Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 21 November 2011

FFM 24, 2011 - Tahun Gemilang KRU Films - Hikayat Merong Mahawangsa!


Filem Hikayat Merong Mahawangsa, arahan Yusry Abdul Halim dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24, (FFM24) 2011, yang telah melabuhkan tirainya, sebentar tadi di PICC Hall, Putrajaya, Malaysia. Filem terbitan KRU Films itu juga memenangi 5 kategori perdana iaitu Filem Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Pereka Kostum Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Penataan Seni Terbaik. Di samping itu, pada malam Anugerah Cipta 2011, Hikayat Merong Mahawangsa memenangi 3 kategori cipta iaitu Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik dan Lagu Tema Asal Terbaik. Ini menjadikan 8 Anugerah dibolot KRU Films pada FFM 24, 2011. Bermakna, 2011 merupakan tahun gemilang perdana bagi Hikayat Merong Mahawangsa.

Antara senarai penuh keputusan pada malam Gemilang Perdana FFM 24, 2011 anjuran GAFIM ialah:-

FILEM BOX OFFICE TERBAIK
KL GANGSTER

ANUGERAH KHAS JURI
1. BINTANG WAYANG TERBAIK - SIDEK HUSSAIN (FILEM KARAK)
2. MENGANGKAT JATIDIRI & PERPADUAN BANGSA - FILEM LIBAS
3. BAKAT DIANUGERAHKAN ALLAH S.W.T - ALLAHYARHAM ZAMI ISMAIL ( FILEM HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH)
4. SERAM PENUH MISTERI - JANIN

SKOR MUZIK ASAL TERBAIK
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
EDRY ABDUL HALIM

PEREKA KOSTUM TERBAIK
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
ROSADA ABDUL HAMID

PENYUNTING TERBAIK
KL GANGSTER
SYAMSUL YUSOF / HISHAM JUPRI

PENATAAN BUNYI TERBAIK
KL GANGSTER
HISHAM JUPRI

CERITA ASAL TERBAIK
LIBAS
MARTIAS MOHD ALI

LAKON LAYAR TERBAIK
KL GANGSTER
SYAMSUL YUSOF

SINEMATOGRAFI TERBAIK
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
MOHD NOOR MOHD KASSIM

PENATAAN SENI TERBAIK
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
ANUAR PAHARUDIN / KEK TING LIM

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
CUN
FAEZAH ELAI

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
KL GANGSTER
SOFFI JIKAN

ANUGERAH PENCAPAIAN GEMILANG
DATUK MICHELE YEOH

ANUGERAH PILIHAN ASTRO FIRST
FILEM KONGSI
METROWEALTH MOVIES

PELAKON WANITA TERBAIK
JANIN
SITI SHAHREZA (EJA)

PELAKON LELAKI TERBAIK
KONGSI
SHAHEIZY SAM

ANUGERAH SENIMAN SEPANJANG ZAMAN
Y.B. TAN SRI DATUK DR. JINS SHAMSUDDIN

PENGARAH TERBAIK
SYAMSUL YUSOF
KL GANGSTER

FILEM TERBAIK
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
KRU FILMS


Sekalung tahniah diucapkan pada semua pemenang pada FFM24, 2011.

p/s: Banyak cerita menarik akan diupdated secepat mungkin mengenai FFM24, 2011.
Nantikan kehangatannya..


0 comments :