Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 26 Ogos 2011

Bebas Tuduhan Khalwat : Raja Azmi akan saman 3 individu penting!


Selepas keputusan rasmi dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengenai tuduhan khalwat ke atas Raja Azmi dan Roslin Hashim dibebaskan, penerbit kontroversi itu telah mendedahkan kepada media antara 3 individu yang merancang konspirasi tersebut. Mereka di antaranya bekas isteri Roslin Hashim, pengarah filem terkenal dan seorang lagi individu berpangkat Datuk. Ketiga-tiga individu ini bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana memfitnahnya.

Raja Azmi ketika ditemui semasa Majlis Kesyukuran dan Berbuka Puasa di Hotel Concorde, Kuala Lumpur baru-baru ini bertegas mahu menyaman ketiga-tiga individu tersebut. Pendedahan Raja Azmi secara eklusif itu bagi membersihkan namanya sekaligus membuka cerita belakang di sebalik konspirasi mereka yang terlibat.

Moga Kes Raja Azmi ini akan menemui jalan penyelesaiannya dan pada mereka yang melakarkan cerita di laman-laman sosial juga akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Saya tidak berdendam dengan sesiapa dan jika dia sedia tampil mengakui segala perbuatannya, saya sedia memaafkan namun permohonan menarik balik artikel yang disiarkan di internet tetap saya teruskan". - Raja Azmi Raja Sulaiman, Penerbit filem

p/s: Habislah kau!

0 comments :