Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 29 September 2011

'Undilah' - Klip Video Pete Teo cetus kontroversi?

Assalamualaikum..


Isu yang makin panas sekarang ni ialah - klip video UNDILAH. Ia diterbitkan komposer filem, Pete Teo. Kata mereka diluar sana, klik sini 1 2 3 , klip ini menimbulkan polimek tersendiri dikalangan masyarakat Malaysia. Kononnya, ia menimbulkan isu anti kerajaan yang amat sensitif.. Patutlah.. sejak dua hari ini, aku diminta untuk mendapatkan nombor contact Pete Teo.. kononnya aku rapat dengan Yasmin Ahmad, maka no Pete Teo aku simpan.. Oh ya.. terus terang aku cakap no contact dia tak ada kat aku.. Pete Teo pun tak balas twitter aku.. hihi. arghh.. malaslah aku nak layan isu ini.. Kalau korang nak jugak no Pete Teo tue.. sendiri la cari..


Apa pendapat korang tentang Klip Video ini?. Aku tengok banyak kali.. tak ada pun apa-apa yang mengguris hati. Cuma isu tentang undi - rakyat mesti buat pilihan dengan tepat.. itu aje.. Bagi aku, ia simple je.. Kalau korang tak suka.. tak payah tengok. senang aje!.. okay!!..

p/s: tu sebab aku tak suka politik! sebab politikla Datuk PK tu jadi macam tu.. hihi sabor je lah

1 comments :

bagi saya tak ada masalah besar. ini satu pendekatan baru mengajak pemuda pemudi daftar untuk mengundi. tidak ada salahnya kan. erm saya juga masih mencari di manakah kontroversi?