Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 20 Julai 2011

'Dewi' dan 'Ketika Cinta Bertasbih' hiasi Sinentron Terbaik di 'Astro Bintang'

Julai ini Indo Pek menghidangkan sinentron terbaik dari Indonesia - 'Dewi' dan 'Ketika Cinta Bertasbih'. Kedua-dua sinentron ini kini ditayangkan di Bintang 141, Astro. Dipancarkan secara percuma hingga 14 Ogos 2011, Astro menyajikan hiburan terbaik tanpa batasan 24 jam sepenuhnya dari Indonesia. Bagi anda penggemar hiburan ( drama, muzik, filem dan gossip) dari Indonesia, apa kata turn on 141 bintang dan 142 pelangi.. Selepas 15 Ogos 2011, kedua-dua saluran ini akan mengenakan caj langganan RM 12.00 bagi anda yang mahu melanggan saluran Indo Pek ini. Bagi anda yang tak mahu, tak mengapa..


'Dewi' sinentron 120 episod ini, kini ditayangkan di 141 bintang. Mengisahkan Sita dan Dewi dua beradik kembar yang terpisah sejak kecil. Dewi dan Sita tidak mengetahui mereka adalah pasangan kembar. Suatu ketika, Sita meninggal dunia apabila mahu dijodohkan dengan Andre, lakonan Baim Wong. Kematian Sita mengejutkan Andre sehingga menemukannya dengan Dewi, seorang gadis seiras Sita. Pertemuan mereka menimbulkan satu rasa apabila Andre sudah jatuh cinta dengan Dewi. Pertemuan mereka direstui ibu dan nenek Andre, tetapi tidak bagi Satria dan ibunya. Pelbagai konflik menggemparkan akan terjadi. Apakah yang berlaku seterusnya?. Pastikan anda menonton Dewi di 141 bintang. ( sila semak jadual tayangan di Info 141 bintang okay!).

Nota:-

  • Sinentron ini mempunyai 120 episod. Jika produksi Malaysia menghasilkan drama bersiri berdurasi sejam setiap episod ( 120 episod), maka penulis skripnya akan menerima RM 1,500 per episod x 120 episod = jumlah skrip yang dibayar adalah RM 180,000.00. Wow!! Persoalannya, apakah Stesen TV boleh membayar sejumlah itu pada produksi yang menghasilkannya!. Itu baru kos skrip, tak termasuk fee director, pelakon, krew dan macam-macam. Anda berani?. Jom kita buat! hehehe


Diadaptasikan dari sebuah novel dan filemnya, 'Sinentron Ketika Cinta Bertasbih : Special Ramadan' - 56 episod ini, kini mula berputar di 141 Bintang. Ia merupakan kesinambungan kisah Ustaz Khaerul Azam dan Ustazah Anna dalam membangun Pesantren Darul Quran yang terletak di Desa Wagen, Jawa Tengah, Indonesia. Pelbagai kisah menarik, lantas menimbulkan konflik kekeluargaan, agama dan masyarakat terkandung dalam sebuah kisah yang tentunya menyentuh jiwa dan perasaan anda. Bagi anda yang sudah menonton versi filemnya, apa kata tontonlah drama bersiri ini.. yang kian rancak di 141 bintang - menerusi pakej Indo Pek yang beputar secara percuma sekarang hingga 14 Ogos 2011. ( jadual siaran, sila semak info 141 bintang)

Nota:-

  • Sinentron ini mempunyai 56 episod. Jika produksi Malaysia menghasilkan drama bersiri berdurasi sejam setiap episod (56 episod), maka penulis skripnya akan menerima RM 1,500 per episod x 56 episod = jumlah skrip yang dibayar adalah RM 84,000.00. Wow!! Itu baru kos skrip, tak termasuk fee director, pelakon, krew dan macam-macam. Aku rasa macam nak buat drama siri yang banyak episod macam ni. Apakah ada stesen tv mahu menyiarkannya?. Tepuk dada tanya selera.
Oh ya, drama siri 13 episod tulisan aku, 'Amelia Amnesia', khabarnya dah habis penggambaran dan kini dalam proses suntingan pos produksi. Ia akan ditayangkan di RTM ( tak tau TV1 atau TV2) mulai Ramadan ini, khabarnya. Kalau dah nak keluar tu, aku akan inform korang ya...


Apa yang pasti, aku sudah jatuh cinta dengan Indo Pek ini yang nyata sebuah saluran air mata dan filem terbaik! wow!.. Kalau anda tak suka, aku tak boleh nak buat ape okay!

0 comments :