Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Isnin, 15 Ogos 2011

'Kasihnya Dia'.. Buffet Istimewa Ramadhan 1432H

Semalam, amy dan teman amy, Muazzim plan la untuk berbuka puasa dengan menu yang berbeza dari hari-hari sebelumnya. Rasa dah bosan dengan juadah berbuka di Bazar Ramadhan, maka kite orang pun masuklah ke Secret Recipe, yang terletak di Ampang, Selangor. Kalau orang lain mesti pilih berbuka di KLCC, Mid Valley, Curve Damansara dan sekitar KL, tetapi kite orang pilih yang berdekatan dengan apartment kite orang. Ye lah, nanti tak sempat la pulak nak solat maghrib la ye. Sebab, rata-rata pusat membeli belah atau restoran tengah-tengah KL, susah nak menyelusuri jalan apatah lagi kesibukan kota, lantas akhirat dilupakan, duniawi menjadi pilihan.
Oh ya, menu istimewa yang menjadi pilihan kami ialah, 'Kasihnya Dia' , buffet istimewa Ramadan 1432H untuk Amy Ikram khususnya. Buffet ini untuk dua orang, dan boleh dipesan di Secret Recipe seluruh Malaysia. Hahaa. Tapi, korang jangan la sebut nama menu ini, sebab menu ni namanya, amy yang bagi, dan ia tidak terdapat dalam mana-mana senarai menu yang ada.

'Kasihnya Dia', menu dari Secret Recipe ( nama diberi oleh amy) sebab ye lah dua orang yang makan. Menu pilihan kami ialah Nasi Goreng Thai Style With Tomyam Soup, Nasi Goreng Thai With Satay, Kek, Ice Lemon Tea dan Cold Chocolate ( menu air lupa nama). Istimewanya, menu yang disediakan di Secret Recipe juga mengandungi Set Kurma dan Set Air Sirap.
Nak tau berapa harganya untuk dua orang makan?. Cer teka Cer teka.. hehhe. Harganya sangat berbaloi untuk dua pasangan kekasih makan ialah RM 53.70.. hehehe. Kalau korang nak tambah menu lain lagi, maka bertambahlah harganya. Ok lah ye.. yang dok plan tak tau nak makan apa hari ini, amy cadangkan pergi lah Secret Recipe berdekatan dan cuba menu ini, tentunya anda menjilat jari.. Yeaah..

p/s: Oh ya.. mesti korang tanya kenapa amy selalu update kepelbagaian cerita ; bukan lagi tertumpu kepada elemen hiburan, ulasan filem dan gossip semata-mata, kerana blog amy ini amy yang punya.. Jadi amy punya sukalah.. hehehe

Salam Ramadhan.. Jangan lupa solat..
Dan malam ini, malam ke 16 Solat Terawih, jadi pahalanya amat besar: Pahala terawih malam ini ialah:-

'Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan di masukkan ke dalam syurga'.