

Perspektif Berita dan Hiburan Semasa
Persembahan Dayang diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuktikan kemampuan Dayang membawakan seleksi lagu klasik melayu tampak elegan dan mewah.
Alami pengalaman penontonan baharu melalui Family Feud Malaysia di Astro yang diadaptasikan dari sebuah program tv terkenal luar negara.
Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.
Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.
Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.
Tayangan Filem Jepun Hujung Minggu
Tayangan Filem Jepun hujung minggu kembali menayangkan filem "The Battery - Future In Our Hands" pada 10 September 2011, bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, Filem ini diarahkan oleh Yojiro Takita dan akan ditayangkan selama 119 minit. Tayangan ini dijangka bermula pada jam 2.30 petang dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Masuk adalah percuma.
Tarikh | 10 September 2011 (Sabtu) |
Masa | 2.30 petang |
Tempat | Pawagam Mini P.Ramlee, Finas |
Filem | The Battery - Future In Our Hands |
SEDAR akan tanggungjawab yang perlu digalas untuk menarik golongan belia menjauhi gejala negatif, Berjaya Corporation Bhd. (Berjaya) menganjurkan Pertandingan Filem Pendek Belia Berjaya.
Pertandingan yang terbuka kepada remaja berusia 18 hingga 25 tahun itu adalah langkah yang diambil oleh Berjaya dalam usaha mendekati golongan belia.
Tiga penerbit filem dipilih untuk menjadi juri pertandingan yang bermula sejak 27 Julai dan berakhir pada 8 Ogos, iaitu Afdlin Shauki, Ah Niu dan Gayatri Pillai. Mereka akan memilih 10 filem pendek terbaik sebelum dibuka kepada undian orang ramai.
Menurut Afdlin Shauki, usaha Berjaya ini adalah cara terbaik untuk mendekati remaja, kerana hari ini mereka lebih tertarik dengan dunia filem.
"Ini adalah peluang untuk mereka mencuba nasib bagi memulakan karier dalam industri filem tanah air," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Afdlin juga menegaskan penilaian yang dilakukan tidak dipengaruhi oleh jenis peralatan yang digunakan dalam menghasilkan filem pendek yang ingin dihantar.
"Mereka boleh menggunakan apa sahaja jenis perakam video termasuklah kamera dan telefon bimbit kerana itu tidak diambil kira.
"Apa yang penting kita mahukan video yang dihantar mempunyai jalan cerita yang baik dan mesej sampai kepada penonton," jelasnya.
Sementara itu, Pengurus Besar Kanan, Berjaya, Judy Tan berkata, tujuan pertandingan itu adalah untuk menarik golongan remaja melakukan sesuatu yang positif.
Katanya, melalui pertandingan itu juga golongan belia boleh berkongsi apa yang berada difikiran mereka bersama dengan masyarakat melalui visual.
"Kita sedar, golongan remaja hari ini lebih tertarik dengan visual sebab itu kami rasa cara ini adalah yang terbaik untuk mendekati mereka.
"Kita mahu hari-hari mereka dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah agar usia muda mereka tidak dibazirkan begitu sahaja," katanya.
Menyentuh mengenai pertandingan itu, Judy berkata, setiap jalan cerita yang ingin ditonjolkan mestilah mendukung salah satu daripada tiga tema yang telah ditetapkan.
"Kita tidak kisah genre apa yang ingin ditonjolkan asalkan cerita mereka itu berlandaskan salah satu daripada tema kami iaitu Inspirasi, Perubahan dan Cintai Bumi.
"Bagaimanapun panjang filem berkenaan mestilah tidak lebih daripada lima minit dan dimuat naik ke laman sesawang www.berjayayouth.com.
"Setiap filem yang dihantar akan dinilai oleh panel juri dan mereka akan memilih 10 yang terbaik dan pemenang akan pilih menerusi sistem undian.
"Sepuluh filem terbaik itu kemudian akan dimuat naik semula ke laman sesawang berkenaan dan dibuka untuk diundi," jelasnya.
Pertandingan yang julung kali dianjurkan oleh Berjaya itu menawarkan hadiah utama wang tunai berjumlah RM40,000 dan sebuah kamera Canon 5D MKII bernilai RM8,099.
Sebuah drama yang diinspirasi dari Kisah Nabi Yusuf. Di mana lokasi akan dilakukan di Malaysia dan Acheh, Indonesia. Seorang gadis bernama Mustika seorang pelajar di Universiti Islam Malaysia yang cantik dan sosial. Dia sememangnya tidak berminat belajar disitu apatah lagi terpaksa untuk memakai tudung. Dia sering ditegur kerana pemakaiannya yang melanggar etika University. Satu hari Mustika telah di pilih oleh pihak Universiti untuk dihantar membuat tesis semesta akhir mengenai pembagunan manusia di Acheh dan menetap di kampung Cot, Meulaboh Acheh selama 3 bulan. Di kampung itu tinggalnya seorang jejaka tampan bernama Wali Hanafi bersama ayahnya, yang bertugas sebagai ustaz di sebuah pesantrean. Berbagai peristiwa yang menarik berlaku sepanjang berada disana yang membuatkan secara tidak langsung Mustika mula berubah dan tanpa disedari dia juga mula menyukai Wali.
Kontroversi iklan Ramadan 8TV yang memaparkan ‘ketiak’ seorang wanita Cina reda kerana didakwa berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa, iklan Ramadan TV9 pula dipertikaikan
Kali ini, Pemuda PAS Selangor mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.
“Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,” kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (kiri) yang dipetik Harakahdaily.
Katanya, pemuda PAS sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam Islam.
Iklan berkenaan mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur.
Pada penghujung iklan itu memaparkan bahawa si lelaki yang juga DJ Hot fm, AG tidak sempat bersahur kerana azan subuh telah berkumandang. Manakala jiran perempuan itu pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana yakin si lelaki itu tidak sempat bersahur.
“Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah,” kata Hasbullah.
Menurut beliau, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah SAW bahawa terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.
Katanya, sedangkan dalam Islam, jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.
Sehubungan itu, pemuda PAS, mendesak TV9 supaya menarik balik tayangan iklan berkenaan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.