Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Jumaat, 9 September 2011

Trailer 'Bara Jiwa' aka 'Taiko Jiwa' Osman Ali dibocorkan!

'Bara Jiwa', sebuah filem aksi arahan sutradara kontroversi, Osman Ali kini sudah dibocorkan dan diupload masuk ke laman youtube oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Trailer tersebut yang berdurasi 1 minit 59 saat itu merupakan rough cut di mana ia bukan trailer yang disahkan memandangkan terdapat beberapa adegan yang agak panas membabitkan pelakon Remy Ishak, Diana Danielle dan Bront Palare.


Khabarnya, produksi Nuansa Film Sdn Bhd kini dalam usaha untuk menjejak antara individu yang terbabit dalam membocorkan trailer Bara Jiwa tersebut. Difahamkan, trailer tersebut ditukar tajuk kepada 'Taiko Jiwa' dan tayangan filem tersebut akan menjengah pawagam tempatan pertengahan 2012.

p/s: Apa yang amy dapat simpulkan ; ini mesti kerja editor atau individu yang memiliki futej semasa sesi suntingan offline atau transfer futej. Apakah ia satu gimik bagi melariskan filem ini?. Amy cuba mendapatkan jawapan dari Osman Ali, untuk isu akan datang!.

Nantikan kehangatannya..

0 comments :