Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 9 Jun 2011

Video Klip Prema Yin.. Marilah Menari dan Filem ... Dalam Botol tiada kaitan!


Ketika isu Video Klip Kontroversi 'Prema Yin - Marilah Menari', arahan pengarah dan pelakon muda, Gambit Saifullah yang dilakonkan Shahz Jaszle bersama penyanyi tempatan, Prema Yin menimbulkan polimek tersendiri dikalangan penggiat industri filem dan hiburan tempatan. Rata-ratanya mengandaikan ia agak keterlaluan dan menyentuh sensitiviti masyarakat tempatan khususnya yang beragama islam.

Video klip yang diturun muat ke laman youtube itu kini disaksikan lebih 360,000 ribu penonton. Jika dihitung, pulangannya boleh dikatakan agak memberangsangkan kerana setiap video klip yang diturun muat oleh seseorang produser atau pengarah adalah berbayar, di mana setiap klik yang dibuat penonton, akan dibayar kepada produser mengikut jumlah rating sesebuah program.


Apabila, kontroversi itu dikritik hebat oleh beberapa pihak, Gambit mula tidak senang duduk lalu menghentam beberapa individu termasuk para blogger, wartawan hiburan dan sebagainya. Ini dapat disaksikan apabila laman peribadinya - twitter dan facebook- menjadi panas gara-gara sentimennya yang agak mengguris perasaan.

Paling mengejutkan, Gambit membuat andaian dengan mengatakan 'kenapa filem kontroversi ...dalam botol' boleh lepas sedangkan video klip arahannya yang menceritakan perihal kisah suami isteri dihentam hebat. Ketika dihubungi, penerbit filem kontroversi, Raja Azmi terkejut dengan andaian Gambit itu yang disifatkan tidak berasas. Jelasnya lagi, Video Klip 'Prema Yin' itu langsung tidak mempunyai mesej bahkan filem ...dalam botol mempunyai tema kemanusiaan yang agak kuat. Filem dan Video Klip tidak boleh di samakan. Tetapi, sekiranya Video Klip itu dihantar ke LPF Malaysia, apakah ia akan lulus bersih sepertimana filem ...dalam botol?. Raja Azmi tersenyum lebar apabila Gambit menyatakan ...dalam botol agak lucah sedangkan ...dalam botol tidak mempunyai sebarang unsur seksual yang agak melampau.

Walaupun ...dalam botol dikaitkan bersama, itu bermakna orang mengambil berat akan karya arahan Khir Rahman itu..

-Harap maklum-


2 comments :

tak lucah pun, geli adalah... but i have to say, its a very low rate video..