Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 4 Ogos 2011

My Lovely.. Mac Book Air! Tq my producer!

Especially, aku nak ucapkan 'Tq to my lovely producer, yang sudi belikan aku 'Mac Book Air' ni.. Ada cash nanti aku bayar balik ok! sebab aku tak nak menerima pemberian ini sebagai hadiah sebab tak elokkan. Ye la, kita kalau inginkan sesuatu mesti berusaha melainkan jika itu hadiah 'birthday' ke 'ulangtahun perkahwinan' ke atau sebagainya yang menggembirakan hati. Tetapi, jika ia datang dengan kelulusan dari hati yang sememangnya ikhlas, bermakna aku amat menghargainya. Justeru, berusahalah jika mahukan sesuatu yang berharga, bukannya tersenyum atas kesusahan dari pemikiran orang lain. Oh ya, kalau ada yang tanya 'siapa producer yang belikan mac book ni kat aku?. Aku takkan jawab sebab ia adalah terlalu peribadi, bukannya untuk dikongsi satu Malaysia. Tak gitu?.

Bila sebut projek.. projek dan projek, boleh dikatakan terlalu banyak tugasan skrip yang perlu aku laksanakan jika mahu menjadi orang yang berjaya. Dari Drama Siri, Telemovie sampailah ke skrip filem pertama aku, 'Comolot The Movie' belum disiapkan lagi. Alhamdulilah, cubaan pertama aku untuk menulis skrip 13 episod bertajuk 'Amelia Amnesia', untuk siaran RTM dah pun lama siap. Penggambarannya aku tak tahu mana production yang buat, sebab aku hanya menjual skrip dan dapat payment. Kata mereka, siaran drama yang aku tulis ini dalam bulan Ogos 2011, akan ditayangkan. Tapi tak ade pun. May be bulan depan kot! hehehe.

Tak suka buat..

Oh ya, satu benda yang aku tak suka buat ialah , 'membetulkan skrip orang lain @ projek orang lain, demi kepentingan individu lain'. Aku pun tak faham kenapa aku kena betulkan ayat keseluruhan satu promo dari syarikat luar ni. Aku bukannya berkira, tetapi jika itu skrip yang aku ubah, maknanya payment mesti bayar kat aku ; bukannya syarikat tue atau individu lain yang hanya tau duduk atas kerusi, tiba-tiba aje dapat payment. Bukankah itu rasuah yang hukumnya haram dalam agama islam.

Persoalan yang ingin aku bangkitkan di sini ialah soal kreativiti. Jika anda bekerja di sektor kerajaan dan hanya di bayar gaji minimum RM 2,500 sahaja. Dan tiba-tiba anda kena buat grafik, skrip, pengarahan, kameraman, dan editing. Apakah wajar anda dibayar gaji sebanyak itu?. Dalam slip tawaran kerja, tidak dinyatakan tugas sebegitu. Melainkan anda memperoleh elaun penggambaran, pengarahan, suntingan dan sebagainya. Tetapi, yang aku tak boleh nak terima pendapat mengatakan 'kan kau dah dapat gaji.. buat je lah!'. Ayo!! jadi kalau macam tue.. kenapa kau sendiri yang tak buat kerja kite orang nie..', keluh salah seorang rakan kerja padaku baru-baru ini. Apa yang boleh aku kongsi di sini ialah 'Hargailah kreativiti orang lain, kerana kreativiti itu amat berharga dan bukan semua orang mempunyai kreativiti sebegitu'.

Seperkara lagi ialah soal suap menyuap!.. Ini selalu berlaku dalam mana-mana Jabatan Kerajaan atau Swasta. Persoalan ini cuba diuraikan oleh seorang teman produksi pada saya, 'betulke kalau nak hantar proposal atau projek perlu bagi sikit percent pada producer besar yang nak lulus!'. Itu aku no komen sebab masing-masing pernah melakukannya dan ada yang duduk sahaja, dan menerima suapannya berbanding dari individu yang bertungkus lumus melakukan sesuatu tetapi tidak dihargai.

Wallahuallam.

p/s: Selamat Menunaikan Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan 1432H

0 comments :