Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Khamis, 1 September 2011

Menyaingi Kutipan Filem Transformer 3,'Hantu Bonceng' Ahmad Idham meletup di pawagam!

Filem terbitan Excellent Pictures, Hantu Bonceng melakar sejarah tersendiri apabila sambutan peminat untuk hari pembukaan, mengatasi sambutan filem aksi Hollywood, Transformers 3, dengan jumlah belian tiket keseluruhan mengatasi 95 peratus di beberapa lokasi seperti di Mesra Mall, Kerteh dan Tebrau City, Johor Bahru juga beberapa lokasi lain seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Hantu Bonceng yang diarahkan oleh Ahmad Idham dan dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie dan Tai, ditayangkan di 80 pawagam bermula 31 Ogos yang lalu, bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.


Bagi pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, dia sendiri cukup gembira dengan sambutan yang diterima. Jelas Ahmad Idham "Melalui tinjauan di beberapa lokasi di Lembah Kelang semalam, ada juga penonton yang kecewa kerana tiket untuk Hantu Bonceng sudah habis. Dari makluman pengurus panggung, di beberapa lokasi, tiket- tiket sudah habis di waktu petang, untuk tayangan sebelah malam. Jadi bagi peminat- peminat Hantu Bonceng, saya menasihati semoga membeli tiket lebih awal atau membuat tempahan secara dalam talian."

"Kejayaan ini juga harus dikongsi bersama penonton dan peminat Hantu Bonceng, juga kepada pihak media cetak, elektronik dan media baru yang sentiasa membantu dalam mempromosikan Hantu Bonceng di ruangan surat khabar, radio, televisyen, dalam talian juga di twitter," tambah Ahmad Idham lagi.

Melihat dari sambutan yang cukup mengalakkan, Idham ditanya apa formula yang digunakan dalam Hantu Bonceng, jawabnya, " Hantu Bonceng merupakan sebuah filem komedi ringan yang sesuai ditonton untuk seisi keluarga. Tidak boleh tidak, ianya sedikit sebanyak mampu mengeratkan perhubungan di kalangan mereka yang menonton. Kombinasi penonton juga menjadi faktor filem ini mendapat sambutan. Selain itu, ada beberapa mesej yang diselitkan untuk difikrkan. Jadi untuk sambutan Aidilfitri, ianya adalah sebuah karya yang mesti ditonton, dari mat rempit hinggalah pakcik makcik yang sudah berkeluarga."


Filem Hantu Bonceng sebuah karya komedi ringan yang sesuai untuk seisi keluarga berkisar mengenai kehidupan Amran ( lakonan Zizan Razak) yang sering dihantui hidupnya oleh roh Maya, bohsia yang mati akibat kemalangan, setelah di'menangi' Amran. Dia meminta pertolongan Kunyit ( Tai) untuk membantunya menyelesaikan masalah, apabila tunangnya, Halimaton ( Jue Aziz ) enggan memberi pertolongan. Namun, dalam keadaan itu, muncul pula Ayu ( Juliana Evans ) dalam perhubungan Amran dan Halimaton. Apa kesudahan kisah mereka, dan dapatkah Kunyit membantu menyelesaikan masalah Amran.

Hantu Bonceng mula ditayangkan pada 31 Ogos yang lalu untuk tempoh wajib tayang selama dua minggu di 80 panggung, serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei.

*membonceng dipawagam - bakal mengulangi kejayaan Adnan Sempit. Nantikan Ulasan Hantu Bonceng akan datang!*

2 comments :

Mungkin tidak ke panggung untuk cerita begini sbb banyak di kaca tv skrg..nanti sesuatu yg lebih segar dari Idham..(brainscan boleh tahan)..ape2 pon sy tggu astro first je..hahah~

*mewakili penonton tipikal malaysia..