Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 8 Ogos 2011

Di Sebalik Realiti Kehidupan.. tentu ada yang 'Berselindung Di Sebalik Kaabah'!

'Berselindung Di Sebalik Kaabah'..

Apa ada pada seorang wanita yang bertudung?. Apakah mereka mempunyai perilaku yang baik dari sudut dalaman berbanding luaran?. Adakah mereka benar-benar jujur dan ikhlas dalam melaksanakan segala tanggung jawab yang diamanahkan Allah S.W.T? dan ingatlah sesungguhnya mereka yang terpuji sifatnya tergolong dikalangan mereka yang disayangi Allah dan rasulnya. Tetapi, bagi mereka yang menyalahgunakan sifat luarannya, adalah mereka yang amat rugi di dunia dan di akhirat. Bertepatan dengan konsep Ramadhan, pengarah dan penulis skrip, Amor Rizan bersama Michael Ang menyajikan sebuah cerita yang tentunya menyusuk perasaan menerusi 'Berselindung Di Sebalik Kaabah'. Ditayangkan di Astro Prima bermula 7 Ogos 2011, dan ulangannya sebentar tadi ( Isnin , 8 Ogos 2011 ; 8 malam) , 'Berselindung Di Sebalik Kaabah' memaparkan pergolakan hidup Rina ( Zarina AF) yang dibesarkan tanpa kasih sayang ibu bapa - lantaran menggunakan islam dan tudungnya sebagai senjata utama dalam menyusun kata ; untuk menjatuhkan mereka yang rapat dengannya.

Paparan realiti kehidupan cuba ditonjolkan Amor Rizan menerusi karektor Rina ; di mana beliau menggunakan wajah dan sifatnya untuk mengaburi mata masyarakat , sebaliknya dalam diam terkandung sifat kejahatan yang maha dasyat. Dalam perkara ini, Amor cuba ingin menjelaskan sesuatu kepada penonton terutamanya masyarakat beragama islam, bahawa dalam kehidupan ini, tiada yang sempurna melainkan Allah S.W.T ; tuhan semesta alam. Gambaran watak Rina sememangnya ada dalam kelompok masyarakat kita, cuma bagi mereka yang sedar atau tidak akan tahu bagaimana kelompok ini meneruskan legasinya.

Karya Amor ini mengingatkan saya kepada mesej yang terkandung dalam filem-filem hebat Allahyarham Yasmin Ahmad. Mungkin caranya berbeza tetapi pendekatan mereka cuma satu iaitu 'ingin memberitahu, ingin berkongsi cerita dan ingin meluahkan rasa hati' supaya apa yang terbuku dapat dilontarkan. Justeru, Amor Rizan antara pengarah kreatif yang seringkali saya tunggu karya barunya begitu juga dengan Michael Ang'. Di harapkan kita dapat berkerjasama satu hari nanti..

Wallahuallam..

Ingat.. Jangan berselindung disebalik kaabah, kerana setiap apa yang kita lakukan mempunyai ceritanya yang tersendiri. Salam Ramadhan buat semua pembaca dan pelayar blog amy ini..

yeaaah


Dibarisi Zarina Zainoordin, Izreen Azminda, Fir, Didie Alias, Eizlan Yusof dan ramai lagi..
Bagi yang terlepas menonton, sila semak info di Astro anda.. atau tanya rakan anda yang ada PVR Astro Beyond.. barangkali mereka record. hehe