Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Isnin, 31 Oktober 2011

Penjurian Festival Filem Malaysia ke 24 perlu telus!

Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 24, 2011 dijangkakan akan berlangsung dengan meriah pada November 2011 bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia. Pemilihan lokasi pada malam anugerah FFM 24, 2011 akan diumumkan dalam jangka masa terdekat. Penganjuran FFM 24 kali ini diterajui sepenuhnya oleh GAFIM dengan anggaran kos melebihi RM 2 juta ringgit. Oleh itu, harus diingat bahawa FFM 24 bukan dibawah FINAS lagi. FINAS cuma membantu dari segi kewangan , dan selebihnya GAFIM perlu mencari sponsor bagi merealisasikan FFM 24 ini dengan jayanya.

Penjurian bagi filem-filem yang bertanding di Malam Anugerah FFM 24 kini berlangsung di Pawagam Mini P.Ramlee FINAS. Penayangan filem dalam format 35mm kepada juri terpilih ; membantu mereka menilai semua aspek dalam sesebuah filem bagi mencari kualiti terbaik merangkumi sudut lakonan, sinematografi, plot penceritaan, teknikal dan sebagainya. Namun, untuk memilih antara yang terbaik, persoalannya ; siapakah juri yang dipertanggung jawabkan memilih filem yang bertanding di FFM 24?. Itu saya kurang pasti.. tetapi apa yang saya nampak juri FFM 24 kali ini dikalangan mereka yang terlibat dalam industri filem Malaysia sahaja. Apakah mereka benar-benar memilih filem tempatan terbaik dengan melihat kepada mise-on-scene dalam plot penceritaan, bukannya 'memilih filem yang juri suka tengok!'. Sekiranya FFM 24, jurinya memilih 'filem yang dia suka tengok' dan 'dia tak suka filem itu', barangkali filem yang berkualiti sukar dicari, tapi filem berkuantiti jutawan akan diangkat sebagai karya terbaik 2011! Percayalah.. jika ini tidak dikawal, industri filem Malaysia takkan ke mana.

Penjurian FFM 24 perlu telus dalam mencari Juri yang benar-benar faham dalam sesebuah filem, bukannya memilih mereka mengikut agenda politik atau kroni semata-mata. Pemilihan Juri perlu dibuat mengikut latar belakang mereka dalam dunia perfileman, misalnya FFM 24 boleh memilih juri dari festival filem luar, misalnya karyawan dari Indonesia, Thailand, Singapore atau sebagainya, dan barulah memilih salah seorang wakil dari Malaysia. Pemilihan ini penting bagi memilih Filem Malaysia terbaik dari segi content dan isi penceritaannya, agar ia adil bagi mencari filem kita terbaik dari kaca mata pembikin filem luar. Jika ini tidak dibuat, maka FFM 24 tiada kualiti dari segi pemilihan juri, walaupun juri kita tidak kurang hebatnya.. Namun sampai bilakah kita ingin melihat industri filem kita hanya bertapak sebelah kaki saja, bukannya kedua-dua kaki - bagi membawa filem kita ke persada dunia.

Justeru, walauapapun terjadi, kita inginkan yang terbaik dalam Festival Filem Malaysia. Maka semua pihak terlibat perlu memikirkan strategi bagi memperkukuhkan arena perfileman negara agar ia dapat berdiri sama-sama tinggi dengan industri filem dari luar negara..

Tepuk dada tanya selera.

p/s: kita tunggu dan lihat je lah ye. sabor je lah..

Isnin, 24 Oktober 2011

'Tayang Body , Tayang Lurah', Fenomena Majalah Hiburan Tempatan


Artis lelaki tayang body - paparkan keseksian sixpack mereka dan Artis Wanita separuh bogel - menampakkan susuk lurah mereka umpama satu fenomena yang tidak dapat dipisahkan dari dunia glamour. Populariti sebagai bintang seksi di majalah hiburan tempatan seolah-olah perkara yang dihalalkan dalam dunia seni tempatan. Paparan sebegini menjadi rebutan anak muda tidak kira lelaki ataupun perempuan, semata-mata mahu mencipta nama sebagai bintang rebutan beberapa produser tempatan tidak kira stesen tv, penerbit filem, editor majalah dan sebagainya.

Melibatkan diri dalam dunia glamour seringkali dipandang sinis masyarakat Malaysia beragama islam. Ada yang beranggapan menjadi artis mestilah berpakaian seksi, mendedahkan aurat, beraksi separuh lucah dan sebagainya. Ia bagaikan satu kehidupan golongan muda di ibu kota, tanpa menghiraukan dosa dan pahala ; semata-mata mahu menjadi bintang terkenal dengan cara mereka sendiri.

Kehidupan yang dipaparkan dalam kebanyakkan majalah hiburan tempatan sememangnya mempengaruhi cara hidup anak muda masa kini khususnya belasan tahun yang baru mengenal erti sebuah kehidupan. Mereka beranggapan tidak salah berpakaian seksi sedangkan ibu bapa mereka menyukainya ( mengenepikan soal hukum dan aurat yang diputuskan dalam kitab suci Al Qur'an). Tidak perlu saya perjelaskan ayat dan kandungan mana dalam Al-Qur'an mengatakan sebegitu (anda boleh mencarinya sendiri). Persoalan demi persoalan tentang kandungan majalah hiburan tempatan seringkali dipertikaikan banyak pihak. Ada yang beranggapan kandungan majalah hiburan perlu dikemaskinikan agar tidak dianggap separa lucah oleh kebanyakkan ahli akademik. Pandangan sebegitu perlu dipertimbangkan oleh semua pihak yang berkaitan, agar ia tidak disalah ertikan atau mengundang polimek yang pelbagai ragam dan maksudnya.

Fikir-Fikirkan..
Tepuk dada Tanya Selera..

satu hari nanti.. mesti kandungan majalah hiburan di Malaysia macam ini.. hehehe


p/s: Bagaimana pendapat anda berhubung isu ini?. Saya bukannya mempertikaikan tetapi saya mahukan kandungan majalah hiburan di Malaysia dikemaskinikan agar ia tidak dianggap majalah semi-porno oleh ahli akademik!. Wallahuallam.

Selasa, 18 Oktober 2011

Randy Pangalila & Elfira Loy - Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

1st draft trailer untuk telemovie arahan Michael Ang, 'Biar Mimpi Sampai Ke Bintang', lakonan Bintang Filem & Sinentron Indonesia, Randy Pangalila dan Pelakon Malaysia, Elfira Loy. Sebuah cerita romantik komedi yang menyentuh perasaan akan menemui anda tidak lama lagi hanya di Astro Ria..

Jom tonton 1st draft trailer..
Full Trailer akan diupdated secepat mungkin!


allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="400" height="245">

Jumaat, 14 Oktober 2011

Lambakkan Filem Seram : Skim Wajib Tayang FINAS perlu ambil perhatian..

'Lambakkan Filem Seram', bermaksud kuantiti filem yang bergenre seram menguasai pawagam tempatan dalam satu jangka masa tertentu ; ia memberi fokus kepada puluhan karya seram yang dihasilkan pembikin filem tempatan. Penghasilan pelbagai judul karya termasuk seram dalam industri perfileman tempatan, disebabkan kehendak pasaran yang memerlukan pelbagai genre filem untuk diketengahkan. Penayangan filem tempatan dipawagam diselaraskan melalui skim wajib tayang, dibawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Apabila dalam satu atau dua bulan, ada 4 buah filem seram ditayangkan sekaligus di pawagam, ia bukan salah penerbit atau pembikin filem tetapi proses penentuan sesebuah filem yang ditayangkan di pawagam ditentukan melalui barisan panel Skim Wajib Tayang.

Skim Wajib Tayang yang diperkenalkan Finas berkuatkuasa pada 2005, merupakan satu skim yang membolehkan sesebuah filem tempatan yang dihasilkan penerbit filem tempatan, ditayangkan dalam tempoh tertentu oleh pemamer. Penayangan ini bertujuan membantu karyawan filem tempatan menayangkan filem mereka secara wajib tanpa gangguan mana-mana pihak di beberapa lokasi pawagam seluruh Malaysia dalam jangkamasa 14 hari berturut-turut. Apabila isu Lambakkan Filem Seram menjadi perbualan panas, maka penyelarasan tarikh filem bagi setiap bulan oleh pihak wajib tayang, perlu dibuat bagi membolehkan semua genre filem ditayangkan secara adil agar tiada isu melibatkan naskhah filem tempatan dipersoalkan lagi.
Isu tarikh dan kesesuaian sesebuah filem memasuki pawagam tempatan perlu dibuat secara adil. Ini merujuk kepada pelbagai genre filem yang dihasilkan karyawan filem. Misalnya, dalam sebulan dan tiap-tiap bulan, Pihak Wajib Tayang melalui Skim Wajib Tayang perlulah menyelaraskan kuantiti filem mengikut genre. 'Romantik, Komedi, Seram dan Thriller', antara genre popular yang diketengahkan pembikin filem tempatan. Dalam soal ini, Skim Wajib Tayang boleh meletakkan setiap genre filem (kepelbagaian genre mengikut cerita) pada setiap bulan, agar isu 'lambakkan filem mengikut satu genre', tidak akan timbul. Misalnya untuk bulan Oktober, Skim Wajib Tayang boleh meletakkan filem Gerimis Mengundang ( love story), Al HIjab (Seram), Alamak Toyol ( Komedi) dan Upin Ipin ( Animasi). Jika kepelbagaian genre ini diutamakan, penerbit filem harus akur dan kemungkinan besar isu 'lambakkan' itu tidak akan timbul.

'Lambakkan satu genre' misalnya Seram dalam industri perfileman tempatan, bukan bermakna kita tiada genre lain untuk diketengahkan. Jika ada pun, mungkin penerbit tidak mahu bersaing dengan filem Box Office lain ( ada filem yang telah dipilih tarikhnya, tetapi penerbit menarik diri sebab isu persaingan). Kebanjiran filem luar negara antara penyebab saingan yang kuat bagi filem tempatan yang agak rendah tarikan penontonnya. Namun, dalam perkara ini, Skim Wajib Tayang perlu meneliti setiap naskhah yang dihantar penerbit untuk mendapat tarikh tayangan di pawagam, dengan menyelaraskan pelbagai genre agar apa jua isu tidak akan timbul, sekaligus menangkis tanggapan negatif yang boleh mewujudkan polimek dalam dunia hiburan dan filem tempatan.

'Hantu Kak Limah Balik Rumah, Khurafat, Seru, Al Hijab, dan Hantu Bonceng' antara genre seram yang mendapat pulangan tinggi apabila ditayangkan di pawagam. Kutipan yang agak memberangsangkan dari setiap genre yang diketengahkan, menandakan aras baru dalam pencapaian sektor perfileman negara. Penerimaan penonton menandakan keseluruhan pawagam dibanjiri dengan puluhan penonton sekaligus membuktikan karya seram tempatan masih relevan untuk dihasilkan. Apabila isu filem seram ditimbulkan oleh Tun Dr. Mahathir, kita tidak perlu melatah atau menuding jari menyalahkan sesiapa ; padahal kita boleh duduk berbincang, bekerjasama antara satu sama lain serta bertanyakan pada diri kita 'apa, kenapa dan mengapa'..

Jika dikatakan filem seram tempatan melahirkan bangsa Malaysia yang tidak produktif, saya sukar menerima pendapat sedemikian. Mengapa?. Sebabnya tidak semua karya seram itu memesongkan akidah ; ada yang dihasilkan bertujuan untuk kritikan postif ( Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan ada juga yang dibikin untuk hiburan, komedi dan sebagainya. Filem Seram tempatan banyak menunjukkan elemen kemelayuan berdasarkan cara hidup, agama dan budaya. Jika dibandingkan dengan genre yang lain, keaslian filem melayu itu tidak akan wujud. Perhatikan filem cinta - ia memaparkan elemen budaya barat yang jelas ketara pada setiap babak, walaupun mempunyai elemen islam pada plot penceritaannya. Namun, dalam perkara ini, saya tidak mahu membandingkan setiap genre yang dihasilkan dengan genre seram, tetapi apa yang penting ialah 'cara kita berfikir, menilai dan meletakkan sesuatu naskhah filem itu' agar diterima atau sebaliknya...

Justeru, tiada kata secantik bahasa melainkan perubahan kepada struktur tayangan oleh Skim Wajib Tayang. Mungkin untuk tahun 2012.. kita berubah meletakkan setiap genre pada setiap bulan.. agar semua karya boleh ditayangkan tanpa ada rasa prejudis.. Tepuk dada Tanya Selera..

Khamis, 13 Oktober 2011

Dapatkan 'Complimentary Ticket' - Latin American Film Festival 2011


Golden Screen Cinemas, Malaysia akan menganjurkan 'Latin American Film Festival 2011'. Memilih lokasi 1 Utama, Pavillion dan Mid Valley, Kuala Lumpur, Latin American Film Festival kali-10, 2011 akan menayangkan 12 buah filem terbaik dari pembikin filem antarabangsa. Di antara filem terpilih yang bakal ditayangkan di GSC Kuala Lumpur ; seperti berikut.

MOON OF AVELLANEDA
Language : Spanish
Genre: Comedy



**********
OSCAR NIEMEYER : LIFE IS BUT A BREATH
Language : Portugese
Genre : Documentary


**********
THE MYSTERY OF SAMBA
Language: Portugese
Genre : Documentary

**********
DAWSON ISLAND 10
Language : Spanish
Genre : Drama / Science Fiction

**********
A PAPER TIGER
Language: Spanish
Genre : Drama / Documentary


**********
OLD HOUSE
Language: Spanish
Genre : Drama


**********
WELCOME TO YOUR FAMILY
Language : Spanish
Genre : Documentary


**********
THE STUDENT
Language : Spanish
Genre : Comedy / Drama


**********
DOG IN THE MANGER
Language : Spanish
Genre : Comedy


**********
WHISKY
Language : Spanish
Genre : Comedy


**********
GIANT
Language : Spanish
Genre : Comedy


**********
OPEN AIR
Language : Spanish
Genre : Historical

Sebarang makluman atau info berkenaan Complimentary Tickets untuk program ini, sila klik di sini. atau boleh layari di sini

Rabu, 12 Oktober 2011

'Biar Mimpi Sampai Ke Bintang'.. Gandingan Mantap Randy Pangalila dan Elfira Loy

Randy Pangalila, pelakon popular Indonesia buat pertama kalinya beraksi dalam sebuah telemovie arahan Michael Ang. 'Biar Mimpi Sampai Ke Bintang', hasil karya Amor Rizan menemukan dua bintang terhangat masa kini, Elfira Loy dan Randy Pangalila. Ketika dihubungi, Michael Ang menjelaskan, 'Biar Mimpi Sampai Ke Bintang', merupakan karya remaja yang di kategorikan dalam 'mistaken identity comedy'.. Ini bermakna keseluruhan cerita dalam filem ini seakan filem Morte Carlo la ye kan?. Kalau saya tersilap, maafkanlah ye..

Nantikan trailer dan info menarik telemovie ini akan datang.

trailer monte carlo
(benarkah 'Biar Mimpi Sampai Ke Bintang' seakan filem ini?)



Selasa, 11 Oktober 2011

Young Filmmakers Forum 2011 & Just A Minute PSA

PROGRAM 1
Apa yang anda buat pada 20hb Oktober 2011?
Adakah anda seorang karyawan filem tempatan - karyawan muda yang bakal menyinari industri filem dan hiburan tempatan?
Apa kata luangkan masa anda untuk sama-sama memeriahkan aktiviti yang kami sediakan..

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Institut Kesenian Dan Kajian Media Malaysia ( Akademi Semesta), akan menganjurkan Young Filmmakers Forum pada 20hb Oktober 2011 ( Khamis), bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Forum yang bakal dihadiri beberapa tetamu istimewa dalam industri filem tempatan dan antarabangsa akan di adakan di Sound Stage Studio, Finas. Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan berhubung program ini, mohon hubungi Unit Latihan Finas, di talian 03-4131 2572 / 03-4104 1377 .

Penyertaan adalah PERCUMA..

Jangan lepaskan peluang keemasan ini..

p/s: macam best je.. hehehe

---------------------------------------------------------------------------------------------------

PROGRAM 2
'Just A Minute', merupakan pertandingan menghasilkan PSA ( Pesanan Khidmat Masyarakat) anjuran Primeworks Studio, Finas, Alt Media dan Majalah Campus Plus.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar di mana-mana institut pengajian tinggi Malaysia. Mereka akan diuji dengan tahap kreativiti mereka dalam menghasilkan mesej yang bermakna dan menarik perhatian masyarakat. Pemenang bagi pertandingan ini akan menerima sehingga RM 5000 dalam bentuk wang tunai dan peluang untuk PSA mereka untuk disiarkan dalam televisyen. Pertandingan ini telah dirancang untuk dijalankan setiap tahun, dengan itu menyediakan platform berterusan untuk mencungkil bakat kreatif daripada pemuda.

Dalam program ini, peserta dikehendaki untuk memilih tema yang mereka ingin pamerkan dan ia terhad kepada tempoh satu minit sahaja. Ini bermakna, tema haruslah mempunyai kesedaran sosial yang sangat tinggi. Penyertaan telah dibuka pada 30 September 2011 sehingga 17 Oktober 2011. Keputusan akhir dan muktamad dijadualkan akan diumumkan pada 12 November 2011. Semua pelajar dijemput untuk menunjukkan coretan kreatif mereka dan mengambil bahagian. Untuk maklumat lanjut atau untuk melengkapkan borang penyertaan, sila klik sini.

p/s: Ayuh...



Isnin, 10 Oktober 2011

'Cukup Rencah, banyak ramuannya', - Nasi Lemak 2.0


Bukan Isu Kontroversi

Mendengar sahaja nama Namewee, pasti anda di antara anda akan mencemuh, mengkritik apatah lagi menghentam hebat anak muda yang telah menimbulkan kontroversi menerusi video klip 'Negaraku' yang terangnya menghina masyarakat dan bangsa melayu di Malaysia. Selepas itu timbul pula isu kononnya Namewee memberontak apabila filem sulungya, Nasi Lemak 2.0 dihentam wartawan Utusan Malaysia yang melabelkan filem Nasi Lemak sebagai karya yang tidak perlu ditonton. Itu bukan masalah bagi saya, sebab soal kreativiti dan pembikinnya satu hal yang cukup berbeza. Jangan kaitkannya antara satu sama lain.

Cerita yang mudah

  • Nasi Lemak 2.0 menampilkan jalan cerita yang agak mudah - fokus kepada point Nasi Lemak 'antara harapan, impian dan cabaran'. Plot ini berkembang menjadi satu isu yang mewujudkan gambaran kehidupan yang berbeza cara hidup, citarasa dan impian.
  • Cerita berkisar tentang Hero Huang yang terlalu agresif mencari hala tuju hidup - fokus kepada elemen Nasi Lemak ; penyatuan kaum, budaya dan cara hidup. Elemen makanan ditampilkan dalam setiap babak bagi menggambarkan 'setiap makanan yang dihidangkan' mencerminkan peribadi seseorang manusia yang mempunyai pelbagai ragamnya'.
  • Penyatuan kaum dalam setiap gambaran kehidupan antara fokus utama penceritaan Nasi Lemak 2.0. Dalam perkara ini, Namewee memberi fokus kepada Nasi Lemak yang dijual Adibah Noor. Melaluinya, Namewee ( Hero Huang) mengembara ke setiap ceruk di seluruh Malaysia bagi mencari kekuatan resipi masakan Malaysia. Dalam pengembaraan itu, Hero Huang bertemu Baba dan Nyonya dan keluarga India ( lakonan Datuk David Arumugam) . Dalam pertemuan itu, Hero Huang mempelajari bahawa setiap ramuan mesti ada perencahnya.. maka ramuannya itu adalah kehidupan maka perencahnya adalah perpaduan rakyat Malaysia. Jadi kedua-dua elemen ini perlu bergabung bagi mewujudkankehidupan sejahtera, aman dan harmoni.
  • Isu pergolakan dalam pemberontakkan sememangnya tidak dapat lari daripada status Namewee, sutradara muzik dan pengarah video kontroversi. Elemen membuat rakaman dan memuat turun naik video yang dirakam ke laman youtube, sengaja ditimbulkan Namewee melalui watak Hero Huang - Perhatikan karektor pegawal keselamatan yang tidak membenarkan pergaduhan kaum dirakamkan. Jadi Namewee mengugut jika mereka tidak mahu berkerjasama, maka dia (Hero Huang) akan menyebarkan rakaman dan ketidakpuasan hati itu kepada umum. Ini merupakan satu kritikan positif kepada rakyat Malaysia khususnya berbilang kaum supaya menghormati antara satu sama lain, jika mahu mewujudkan negara Malaysia aman sejahtera.
  • Elemen muzik Cina, India, dan Melayu menjadi asas kekuatan kepada filem Nasi Lemak 2.0. Perhatikan setiap muzik antara babak dalam filem ini - ia cukup meyakinkan khalayak bahawa tanpa muzik, sesuatu kehidupan tidak dapat dibuktikan. Menariknya, setiap lagu (melalui video klip) sengaja dibuat seperti karaoke (ada subtitle chinese di bawah). Kenapa?. Sebabnya rakyat Malaysia suka berkaraoke. Jadi dalam persoalan ini, Namewee ingin menceritakan kepada khalayak bahawa Malaysia sebuah negara berbilang bangsa , - sesiapa jua perlu menghargai erti sebuah kehidupan.

Sinematografi & Lakonan

Dari sudut sinematografi dan lakonan, kredit perlu diberi kepada pengarah sinematografi, dan semua pelakon yang terlibat kerana tanpa mereka, mana mungkin Nasi Lemak 2.0 menjadi sebuah karya yang cukup membanggakan saya. Ini lah filem berjiwa Malaysia selepas filem Estet. Saya berani katakan, Nasi Lemak 2.0 antara filem terbaik selepas ... Dalam Botol. Tonton dengan jiwa terbuka, dan minda yang positif ; tentunya anda akan ketemui sesuatu di dalamnya.

Nasi Lemak 2.0 filem wajib tonton seluruh rakyat Malaysia. Anda akan tersenyum menyaksikannya.. Menghiburkan dan tidak rugi jika anda melanggan ASTRO FIRST - bagi yang belum menontonnya.


p/s: Nasi Lemak 2.0 juga dalam bentuk HD di Astro First. Ini Review aku bukan ulasan ye..

Ahad, 9 Oktober 2011

'Muzikal Broadway .. Muzikal The Secret Life Of Nora'!

Assalamualaikum..

Antara penyebab utama yang membuatkan aku tertarik untuk menonton teater muzikal 'The Secret Life Of Nora' ini adalah sebab klip muzik 'Siapa Dia', yang dinyanyikan Bintang Broadway Malaysia, Datin Seri Tiara Jacquelina. Lagu ciptaan Yusoff Rahman itu merupakan lagu asal yang dinyanyikan Zainab Majid, penyanyi wanita Malaysia era 60 / 70-an. Lagu ini juga pernah dinyanyikan Adibah Noor yang dimuatkan dalam Album Adibah Noor berjudul Teman, sekitar tahun 2009. Apabila diberi nafas baru oleh komposer Onn San dan Alfian Sa'at khususnya untuk muzikal 'The Secret Life Of Nora', 'Siapa Dia' nyata membuka dimensi baru dalam dunia muzik tempatan. Penyampaian Tiara menerusi Siapa Dia, menjadikan teater Nora ini antara khazanah berharga selepas filem hitam putih, Nora Zain - Agen Wanita 001, lakonan Saadiah, Sarimah, Aziz Jaafar dan Nordin Ahmad.
'The Secret Life Of Nora', adaptasi terkini era 2011 oleh Datin Seri Tiara Jacquelina, merupakan karya broadway cara Malaysia, tulisan Mamat Khalid. Teater yang menampilkan Tiara Jacquelina, Ryan Silverman, Adibah Noor, Aznil Hj Nawawi dan ramai lagi itu merupakan sebuah karya arahan Steven Dexter. Ia mengisahkan ... ( nak tahu sinopsis teater ini.. klik sini ) - anda boleh tahu teater ini berkisar tentang apa.

Walaupun ada di antara mereka mengatakan teater ini agak bosan ( ada part yang boring dan ada jugak part yang happy go lucky), tapi bagi saya teater ini cukup menghiburkan. Alunan muzik dan rentak melodi serta gaya persembahan muzikal 'The Secret Life Of Nora' ini sedikit sebanyak dipengaruhi teater broadway antarabangsa ( ye la pengarah dia kan pengarah teater Peter Pan, The King and I, The Sound Of Music, Fried Rice Paradise, dan banyak lagi). Penampilan Ryan Silverman, nyata meletakkan The Secret Life Of Nora, antara teater wajib tonton Oktober 2011.

Dari aspek Rekaan Busana, Pentas dan Lakonan, teater Nora ini menyajikan sebuah persembahan berwarna warni ( colour of paradise - gue yang kasi nama ini) dan ia cukup hebat, gah dan menarik. Tapi dari sudut isi kandungan dan plot penceritaan teater ini, agak mendatar ; tapi cukup menghiburkan. Kemunculan pelakon Adibah Noor, nyata menyuntik elemen humor pada sesetengah babak dalam teater Nora ini. Jika anda mahu tahu kesudahan teater ini, apa kata dapatkan tiket anda sekarang, sebelum ia kehabisan stok!.
Kiranya tak sia-sialah aku memiliki CD Soundrack ( Original Cast Recording) untuk teater The Secret Life Of Nora. CD ini hanya dijual dikaunter hadapan pintu masuk Panggung Sari, Istana Budaya. Sorry bro.. no burn my CD ( bagi yang hobinya suka copy & burn CD aku tue) - kalau nak beli ar.. faham?
Oh ya, kalian mesti nak tahu kenapa tetibe je aku nak tonton teater ini semalam, Sabtu 3.00 petang?. Jawapannya, aku dapat complimentary tix by Adibah Noor. Thank's give me gud seating beb! dekat stage hadapan ooo gue dapat!. Bagi anda yang aku tak jemput tu.. jangan la merajuk okay! Gue bukan taukeh panggung okay!. Gue datang only for limited seating. Insya-allah next time gua ajak lu pulak ya..
Bagi yang dok fikir berkali-kali samada nak ke tak tengok teater ini, pergi aje.. pedulikan komen orang sebab gue percaya only my eyes bukannya pendapat orang. Sebab lain orang lain la citarasa. Apa yang pasti, album soundrack teater ini memang hebat!..

Sabor je lah.. - gue curi tagline Mr Sabor Mr Azwan hehehe

'SIAPA DIA' - original perform by ZAINAB MAJID

SIAPA DIA - perform by ADIBAH NOOR

'SIAPA DIA' perform by Tiara Jacquelina for The Secret Life Of Nora

p/s: Don't miss it!

Jumaat, 7 Oktober 2011

Belanjawan 2012.. soal kenaikan gaji menjadi perbualan panas!. Isu Kerja bagi mereka yang kreatif!

Perbentangan Belanjawan 2012 akan diumumkan secara rasmi bermula 3.00 petang ini. Pengumuman khas akan dilakukan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Datuk Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak. Belanjawan 2012 boleh diikuti secara langsung, dengan 'klik di sini'.

Isu yang menjadi perbualan panas ketika ini ialah isu kenaikan gaji, penurunan harga minyak, kawalan harga terhadap barang dan keperluan harian, serta banyak lagi isu yang boleh difikirkan logik untuk diperbincangkan. Perbentangan khas yang bakal dibuat Perdana Menteri Malaysia itu diharapkan dapat mengurangkan beban rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah, sehinggalah berpendapatan tinggi tidak mengira status kedudukan - yang penting untuk kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Persoalan yang bermain difikiran saya ialah, apakah kenaikan gaji yang bakal diumumkan Perdana Menteri Malaysia dalam Belanjawan 2012 dengan meminimumkan gaji permulaan sektor awam ialah RM 1,500.00 sebulan, menjadi antara pulangan yang cukup memberangsangkan?. Jika seluruh rakyat Malaysia khususnya dalam sektor awam diberikan gaji permulaan RM 1,500.00, apakah mereka akan bersyukur dan berkerja keras tanpa menyusahkan orang lain? Bagaimana pula dengan penjawat awam atau rakyat Malaysia yang berpendapatan sehingga RM 15,000.00 sebulan. Apakah mereka juga menerima kenaikan gaji seperti yang akan diumumkan Perdana Menteri Malaysia dalam Belanjawan 2012 tidak lama lagi?. Saya bukannya mempersoalkan kenaikan gaji, tetapi saya mahukan kita lebih produktif dalam melaksanakan tugas harian dan kerja yang diamanahkan kepada kita. Jangan kerana kenaikan gaji, kita berbelanja boros dan mengamalkan hutang keliling pinggang untuk hidup lebih kaya, tetapi kita merana dari segi pengurusan kewangan yang boleh menghantui kita setiap bulan.

Soal bekerja atas nama kreativiti sememangnya sukar dihargai sesetengah pihak. Ada yang mahukan produk se-gah produk swasta, tetapi menggajikan pekerja mereka sama seperti penjawat awam yang hanya kerjanya menaip, menguruskan soal pejabat, dan sebagainya. Itu tidak boleh berlaku. Jika berlaku sekalipun, golongan seperti mereka itu perlu diberikan elaun yang setimpal dengan kerja kreativiti yang mereka lakukan. Misalnya dalam sektor kesenian, kebudayaan dan perfileman. Dalam sektor ini kita memiliki agensi kerajaan seperti Balai Seni Visual Negara ( dahulunya Balai Seni Lukis), Istana Budaya, dan FINAS. Ketiga-tiga agensi ini tentunya mempunyai pembekal khidmat, iaitu pekerja yang dikontrakkan dalam sesebuah organisasi selama setahun atau berpuluh-puluh tahun untuk bekerja sebagai mereka yang boleh dilabelkan sebagai 'mereka yang kreatif'. Apakah golongan ini diberikan gaji setimpal dengan kreativiti yang mereka lakukan. Misalnya, seorang penulis skrip dikontrakkan dalam sesebuah organisasi kerajaan dengan gaji minimum RM 2,000 sebulan. Mereka diberi tugas menghasilkan idea dan skrip yang pelbagai konsep, mengarahkan skrip yang mereka tulis, menerbitkan produk sehingga muncul dikaca tv dan sebagainya, diberikan gaji sebanyak itu?. Apakah itu cukup? Bagi saya gaji asas itu penting, dan perlulah ditambah dengan Elaun Kreativiti bagi menghormati kerja kreatif yang mereka buat. Jika golongan ini meninggalkan agensi kerajaan sekalipun, mereka boleh hidup lebih senang dalam industri hiburan dan filem tempatan. Tetapi, bukan semua hanya segelintir dari mereka berjaya dengan lapangan kreativiti yang mereka milih. Misalnya, seorang pengarah grafik di sebuah stesen tv kerajaan, dibayar gaji RM 1,500 sebulan. Dan kena pulak buat grafik 3D, 2D, opening title yang gah - tidak dihargai dengan bayaran setimpal. Dalam persoalan ini, gaji mereka yang kreatif tidak boleh sama dengan penjawat awam yang hanya datang kerja pukul 8.00 pagi dan balik pukul 5.00 petang!. Kalau senario ini tidak dirombak dengan seadilnya, mana mungkin kita boleh melahirkan negara maju setanding dengan negara luar yang bagi saya sudah lebih maju dari negara Malaysia. - kita boleh maju tetapi kita perlu berfikiran positif.

Justeru, Belanjawan 2012 ini diharapkan dapat memikirkan perkara ini kerana bagi saya tanpa rakyat dan tenaga kerja dari pelbagai sektor, mana mungkin Malaysia boleh pergi jauh dan setanding dengan negara maju di dunia. Tepuk dada tanya akal, tanya minda tanya selera.. kerana jawapan itu terletak ditangan anda..

Wallahuallam.

4 Filem Tempatan Penuhi Panggung Oktober 2011

Sepanjang Oktober 2011, sebanyak 4 buah filem tempatan bakal menemui penonton. Bagi anda peminat filem, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama kita serbu ke pawagam berhampiran. Tonton di pawagam.. bagi mereka yang amat menghargai karya seni filem. Nak tahu samada menarik atau tidak filem-filem tersebut, nah kami sajikan antara 4 filem yang bakal pecah panggung sinema Oktober 2011.


KINI DI PAWAGAM.. MENGHANTUI ANDA MULAI 6 OKTOBER 2011
FILEM SERAM WAJIB TONTON OKTOBER 2011



AKAN MEMANCUT DI PAWAGAM MULAI 13 OKTOBER 2011
SEKSI DAN PORNOGRAFI



AKAN MENYUMPAH DI PAWAGAM PADA 20 OKTOBER 2011
BERSEDIALAH ANDA



KALAU NAK RASA KENA LEMPANG.. APA TENGOK-TENGOK?
AKAN DATANG 27 OKTOBER 2011

Rabu, 5 Oktober 2011

Lesbian Cinema in Circumstance - Iran Gay Life

Sinema Iran cukup terkenal dengan karya berunsur kemanusiaan. Salah satu filem yang masih lekat di minda saya ialah Children Of Heaven, arahan sutradara terkenal, Majid Majidi. Filem yang memberi fokus kepada satu subjek iaitu kasut, diangkat sebagai filem Iran pertama yang tercalon di Academy Awards bagi kategori Best Foreign Language Film. Filem itu merupakan filem yang mempunyai plot penceritaan agak baik, dan ia dihasilkan pada tahun 1998.

2011, sinema Iran berkembang luas apabila kebanyakkan filem yang dihasilkan mereka berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Salah satu karya yang agak menarik untuk diperkatakan ialah 'Circumstance', sebuah karya arahan pengarah wanita Iran, Maryam Keshavarz. Filem yang mengupas persoalan feminis ini memberikan fokus kepada isu homoseksualiti yang agak taboo dalam masyarakat.

trailer

Persoalan gender dalam dunia realiti sememangnya tidak dapat lari dari kehidupan setiap manusia. Isu gay, lesbian dan cara hidup songsang sememangnya antara isu yang kerap kali dimainkan dalam setiap filem samada di Malaysia, Iran, Thailand, Indonesia dan sebagainya. Ia umpama suatu isu yang melariskan sesebuah filem sehingga mencetuskan kontroversi - mengundang polimek dalam dunia politik.

Circumstance ; sebuah filem yang sarat dengan pelbagai mesej kini ditayangkan di seluruh negara, kecuali Malaysia. Jika ia ditayangkan di Malaysia, apakah LPF akan meluluskan filem ini?. Kalau tak lulus, barangkali sebab isu lesbian, yang dianggap sensitif dalam komuniti masyarakat muslim di Malaysia. Kalau lulus sekalipun, mungkin ia boleh dilihat dari perspektif yang berbeza.

Bagi saya, Circumstance ini sebuah filem yang mempunyai kekuatannya tersendiri. Ia perlu ditonton bagi semua peminat filem di seluruh dunia. Jikalau anda lebih suka bercakap mengenai filem yang ada elemen CGI, grafik, 3D atau seram, tapi saya lebih suka menonton karya seperti Circumstance ini, yang saya andaikan sebuah karya unik, menarik dan merupakan antara filem terbaik di Sundance Film Festival 2011.

p/s: Saya tak tahu apakah ia masuk pawagam Malaysia - kalau masuk tentulah GSC International Screen kan.. Hope dapat dimiliki dalam bentuk DVD atau ditayangkan di Sundance HD Channel Astro.. Saya dan Nizam Zakaria menantikan filem ini. Kan Nizam?. hehehe

Selasa, 4 Oktober 2011

Isu Lambakkan Filem Seram : Dari pandangan Tun Mahathir & Karyawan Filem Tempatan

Petikan: The Malaysian Insider

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.

Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya,” kata Dr Mahathir (gambar) dipetik Berita Minggu hari ini.

Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘peripheral vision’.

Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung pada bomoh.

Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan,” katanya sambil menambah, “dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara itu.”

Dulu jika kita sakit jantung, pergi belah dada kita akan mati.

Sekarang, jika kita sakit jantung, kita boleh belah (buat pembedahan) sebab sudah ada mesin jantung dan paru-paru. Itu saintifik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mahu kerajaan membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Ahli jawatankuasa majlis itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosikan karut.


Jangan hukum genre filem seram & hantu - Karyawan Filem Tempatan.

Penggiat dan pengarah filem hantu dan seram menafikan karya mereka menjadi punca kepada suburnya amalan kepercayaan tahyul di kalangan penonton atau merosakkan akidah mereka, selain percaya ia mempunyai banyak nilai positif seperti kekeluargaan dan agama.

Ada antara mereka berpendapat filem sedemikian lebih bercorak hiburan, mendapat permintaan tinggi dan diselitkan dengan unsur komedi, bukan untuk meracuni minda masyarakat.

Pengarah yang banyak menghasilkan filem seram, Ahmad Idham Ahmad Nadzri turut dilapor mempertikaikan cadangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mahu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu lambakan filem itu kerana ia disifatkan sebagai tidak adil, sekali gus berniat untuk membunuh kerjaya mereka.

Sebaliknya beliau meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menemui pemain-pemain utama industri filem bagi membincangkan pengisian yang sepatutnya, sekali gus mengawal lambakan filem genre sebegitu.

Jangan menghukum filem genre seram atau menjadikannya alat untuk kepentingan politik,” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Laporan media semalam memetik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.

Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya,” kata Dr Mahathir.

Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘peripheral vision’.

Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria,” kata beliau.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

Majlis Fatwa Kebangsaan pula mahu kerajaan membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Ahli jawatankuasa majlis itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosikan karut.

Mengulas lanjut, Ahmad Idham yang baru-baru ini menjadi fokus kontroversi filem Hantu Bonceng juga berkata dalam filem seram perkara yang perlu diberi perhatian oleh pembikin filem ialah isi kandungan filem itu sendiri.

Dengan lambakan filem seram sejak kebelakangan ini, satu perkara yang dapat membezakan setiap filem seram itu adalah isu kandungannya.

Isi kandung filem hantu perlu dikaji semula supaya pemikiran penonton tidak terus dibelenggu dengan kepercayaan karut,” katanya.

Malah katanya, “sebelum ini pun saya pernah menghasilkan filem seram yang tidak bergantung kepada jampi serapah atau bomoh sebagai penyelesaian.”

Misalnya, kata beliau, filem Damping Malam menggunakan pendekatan saintifik seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir apabila “pelakon filem mendapatkan pakar khidmat terapi untuk menyelesaikan masalah mereka.”

Turut bersetuju dengan Ahmad Idham ialah pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombie Kampung Pisang, Mamat Khalid yang memberitahu bahawa tidak semua cerita seram menyuburkan kepercayaan kolot di kalangan penontonnya.

Kalau filem seram melambak di pasaran dan kebanyakan mesej di dalamnya positif, saya tidak anggap ia salah.

Lainlah jika filem itu dalamnya yang boleh merosakkan akidah, memang patut disekat,” kata beliau.

Pengarah urusan Cube Film Sdn Bhd dan juga pengarah yang banyak menghasilkan drama seram, Michael Ang berkata, kebanyakan judul seram dihasilkannya memberi pengajaran kepada penonton.

Saya terbitkan filem seram bukan sekar untuk menakutkan penonton, tetapi sebagai memberikan hiburan kepada mereka.

Setengah penonton mendakwa perasaan takut sewaktu menonton filem hantu memberikan keseronokan buat mereka,” katanya yang pernah menghasilkan filem Hantu Kum Kum, Pontianak Kampung Batu dan Dendam Sundel Bolong.

Lagipun katanya, kebanyakan “filem seram kami dibuat dalam bentuk komedi dan juga bukanlah daripada cerita hantu yang asal.”

p/s: Ahmad Idham ketika ditemui di Finas semalam berpendapat bahawa beliau mengharapkan Majlis Fatwa Kebangsaan dapat mengadakan pertemuan dengan semua pemain industri filem sebelum membawa usul bertemu Perdana Menteri Malaysia.Nantikan ulasan saya berkenaan isu ini..

Isnin, 3 Oktober 2011

Filem Seram Hantui Penonton Tempatan?


Lambakkan filem dan karya seram yang masih giat dipertontonkan di kaca televisyen tempatan mahupun dipawagam seluruh Malaysia, mendapat perhatian Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketika berucap dalam satu sidang majlis baru-baru ini, Tun Dr Mahathir menyifatkan bahawa kebanyakkan karya seram yang dihasilkan penggiat filem tempatan lebih banyak mempengaruhi minda penonton menjadi tidak produktif, sehingga boleh menghantui kehidupan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda. Pandangan positif Tun Mahathir itu mendapat respond dari Majlis Fatwa Kebangsaan sehingga mahu membawa isu tersebut kepada Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Datuk Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak.

Kenyataan Tun Mahathir itu juga menimbulkan polimek sehingga menjadi perbualan panas warga filem khususnya, para penggiat filem tempatan yang menjadikan karya seram sebagai makanan wajib bagi melariskan sesebuah produk di pawagam. Ketika mengulas lanjut isu berkenaan, pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri mempunyai alasan kukuh mengatakan ia bukan karya yang mempengaruhi penonton untuk menjadi takut atau fobia, tetapi ia lebih kepada elemen komedi ataupun mempunyai elemen positif pada pengakhiran sesebuah cerita yang ditampilkan.

Kenyataan itu disokong pengarah profilik Mamat Khalid yang mengandaikan setiap filem yang dihasilkannya atau pengarah lain tentunya mempunyai mesej positif yang berselindung disebalik elemen komedi atau seram yang ditampilkan. Manakala pengarah drama seram yang banyak menghasilkan naskhah seram di Astro Ria, Michael Ang juga berpendapat sama bahawa kehendak pasaran juga penyebab utama karya seram diterima penonton sehingga mewujudkan rating tertinggi di sesebuah stesen tv tempatan.

Pengharaman sesebuah filem boleh dibuat di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF) manakala pengurangan jumlah kuantiti pengeluaran sesebuah filem atau karya seram boleh dirujuk kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Dalam situasi ini, sekiranya sesebuah filem yang dihasilkan itu mengandungi elemen yang boleh merosakkan akidah atau keterlaluan tanpa ada unsur nasihat mahupun elemen positif, maka sesebuah filem itu boleh diharamkan dari tayangannya di pawagam tempatan. Maka, semua pihak perlu berbincang dan bersemuka antara satu sama lain, bagi menyelesaikan setiap isu yang timbul supaya penyelesaiannya menjadi lebih positif daripada mewujudkan pelbagai polimek, tentunya akan mengundang pelbagai musibah yang negatif di dalam industri filem dan hiburan tempatan. Kesimpulannya, bukan semua karya seram itu sampah, dan lambakkan filem seram bukan salah pengarah atau karyawan filem tetapi itu adalah kehendak penonton yang mahukan karya atau filem seram menguasai industri filem dan drama tempatan.

Tepuk dada tanya selera..

p/s: Apa kata Pak Hassan Muthalib dalam isu ini?.
Amy - saya adalah salah seorang penggemar filem seram.

Ahad, 2 Oktober 2011

The Secret Life Of Nora..

Assalamualaikum..

Korang dah tengok 'The Secret Life Of Nora' lagi tak?. Aku?. Tentulah belum lagi.. sebab aku tak tau nak tengok bila.. asyik sibuk memanjang aje.. Dari laman blog yang aku baca, ramai yang memuji teater Tiara Jacquelina kali ini. Aku no komen la.. sebab lom nonton lagi.. Lama kiranya aku tak menjejak kaki ke panggung Istana Budaya.. Teman-teman media yang selalu tengok percuma pun tak ajak aku!.. hihi. Korang jangan cakap aku nak tiket free plak! sebab aku kalau nak tengok kena la beli tiket paling tengah dan menghadap stage.. baru la puas.. Kalau korang nak belanja aku gi tengok.. aku amat hargainya.. hihi

Oh ya.. dalam dok memperkatakan teater yang semakin panas ni, aku nak kongsi dengan korang.. video klip 'The Secret Life Of Nora' yang bagi aku meletup dan wow!!!. rasa tak sabar nak tengok teater ni hujung minggu ini..


Sinopsis

Cerita berkisar dizaman kegemilangan kelab panggung hiburan di Pulau Pinang pada era 60an, project terbaru Enfiniti ini adalah sebuah muzikal hebat yang menceritakan kisah Nora, seorang mempunyai kehidupan yang sememangnya dicemburui wanita lain. Dia berharta, memiliki rupa paras yang amatcantik malah juga merupakan seorang penyanyi terkenal di sebuah kelab panggung kepunyaannya sendiri. Kelab tersebut adalah merupakan hadiah istimewa daripada bapa kesayangannya sebelum bapanya meninggal dunia.

Akan tetapi, Nora tidak menyedari bahawa kelab serta perniagaan peninggalan bapanya itu sebenarnya merupakan sebuah pusat akitiviti ‘money-laundering’ oleh bapanya dalam menjalankan aktiviti haram dengan rakan sindiketnya di seluruh dunia. Oleh itu secara tidak langsung, Nora sebagai pemilik baru panggung kini menjadi sasaran pihak Polis Antarabangsa dalam menjejaki aktiviti haram tersebut. Nora juga diancam dengan penutupan panggung itu dan Nora sendiri bakal dipenjarakan. Namun demikian, mungkin kerana nasib menyelebelahi Nora, pihak Polis Antarabangsa (Interpol) telah membuat satu tawaran kepada Nora, iaitu bekerjasama dengan pihak Interpol untuk menjadi seorang pengintip dalam usaha mereka menjejak aktiviti kumpulan sindiket pemerdagangan manusia yang mempunyai jaringan di seluruh dunia atau meringkup dalam penjara. Nora bersetuju.

Pihak Interpol telah memilih pegawai terbaik mereka dari India (berkelulusan Oxford), bernama Ashok untuk melatih Nora dalam persediaannya menjalankan tugas barunya itu. Program latihan yang sememangnya mencabar walaupun untuk seorang pengawai terlatih, apatah lagi seorang penyanyi yang biasanya dimanjakan. Namun Nora tekun belatih untuk menjalankan tugas itu bagi menyelamatkan dirinya, panggung serta perniagaannya, disamping untuk menyelamatkan gadis-gadis panggung yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang tidak bertanggungjawab... dan pada waktu yang sama juga, demi jejaka yang secara tidak sengaja, Nora mula merasakan cintanya... namun semuanya harus Nora lakukan secara berahsia.

Kalau korang dah tengok teater ni.. komen la di sini ye..

Sabtu, 1 Oktober 2011

Antara Banglo dan Rumah Seram di Shah Alam..

Gambar di atas adalah Rumah yang dikatakan mengenakan sewa RM 50 sebulan

Korang pernah dengar tak cerita-cerita seram berkenaan sebuah banglo atau rumah yang terletak di Shah Alam, Selangor. Rumah itu dikatakan mempunyai kisah dan ceritanya yang tersendiri. Rasanya tak perlulah saya ceritakan dekat sini.. kalau u guys nak tahu apa cerita yang seram sangat tu.. sila baca kat sini.. just nak kongsi dengan anda je..

Petang tadi, selepas menghadiri Rumah Terbuka Upin dan Ipin yang berlangsung di Space U8 Bukit Jelutong, Shah Alam.. apa lagi, amy dan beberapa teman sempatlah pusing-pusing Shah Alam. Targetnya nak mencari semua rumah seram yang terdapat di Shah Alam ( dalam gambar dibawah). Tapi, hanya jumpa Banglo Kayangan milik Mona Fandey je.. Rumah yang lain tue.. tak jumpa-jumpa jugak. Beberapa kali pusing seksyen 2 Shah Alam.. Tapi tak jumpa jugak. Mungkin bukan rezeki kot.. hehehe

Nah.. amy sajikan foto menarik rumah seram yang terdapat di Shah Alam.. Korang pi la cari sendiri k.. Kalau tak percaya... sila la bermalam kat salah satu rumah tue... hihi

Rumah RM 50 sebulan - Seskyen 2 Shah Alam


Banglo Kayangan Mona Fandey - Sesyen 12 Shah Alam

Rumah seram Sesyen 2 Shah Alam ( rasanya sekarang dah roboh kot)

Rumah tepi Sirim, Sesyen 2 Shah Alam
Rasanya ada banyak lagi kot rumah-rumah macam ni sekitar Shah Alam.. Itu aje rumah yang dapat amy sediakan untuk anda pebaca blog ni.. Sape yang berani untuk kita cari rumah nie.. sila komen di bawah..

Anda ada cerita ke tentang rumah lain pulak?.