Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Sabtu, 6 Ogos 2011

Iklan Ramadhan 8TV diharamkan!

Iklan Ramadhan terbitan Media Prima yang disiarkan di saluran 8TV telah ditarik balik siarannya setelah mencetuskan kontroversi. Iklan yang membabitkan pelakon berbangsa Cina mengunjungi Bazar Ramadhan itu dalam 4 version, telah diharamkan dari disiarkan di saluran tersebut. Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, iklan 8TV ini seolah-olah prejudis kepada bangsa Cina kerana visualnya menampakkan keburukkan orang cina yang digambarkan tidak menghormati Ramadhan apabila dikaitkan tidak menutup aurat, membuat bising dan sebagainya.


Dari iklan ini, saya dapat simpulkan kepada 3 perkara:-

  • Ia cuba mengajar penonton Malaysia supaya menghormati etika ketika berada di bazar Ramadhan. Fokusnya tidak wajar diberi kepada bangsa Cina kerana bangsa kita (melayu) pun ada yang tidak menghormati Ramadhan apatah lagi mengunjungi Bazar Ramadhan.
  • Plot yang memaparkan bangsa Cina melalui karektor perempuan cina itu agak keterlaluan kerana dari pemerhatian saya, mana mungkin orang cina berperilaku sedemikian ketika di bazar Ramadhan. Ia idea yang agak biasa dan tidak perlu dikontroversikan.
  • Istilah menutup aurat tidak harus difokuskan kepada bangsa cina, kerana bangsa melayu terutama anak gadis remaja, masih menayang susuk tubuh mereka kepada masyarakat khususnya apabila ke pasar malam atau apa jua pasar yang ada. Jadi, tepuk dada tanya selera,
Apabila artikel ini ditulis, saya juga dimaklumkan ada lagi satu iklan Ramadhan terbitan sebuah produksi yang disiarkan di salah satu lagi saluran Media Prima juga dikontroversikan oleh pihak pembangkang. Apa iklan tersebut?. Tunggu saya akan update secepat mungkin!.



p/s: Salam Ramadhan. Nampak gayanya, iklan raya kami pun tak tahu nak buat ke tak! sebab kalau buat pun bukan dihargaipun! yang poyonya ada satu mat poyo kat opis gue! Di tahu nak goyang kaki nak duit! hehehhe