manusia yang teman gambarkan sebagai 'seorang budak comel' yang agak pemalas. Kerjanya menyandar di kerusi, matanya melirik memandang skrin kaca di hadapannya, sambil tangannya menyuap makanan ke mulut ; membebel dan memeriksa kerja harian yang diserahkan kepadanya , lantas bertindak tanpa memikirkan akibat dengan satu tujuan untuk 'kepuasan'. Masa berlalu begitu pantas, suara nyaringnya memecah keheningan pagi. Dia menjerit membahagi tugas kepada seseorang yang dipercayainya. Tetapi dirinya hanya menyandar di kerusi seperti seekor kucing gemok yang hanya terbaring di atas lantai dan terkebil-kebil matanya.

Kami memanggilnya 'Shrek'.. Pada mulanya di beri nama 'Kung Fu Panda' tetapi tak sesuai.. lantas Shrek la gambarannya. Waktu bersilih ganti, masa tetap berlalu, di situlah Shrek cuba mengganas tetapi ada ketikanya agak pemalas sifatnya. Peliknya, Shrek duduk di hadapan Papan, lalu menjerit nama seseorang, memanggil semata-mata suruh membuka Papan tersebut. Apakah itu sikap pemalas yang maha dasyat lagi hebat dari seekor katak yang melompat-lompat lalu masuk ke dalam lumpur di tepi longkang. Namun, kepasrahan penyelamat segalanya. Biarlah Shrek hidup dengan angan-angan dan arahannya, kerna tidak lama lagi Shrek akan di sambar Puteri Bunian yang turun dari hutan angkasa lalu.. bermulanya episod baru dalam kehidupannya..


Itulah Kisah Shrek dan kehidupannya.
Biarkan ia pergi ...Biarkan ia pergi jauh..
Nun Jauh di Penghujung Dunia..
Tapi.. ada lagi insan yang maha dasyat ingin ku ceritakan..
Di Mimbar akan datang..

0 comments :