Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 1 Ogos 2011

Tangisan Ramadan 1432H

Ramadan
Satu bulan penuh keberkatan
Ketibaannya ditangisi kegembiraan
Kehidupannya berpaksikan kebenaran
Janjinya menuntut satu pengorbanan

Ramadan
Ganjarannya seluas tujuh lautan
Dalamnya tidak terbilang iman
Wanginya bak kasturi syurga idaman
Dicintai dan dihargai bagi yang beriman

Ramadan
Usah dicemarinya
Cintailah ia sepenuh jiwa
seperti mencintai dan menyayangi orang yang kita cinta

Maka..
Ramadan yang mulia adalah Ramadan yang dihormati dan dilaksanakan dengan berpandukan hukum islam.

Salam Ramadan 1432 H..
dari Amy Ikram buat semua pembaca setia blog ini..

Alhamdulillah

Sambil - sambil kita berpuasa dan menikmati bulan Ramadan..
apa kata kita hayati sebuah lagu istimewa untuk anda dari kumpulan nasyid kegemaran saya..
RABBANI..

2 comments :

salam ramadhan buat semua rakan blogger di mana jua anda berada.. we all miss you! hehehe.

Puasa jangan tinggal k