Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 7 Ogos 2011

Lagi Iklan Ramadan Cetus Kontroversi....

Apa kontroversinya iklan ini?. Amy pun tak fahamlah sebab kekadang ini orang-orang kite suka menimbulkan kontroversi. Sesuatu perkara akan menjadi kontroversi apabila orang disekeliling kita suka menimbulkannya. Nak kata ada adegan lucah atau adegan separuh bogel, tak nampak pun. Cuma jalan ceritanya divisualkan agak komedi. Dari pemerhatian Amy berulang kali, tak ade pun satu isu, melainkan isu bangun sahur dan berbelanja ketika waktu berbuka. Barangkali mereka diluar sana cuba menjadikan iklan ini satu perhatian sebab ye la kan.. kalau dah tak de kerja tu.. buat-buatlah ada kerja. Kerjanya, wujudkan satu isu supaya ia diperbincangkan dan semua orang dalam sesuatu parti itu dapat bersuara, maknanya mereka ada la kerja yang kita nampak aktif selalu.

Tak salah bro kalau itu dijadikan isu sebab kita bebas bersuara dan sesiapa jua berhak menimbulkannya. Apa yang pasti Amy no komen atas penyiaran iklan ini yang khabarnya diterbitkan produksi TV9 yang telah dipancarkan di saluran TV9 tersebut. Oh ya, dalam memperkatakan kepanasan isu ini, Amy sajikan petikan kata dari sebuah parti pembangkang yang tidak puas hati dengan iklan ini. Jommm.


Dibawah ini petikan dari Pemuda Pas Selangor :-
Kontroversi iklan Ramadan 8TV yang memaparkan ‘ketiak’ seorang wanita Cina reda kerana didakwa berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa, iklan Ramadan TV9 pula dipertikaikan
Kali ini, Pemuda PAS Selangor mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.
“Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,” kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (kiri) yang dipetik Harakahdaily.
Katanya, pemuda PAS sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam Islam.
Iklan berkenaan mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur.
Pada penghujung iklan itu memaparkan bahawa si lelaki yang juga DJ Hot fm, AG tidak sempat bersahur kerana azan subuh telah berkumandang. Manakala jiran perempuan itu pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana yakin si lelaki itu tidak sempat bersahur.
“Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah,” kata Hasbullah.
Menurut beliau, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah SAW bahawa terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.
Katanya, sedangkan dalam Islam, jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.
Sehubungan itu, pemuda PAS, mendesak TV9 supaya menarik balik tayangan iklan berkenaan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Bagi yang terpinga-pinga iklan mana satu yang dikatakan cuba dikontroversikan.. Nah Amy sajikan kepada anda buat tatapan semua pelayar blog picisan amy ini.. hehehehe




so.. amy nak tanya.. apa komen korang plak?. sama-sama kite bincang okay!

7 comments :

bgi aku.. iklan nie ok je...
kadang2 rakyat msia nie xsuke terima kenyataan yg sebenar... semuanya nk yang indah2 n baik2 belaka... padahal realti benda2 begini berlaku... hurmm.....

bagi saya iklan ini tak ada apa masalah, disampaikan dengan sinis unruk mereka yang berlebihan sehingga lupa pada apa yang sepatutnya mereka lakukan. mungkin gelojak politik semasa menafikan hak iklan ini. sekadar pandangan. salam ramadhan dari Chekgu Azam.

iklan ni nampaknya lebih kepada teladan.. Ia menunjukkan sikap yang x elok yang selalu diamalkan oleh masyarakat. teguran yang dibuat secara sinis itu mampu membuat kita tersedar.. bagi saya iklan raya bapa dan anak india itu yang terbaik tahun lepas.. harap tahun ini akan ada iklan yang sehebat iklan raya itu.. amin.

Iklan anak dan bapa india tue ye?. Insya allah klau directornya mahu bikin lagi la. Ape2 pun sume iklan yg dihasilkan adalah fokus pd realiti kehidupan masyarakat kita. Kenapa kite mahu menidaknya?. Tlg la org2 pas ni dr dok komplen baik baca al quran ado faedahnya!.

Selamat berpuasa.

p/s: mengharapkan ada iklan raya petronas dan iklan raya sentuhan dell. Huhu

Saya rase ikalan berakhir dengan mereka bermaaf maafan dihari raya..n iklan ney memerli sebenarnya..bukan disengajakan...mereka2 yg x pueh ati mengkontroversikan nya///