Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 3 Ogos 2011

Dari Sudut Karyawan Muda: 5 Best Short Film by Syafiq Yusof

'Siapa Syafiq?. Boleh ke dia mengarahkan filem cereka?', itulah persoalan yang acapkali aku dengar apabila Skop Production, milik penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam mengumumkan anak terunanya, Syafiq Yusof bakal menduduki kerusi pengarah pada usia muda. Lagipun filem pertama arahannya 'Saya Amat Menyintaimu' bakal menguji kecekalannya sebagai seorang pembikin filem muda di Malaysia. Filem yang menelan kos RM 1.2 juta itu kini dalam proses penggambaran di sekitar Kuala Lumpur. Bagi anda yang tak tahu tu, Syafiq pernah mengarahkan beberapa siri Gerak Khas di RTM dan juga mengarahkan beberapa filem pendek, yang nyata membuktikan kebolehannya dalam industri filem tempatan.

Saya percaya, Syafiq boleh.. Kalau anda was was tu.. apa kata saya sajikan 5 filem pendek terbaik dari Syafiq Yusof sebelum beliau diberi kepercayaan bapanya untuk mengarahkan filem cereka. Ayuh..

Along by Syafiq

Sakit by Syafiq

Hantu Tak De Kepala by Syafiq

Lorong by Syafiq

Abangku Gengster

jika anda mahu menonton lebih banyak video koleksi Syafiq Yusof, sila klik sini

0 comments :