Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


BELAGU BUKTI KEMAMPUAN SENI DAYANG

Persembahan Dayang diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuktikan kemampuan Dayang membawakan seleksi lagu klasik melayu tampak elegan dan mewah.

NABIL AHMAD, DOUGLAS LIM, DR J.RAM TAMPIL DALAM FAMILY FUED MALAYSIA BERMULA 27 MAC INI

Alami pengalaman penontonan baharu melalui Family Feud Malaysia di Astro yang diadaptasikan dari sebuah program tv terkenal luar negara.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

Sabtu, 30 Julai 2011

Aleesha Farhana @Ashraf Hafiz meninggal dunia

Aleesha Farhana atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Hafiz bin Abdul Aziz lelaki yang mencetuskan kontroversi di Malaysia, meninggal dunia pagi tadi kira-kira pukul 5.00 pagi. Allahyarham yang dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akibat komplikasi jantung dan tekanan darah rendah, sejak 3 pagi semalam didapati tidak sihat sejak beberapa hari lepas setelah permohonannya menukar nama di dalam Mykadnya ditolak Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu.

Ketika dihubungi media, bapa kandung Aleesha, Abdul Aziz Ahmad, 60 berkata anaknya itu akan dikebumikan selepas solat zohor hari ini.


Al Fatihah buat Allahyarham. Moga rohnya ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang telah mendapat kemaafan dari-Nya.

Terkini, Seksualiti Merdeka di bawah pimpinan Mr. Pang Khee Teik akan mengadakan Candlelight Vigil for Aleesha Farhana malam ini, 30hb Julai 2011, 8.00 malam di Malaysia Bar Council, Kuala Lumpur. Bagi anda yang tidak mempunyai program malam ini, dijemput hadir.

Selasa, 26 Julai 2011

Usah bertanya.. tunggu keputusannya.. KP FINAS Jawatan paling popular!

Ketika ini kecoh diperkatakan mengenai siapakah bakal menduduki kerusi panas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) , iaitu jawatan tertinggi yang menjadi idaman ramai pembikin dan penggiat filem tempatan. Jawatan Ketua Pengarah Finas yang kini masih kosong disandang sementara oleh Puan Hajah Fatimah bt Hj Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Finas. Sebelum ini, Jawatan tersebut diduduki Datuk Mahyidin Mustakim bagi tempoh 5 tahun yang sudah tamat kontraknya hujung Jun 2011 lepas.

Industri Perfileman Tempatan mula mengorak langkah ke persada dunia, dan ia memerlukan sokongan sebuah badan perfileman terunggul iaitu sebuah organisasi milik KPKK (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia) iaitu FINAS. Maka, jawatan Ketua Pengarah mestilah seorang yang berkaliber, berpengetahuan tinggi, berpengalaman, dan mempunyai portfolio yang baik dalam industri filem tempatan jugak akademik. Ia boleh dikatakan jawatan yang paling popular di Malaysia dan rumusannya ia perlu disandang oleh orang muda yang boleh memimpin serta mempunyai idea-idea yang bernas untuk mencorakkan sinema tempatan sekaligus membawa dimensi baru dalam dunia perfileman tempatan sehingga ke persada dunia.

Maka, kini disebut antara dua nama yang diperkatakan bakal menerajui jawatan KP Finas itu. Mereka adalah Dr.Megat Al Imran Yasin dan pengarah filem terkenal, Ahmad Idham. Jika dilihat antara kedua-duanya, masing-masing mempunyai portfolio yang baik. Ada yang mahukan Ahmad Idham dan ada juga yang inginkan Dr Megat Al Imran. Apa yang pasti keputusannya adalah terletak pada kebijaksanaan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Biarlah dia membuat keputusan rasmi yang khabarnya akan diumumkan tidak lama lagi. Bagi anda karyawan, produser dan penggiat filem tempatan mahupun warga Finas sendiri, kami mengharapkan agar KP Finas yang baru ini akan lebih hebat lagi dalam membawa nama FINAS se-gah namanya sehingga dikenali sebagai sebuah badan kreatif yang terunggul di mata dunia.

Justeru, usah bertanya.. tunggu keputusannya kerana setiap keputusan adalah dari amanat agung Menteri KPKK yang mahu melihat lebih banyak kejayaan dan impian kita dilaksanakan.

Nantikan video ekslusif khas.. Datuk Mahyidin Mustakim, Jasamu Dikenang pada Malam Peringatan yang akan diumumkan tidak lama lagi..

Isnin, 25 Julai 2011

25 Julai 2011.. Genap 2 tahun pemergian Yasmin Ahmad


25 Julai 2009 hingga 25 Julai 2011, hari ini genap 2 tahun pemergian sutradara kreatif, Allahyarham Yasmin Ahmad ke rahmatullah. Hari ini jugalah dunia filem menangisi kehilangan seorang insan seni yang tidak ternilai harganya. Bermula dengan Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime dan Muallaf, tiada lagi sentuhan barunya melainkan tasbih dan doa kita agar dirinya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


Terus terang aku cakap, aku amat merindui setiap karyanya. Iklan-iklan sentuhannya cukup memberi makna padaku begitu juga seluruh rakyat Malaysia. 'Yasmin' kau satu dalam sejuta.. apa yang aku nak cakap di sini adalah 'i missed you so much..!' We love your forever and never!.



Oh ya.. dikesempatan ini aku nak sajikan pada korang sebuah klip khas yang aku hasilkan 2 tahun lepas.. Thanks pada Adibah Noor, Primeworks dan my love editor, Dell yang sudi memberi inspirasi bersama-sama sehingga terhasilnya sebuah kenangan abadi yang tiada ternilai harganya. Hanya 'tangisan kerinduan' mengiringi... Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad! Moga tenang di sana..


Tangisan Kerinduanku buat mu..



--- we love you--- mak---


Sabtu, 23 Julai 2011

Antara Virus dan P1 Wimax!.

Salam semua!. Oh ya.. Hari ni aku nak bagitau korang tentang satu virus yang khabarnya menganggu pengguna facebook di seluruh Malaysia. Ye ke?. Yup!. Virus ni boleh dikenali apabila anda tiba-tiba menerima mesej dari Facebook Chat (FB Chat). Mesejnya macam ini 'hi how are you' , 'or 3' , 'click now ..' dan macam-macam lagi benda pelik yang dihantar melalui fb chat!. Jika anda menerima mesej seperti ini, aku nak nasihatkan korang 'jangan layan atau klik' , abaikan terus mesej tersebut. Jika dilayan.. Ia akan merosakkan PC dan Laptop anda. Dan sebab virus tu lah.. Laptop aku terus tak leh bukak dan terpaksa dihantar ke kedai komputer! Tapi, kalau anda memiliki mac apple, jangan la risau sebab virus tu takkan boleh menembusi mac apple okay!. Apa yang pasti.. Hati-hati apabila menggunakan internet, kerana mungkin satu hari nanti virus itu ditukar pulak kepada Bahasa Melayu!. Hehehe..

Seperkara lagi yang aku tak puas hati sekarang ni adalah perkhidmatan internet 'P1 Wimax' ni. Sudah 3 hari lembap dari pagi sampai la ke malam. Nasib baik aku update blog aku ni dengan I Phone DiGi internet!. Lagi better dan laju dari P1 ni.

Aku pun tak paham dengan data P1 ni. Awal bulan je laju dan masuk je 15hb terus lembap. Kononnya diperkenalkan top up bagi 2GB. Tp dah dicuba ok sikit tetapi ia mampu bertahan dalam satu hari je. Ape cer?. Aku bukannya rajin download pun!.

Aku harap P1 ni tolonglah perkemaskan sistem internetnya!. Jangan sampai aku tutup akaun P1 ni.

P/S: nak langgan Unifi mahal sangat!. Dah le banyak bil nak kena bayar bulan-bulan. Insyaallah.. Kalau tak elok lagi P1 ni ' selamat tinggallah'

Oh ya.. Selamat berhujung minggu ye.. Senyum selalu.

Jumaat, 22 Julai 2011

'CUN' nyer 'HANTU KAK LIMAH' balik FINAS!



Bagi anda yang tak tahu nak buat ape pada hujung minggu ini, apa kata saya syorkan pada anda semua pembaca setia blog ini khususnya yang berada di sekitar Kuala Lumpur, Ampang, Hulu Kelang dan Wangsa Maju amnya, untuk sama-sama memeriahkan Tayangan Filem di dua buah lokasi berbeza.

'CUN' arahan sutradara sensasi, Osman Ali yang dibarisi Remy Ishak, Maya Karin, Jehan Miskin, Ning Baizura dan Mislina Mustaffa ini akan dipancarkan secara ekslusif pada 23 Julai 2011 ( Sabtu) bertempat di Pawagam Klasik (Pawagam Collesium) Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pukul 12.00 tengahari. Tayangan secara percuma itu mengalu-alukan kedatangan semua peminat filem.

Oh ya.. tayangan filem tersebut adalah dalam bentuk filem 35 mm okay!.

Bukan itu saja, awek cun yang lari dari kampung pisang jugak dipertontonkan khas pada sebelah malamnya, tapi ini di Dataran Karyawan, FINAS pukul 8.00 malam. Bagi anda yang mahu melihat awek cun bernama Kak Limah yang telah menimbulkan fenomena Satu Malaysia sehingga salah seorang pelakonnya disunting menjadi Dj Hot FM - Ucop Wilcha.. apa kata datang pada 23 Julai 2011, 8.00 malam di FINAS. Pihak Tayangan Unggul akan menayangkan 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' di Dataran Karyawan. Filem arahan abang Mamat Khalid yang dilakonkan oleh Dalimawati, si budak comel nyum nyum, Azwan Annuar, Johan Raja Lawak, Awie, Ucop Wilcha dan ramai lagi itu akan diputarkan esok malam secara percuma. Jika anda tak tau nak buat apa pada malam esok, jom sama-sama kita serbu FINAS - Dataran Karyawan ramai-ramai.

#saborjerlah

p/s: enjit enjit semut sape gersang nak atas.. hehehhe

Khamis, 21 Julai 2011

'Freelance Screenwriter' diperlukan di Tayangan Unggul

Astro Shaw Sdn Bhd & Tayangan Unggul Sdn Bhd memperlawa anda graduan filem yang berminat dalam dunia perfileman untuk mencuba peluang sebagai 'Freelance Screenwriter' di produksi Tayangan Unggul. Jika anda berminat.. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mana tahu anda karyawan yang mereka cari...

Sebarang pertanyaan sila hubungi:-

Mr. Sharavanan Rajendran 03-95436688 / 3187

Rabu, 20 Julai 2011

'Dewi' dan 'Ketika Cinta Bertasbih' hiasi Sinentron Terbaik di 'Astro Bintang'

Julai ini Indo Pek menghidangkan sinentron terbaik dari Indonesia - 'Dewi' dan 'Ketika Cinta Bertasbih'. Kedua-dua sinentron ini kini ditayangkan di Bintang 141, Astro. Dipancarkan secara percuma hingga 14 Ogos 2011, Astro menyajikan hiburan terbaik tanpa batasan 24 jam sepenuhnya dari Indonesia. Bagi anda penggemar hiburan ( drama, muzik, filem dan gossip) dari Indonesia, apa kata turn on 141 bintang dan 142 pelangi.. Selepas 15 Ogos 2011, kedua-dua saluran ini akan mengenakan caj langganan RM 12.00 bagi anda yang mahu melanggan saluran Indo Pek ini. Bagi anda yang tak mahu, tak mengapa..


'Dewi' sinentron 120 episod ini, kini ditayangkan di 141 bintang. Mengisahkan Sita dan Dewi dua beradik kembar yang terpisah sejak kecil. Dewi dan Sita tidak mengetahui mereka adalah pasangan kembar. Suatu ketika, Sita meninggal dunia apabila mahu dijodohkan dengan Andre, lakonan Baim Wong. Kematian Sita mengejutkan Andre sehingga menemukannya dengan Dewi, seorang gadis seiras Sita. Pertemuan mereka menimbulkan satu rasa apabila Andre sudah jatuh cinta dengan Dewi. Pertemuan mereka direstui ibu dan nenek Andre, tetapi tidak bagi Satria dan ibunya. Pelbagai konflik menggemparkan akan terjadi. Apakah yang berlaku seterusnya?. Pastikan anda menonton Dewi di 141 bintang. ( sila semak jadual tayangan di Info 141 bintang okay!).

Nota:-

  • Sinentron ini mempunyai 120 episod. Jika produksi Malaysia menghasilkan drama bersiri berdurasi sejam setiap episod ( 120 episod), maka penulis skripnya akan menerima RM 1,500 per episod x 120 episod = jumlah skrip yang dibayar adalah RM 180,000.00. Wow!! Persoalannya, apakah Stesen TV boleh membayar sejumlah itu pada produksi yang menghasilkannya!. Itu baru kos skrip, tak termasuk fee director, pelakon, krew dan macam-macam. Anda berani?. Jom kita buat! hehehe


Diadaptasikan dari sebuah novel dan filemnya, 'Sinentron Ketika Cinta Bertasbih : Special Ramadan' - 56 episod ini, kini mula berputar di 141 Bintang. Ia merupakan kesinambungan kisah Ustaz Khaerul Azam dan Ustazah Anna dalam membangun Pesantren Darul Quran yang terletak di Desa Wagen, Jawa Tengah, Indonesia. Pelbagai kisah menarik, lantas menimbulkan konflik kekeluargaan, agama dan masyarakat terkandung dalam sebuah kisah yang tentunya menyentuh jiwa dan perasaan anda. Bagi anda yang sudah menonton versi filemnya, apa kata tontonlah drama bersiri ini.. yang kian rancak di 141 bintang - menerusi pakej Indo Pek yang beputar secara percuma sekarang hingga 14 Ogos 2011. ( jadual siaran, sila semak info 141 bintang)

Nota:-

  • Sinentron ini mempunyai 56 episod. Jika produksi Malaysia menghasilkan drama bersiri berdurasi sejam setiap episod (56 episod), maka penulis skripnya akan menerima RM 1,500 per episod x 56 episod = jumlah skrip yang dibayar adalah RM 84,000.00. Wow!! Itu baru kos skrip, tak termasuk fee director, pelakon, krew dan macam-macam. Aku rasa macam nak buat drama siri yang banyak episod macam ni. Apakah ada stesen tv mahu menyiarkannya?. Tepuk dada tanya selera.
Oh ya, drama siri 13 episod tulisan aku, 'Amelia Amnesia', khabarnya dah habis penggambaran dan kini dalam proses suntingan pos produksi. Ia akan ditayangkan di RTM ( tak tau TV1 atau TV2) mulai Ramadan ini, khabarnya. Kalau dah nak keluar tu, aku akan inform korang ya...


Apa yang pasti, aku sudah jatuh cinta dengan Indo Pek ini yang nyata sebuah saluran air mata dan filem terbaik! wow!.. Kalau anda tak suka, aku tak boleh nak buat ape okay!

Selasa, 19 Julai 2011

'Hantu Susu' gabungkan 4 hantu paling popular!


Salam..

Lama jugak aku tak update blog aku ni ye.. Rasanya macam dah seminggu plak!. Ye lah.. kalau tak de story yang bagus atau cerita mahupun tayangan filem yang menyentuh perasaanku, khabarnya malap la blog aku ni ye. Oh ya, dalam dok belek-belek iklan drama baru di Astro. Aku nak kongsi dengan pembaca setia blog ini bahawa pada 21 Julai 2011, bermula jam 9.00 malam, kiranya tinggal tak beberapa hari lagi.. Cube Filem di bawah arahan pengarah kreatif, Michael Ang bersama si cantik jelita, Amor Rizan akan membawa anda menyelami kisah 4 hantu yang agak popular. Hantu Kum Kum ( Marsha), Pontianak Kampung Batu ( Erra Fazira), Langsuir ( Zarina AF) dan Penanggal ( Amy Mastura) merupakan antara hantu yanng akan bergabung pada 21 Julai ini.. Bukan Festival Hantu ye.. Tetapi, mereka di satukan dalam sebuah cerita seram komedi bertajuk 'Hantu Susu'.. Nak tahu ceritanya macam mana?. Pastikan temujanji anda bersama 4 hantu ini pada khamis 21 Julai 2011, 9.00 malam. Bukan itu saja, keempat-empat hantu ini akan bergabung bersama Lady Gaga Malaysia di APM, iaitu Didie Alias! hahaha.

Aku putarkan trailer ini.. Jom KLIK ramai-ramai

p/s: Nape aku cakap Lady Gaga plak ye.. bagi yang tonton APM minggu lepas tentu tengok gelagat Kak Didie kan.. cayalah korang! Ok.. apapun jangan lupe ye temujanji anda khamis ini bersama 4 hantu jelita ini..




Selasa, 12 Julai 2011

'Bersatukah kita.. atau menunggu durjana bakal tiba?


'Jujurkah kita hidup di muka bumi bernama Malaysia? Wajarkah kita mengakui dengan seluruh tubuh kita, bahawa apa yang kita nikmati sekarang adalah perjuangan dari nenek moyang kita. Tahukah apa yang kita kerjakan dalam hidup kita adalah nikmat pemberian tuhan yang perlu kita syukuri sebagai umat manusia khususnya beragama islam. Namun sebagai permulaannya, kita dapat saksikan sedikit demi sedikit kemusnahan ikatan sesama muslim atau masyarakat kesan daripada kemewahan yang kita kecapi setelah 54 tahun negara mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan takkan datang bergolek tanpa usaha dan perjuangan bangsa terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan dan semangat cintakan negara melebihi rasa cinta pada diri sendiri. Atas dasar logik akalnya, mereka memberontak mahu perubahan, dengan alasan 'ia tidak adil, tidak bersih dan tidak halal'. Biarkan mereka dengan perjuangan itu kerana negara kita negara demokrasi berparlimen. Tetapi, semangat itu tercabar malahan menjadi suatu perkara yang membimbangkan kita warganya. 9 Julai 2011, insiden yang cukup ditakuti.. bukan takutnya sistem pemerintahan kita dicabuli tetapi takut keamanan negara dimusnahkan oleh mereka yang sememangnya mahukan perubahan tanpa memikirkan kesan dan akibat. Benar kata mereka 'kita mahukan keadilan'.. tetapi keadilan bagaimanakah yang mereka mahu lagi?. Tidak cukupkah kita hidup boleh tersenyum, bergurau senda, bersiar-siar dan fitnah memfitnah... daripada negara lain yang ada ketika hidup terumbang ambing dan penuh dengan ketakutan. Kata teman di satu mimbar, 'rakyat hanya akan bersatu sekiranya negara dilanda malapetaka atau bencana alam yang hebat'. Memang benar.. Rakyat Malaysia akan bersatu padu tidak kira parti politik sekalipun, jika durjana dan malapetaka menimba. Tatkala perarakan jagung berwarna kuning mahu membersihkan negara, pihak media barat memanipulasikan keadaan mengatakan 'Malaysia tidak aman lagi', padahal kotak fikiran kita bercelaru memikirkan nasib dan kedaan negara kita jika dibiarkan begitu.
Memang bijak kata teman di mimbar itu, jika jagung sudah masak, benihnya mahu tumbuh kembali tetapi dengan cara yang berbeza. Apakah perbezaannya itu?. jadilah manusia yang bersyukur.. dan harus diingat bahawa 'jika Allah S.W.T tidak mengizinkannya, sampai kapanpun apa yang kita lakukan itu tidak direstui'. Wallahuallam


p/s: Apa yang pasti, perarakan jagung itu amat menyusahkan.. Ini hak aku.. korang tak setuju.. korang punya pasal!

Isnin, 11 Julai 2011

'bila awek cun.. jadi pontianak'.


Fuyoo. memang enjoy gile sape yang sudah menonton filem terbaru arahan James Lee ini. Bagi yang teragak-agak nak tengok atau tak, aku sarankan , 'pergi la tonton malam ini atau sekarang! sebab keseluruhan filem ini memang tidak mengecewakan!.

'Tolong Awek Aku Pontianak', terbitan produksi terunggul yang diberi nama 'Tayangan Unggul' telah memulakan tayangannya pada 7 Julai 2011 yang lalu. Filem seram romantik komedi ini dijayakan pelakon muda lagi kacak, Zahiril Adzim, pelakon seksi lagi menggoda, Sazzy Falak, Liyana Jasmay dan ramai lagi. Ia mengisahkan Bob ( Zahiril Adzim) seorang pemuda lurus bendul ( kadang-kadang comel jugak lakonannya, mantap!) yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan. Bob mempunyai seorang awek, Ina ( Faezah Elai) tetapi perhubungan mereka tidak kekal lama kerana Ina tidak menyukai Bob yang serba kekurangan. Bob mempunyai rakan baik, Pian ( Sufian Mohamed) yang amat memahami citarasa dan perangainya. Pada satu hari, Bob dan Pian telah berpindah masuk ke sebuah flat usang yang berpenunggu. Di situ, Bob bertemu dengan Maya ( Sazzy Falak) dan perkenalan mereka menimbulkan bibit-bibit cinta terlarang yang amat menyentuh perasaan. Pelbagai konflik dan insiden terjadi sehingga menemukan mereka pada satu jalan kembali yang tiada berkesudahannya. Apakah yang terjadi?. kenalah pi tengok sendiri ya..


Lakonan

Jika diteliti pada aspek lakonan keseluruhan para pelakon yang membintangi filem ini, aku boleh katakan ia terbaik!. Semua bintang dalam 'Tolong Awek Aku Pontianak' ini berjaya menghidupkan watak masing-masing, apatah lagi kemunculan Sazzy Falak sebagai Maya memberikan posisi menarik dalam dunia perfileman tempatan. Kenapa?. Entahlah.. Aku cuma teruja melihat wajah ayu Sazzy Falak yang begitu anggun dalam filem ini. Kiranya. 'awek cun' menjadi pontianak. Bayangkan kalau awek cun ni.. jadi pontianak?. Aku rasa korang sume suke kan?. hehehhe.. Ye lah.. janji cun.. betul tak?

Oh ya, yang menariknya lakonan Sufian Mohammed sebagai Pian ; iaitu kawan baik Bob. Kadang-kadang aku confuse kejap, apa hubungan Bob dengan Pian?. Dari segi dialog Pian terhadap Bob ( pada sesuatu babak) - seolah-olah ada sesuatu dalam hubungan mereka. Mesti korang cakap diorang gay kan?. Hahahaha. Bagi aku taklah., mungkin Pian menyayangi Bob macam adiknya kan.. Tapi apapun, lakonannya 'very sweet' sampai penonton kat sebelah aku ni boleh pandang muka kawan lelaki dia. Pas tu senyum. Kiranya.. mantapla lakonan mereka..



Mesej

Setiap filem mesti ada mesej ke?. Dalam filem ini, puas aku dok pikir apa mesej yang nak pengarahnya, James Lee sampaikan kepada penonton?. Aku cuma menganggap filem ini sebagai jenaka hiburan dalam Sinema Malaysia. Ia dibikin secara santai yang menghiburkan! Bagi anda yang mahu menonton tetapi dok fikir 'nak ke tak?'.. sampai check duit berulang kali dalam wallet tue.. aku sekali lagi cakap 'Tolong Awek Aku Pontianak'.. memang enjoy.. happening dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat..


lupa pulak aku nak bagitau korang - lakonan Nurul dalam filem ini memang happening okay! menggoda pun ada! pi la tengok sendiri k...

p/s: simple je komen aku.. kali ini aku nak komen setiap filem agak santai ok.. jangan korang cakap aku tak de idea nak komen plak. sebab ini blog aku, aku punye sukelah nak tulis macam mana! hehehehe

sabor je lah

bagi yang tak de duit atau menunggu filem free kat finas, apa kata korang tonton trailer ni berulang kali.. ulang je sampai lebam.. hehehe


Khamis, 7 Julai 2011

'Astro Bintang dan Astro Pelangi' hiburan dan filem terbaik dari Indonesia 2011 dalam Pakej Indo Pek!


Mulai 16 Julai 2011, Stesen berbayar digital ASTRO, dengan kerjasama Broadway Media akan memperkenalkan 2 saluran Astro baru iaitu Bintang dan Pelangi. Kedua-dua saluran ini merupakan saluran berbahasa Indonesia sepenuhnya yang akan menghidangkan pelbagai genre hiburan termasuk filem, drama, muzik dan variasi. Kedua-dua saluran ini akan beroperasi sepenuhnya 24 jam tanpa henti mulai 16 Julai hingga 14 Ogos 2011. Menurut Khairul Anwar Salleh, Presiden Perniagaan Melayu Astro, 'kedua-dua saluran ini akan beroperasi secara PERCUMA pada tarikh tersebut, dan selepas 15 Ogos 2011, kedua-dua saluran itu mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 12.00 sebulan bagi pelanggan Astro yang berminat terhadap 2 saluran tersebut.

Astro Bintang (141) merupakan rangkaian drama ( sinetron) dan variasi terbaik yang diimport khas dari Indonesia sepenuhnya. Ia menghidangkan pelbagai program hiburan tanpa sempadan yang memberi hidangan menarik seperti rancangan muzikal, komedi, gossip dan drama ; tentunya mencuit hati anda sebagai pencinta muzik dan program dari seberang.


Astro Pelangi (142) merupakan rangkaian saluran filem-filem terbaik dari Indonesia sepenuhnya. Ia merangkumi filem-filem dari zaman 70-an hinggalah era kini, bersesuaian dengan kandungan tv dan filem arus perdana dari Indonesia.

Jika anda peminat setia filem-filem dan hiburan Indonesia, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton Pelangi dan Bintang bermula 16 Julai hingga 14 Ogos 2011 di saluran 141 dan 142. Jika anda mahukan kedua-dua saluran itu menjadi milik anda, langganlah saluran Indo Pack tersebut mulai 15 Ogos 2011 dengan harga langganan RM 12.00 sebulan.

untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.

Rabu, 6 Julai 2011

Dokumentari Ekslusif : Di Sebalik Nama FINAS


Koleksi Terbaik Dokumentari : Di Sebalik Nama FINAS..
Jom layan..

Di Sebalik Nama FINAS 1

Di Sebalik Nama FINAS 2

Selasa, 5 Julai 2011

Tayangan Ekslusif Dokumentari ' Di Sebalik Nama Arkib Negara Malaysia'

Tahukah anda apakah fungsi dan peranan utama 'Arkib Negara Malaysia'?.
Nak tahu selanjutnya.. jom layan dokumentari terbaru dari saya untuk anda semua...


Trailer

Tayangan Dokumentari Arkib Negara Malaysia ( Part 1)

Tayangan Dokumentari Arkib Negara Malaysia (Part 2)


Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan dokumentari 30 minit ini...

...................................

Isnin, 4 Julai 2011

2 Klip Promo Ekslusif tentang 'Perhimpunan Bersih'


Sempena 'Perhimpunan Bersih 2011' yang akan diadakan pada 9 Julai 2011, kami diminta menyiapkan 2 buah klip promo ekslusif tentang 'Perhimpunan Bersih'. Satu klip promo mengandungi futej dan satu lagi klip tentang 'Kampung Nanas'. Benarkah kampung ini wujud seperti Kampung Pisang?. No komen!

Klip Futej Perhimpunan Bersih

Klip Promo 'Cinta Kampung Nanas'

Apa yang pasti, 9 Julai 2011 ini akan berlaku satu huru-hara yang maha dasyat..
Satu perhimpunan yang kononnya bersih, tetapi bagi teman akan berlaku banyak kerosakkan..
Kata seorang pengarah drama dan filem di laman twitternya, Erma Fatima..
'Perhimpunan Bersih.. menganggu gugat penggambarannya dramanya'..

Ye lah.. kalau nak shooting nanti,, tetibe ada perhimpunan.. bukan ke itu menganggu estbalish KL?

'Cintakan kemananan negara kita...'

p/s: 2 Klip promo ini kini rancak disiarkan di saluran RTM.. dan akan menyusul ke beberapa saluran TV lain pulak ye..

Ahad, 3 Julai 2011

Di Sebalik Filem Gerimis Mengundang...

'Gerimis Mengundang' hasil karya penulis dan pelakon, Azwan Annuar yang diarahkan Ahmad Idham kini masih menjalani penggambaran di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Filem terbitan Excellent Pictures bersama Wanna B dan E Rama TV itu merupakan filem Malaysia-Indonesia yang bakal menampilkan beberapa nama hebat di Indonesia dan Malaysia.

Jom kita saksikan Video Ekslusif, 'Di Sebalik.. Gerimis Mengundang'...



Azwan Annuar bersama salah seorang pelakon Indonesia dalam Gerimis Mengundang..




8 Filem Terbaik Malaysia.. di Festival KL 2011...


Sempena Festival Kuala Lumpur 2011, FINAS menayangkan bebrapa buah filem seperti "KL Gangster, Nur Kasih The Movie, Lagenda Budak Setan, Cun, Karak, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Kongsi & Hikayat Merong Mahawangsa" pada sepanjang bulan Julai 2011 ini dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis untuk temui bintang pujaan anda di sana. Masuk adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Promosi di talian 03-41041349/1350.

TarikhFilemTempatWaktu
8hb Julai 2011Pawagam Mini P. Ramlee, Finas8.00 mlm
9hb Julai 2011

Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman

Pawagam Mini P. Ramlee, Finas

12.00 tgh

8.00 mlm

16hb Julai 2011

Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman

Pawagam Mini P. Ramlee, Finas

12.00 tgh

8.00 mlm

23hb Julai 2011

Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman

Pawagam Mini P. Ramlee, Finas

12.00 tgh

8.00 mlm

30hb Julai 2011

Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman

Pawagam Mini P. Ramlee, Finas

12.00 tgh

8.00 mlm


Amor Rizan & Michael Ang gamatkan 'Berselindung Di Sebalik Kaabah'




Nantikan kemunculan sebuah karya yang bakal mencetuskan kontroversi..
sebuah paparan kisah seorang perempuan bertudung yang bermulut jahat..
Inspirasi dari kisah benar...

Akan datang Julai 2011 di Astro Prima..

Karya : Amor Rizan
Arahan Bersama : Amor Rizan & Michael Ang