Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Ahad, 20 November 2011

FFM 24 - Kak MI akan hantar surat pada Tan Sri Muhyiddin Yassin'. - Raja Azmi

Tindakan sesetengah pihak termasuk beberapa akhbar tempatan melaporkan penerbit kontroversi ... Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman sebagai penerbit filem kurang ajar dan tidak menghormati majlis, akan dibongkarkan Raja Azmi melalui surat khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok. Dalam satu kenyataan ekslusif yang di adakan hari ini, Raja Azmi menyifatkan bahawa tindakannya meninggalkan Malam Gemilang FFM24 yang diadakan di Anniversary Hall, Lake Garden, Kuala Lumpur malam Khamis lepas kerana kekecewaannya terhadap segala keputusan pemenang pada malam perlancaran FFM24 tersebut.

Festival Filem Malaysia ke 24, 2011 yang dianjurkan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) akan melabuhkan tirainya pada malam ini ( 20hb November 2011, Ahad) bertempat di PICC Hall, Putrajaya. Atas sebab FFM24 sebagai festival kelakar dan syok sendiri, Raja Azmi menarik diri untuk menghadiri Malam Gemilang Perdana FFM24 malam ini. 'Nasib baik Ogy Ahmad Daud (Fauziah Ahmad Daud) tercalon malam ini kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM24, kalau tak Kak Mi akan menarik filem ini dari dipertandingkan di FFM24. Biarlah orang cakap Kak Mi macam-macam, tapi yang penting filem Kak Mi akan ke Pesta Filem Hong Kong minggu depan, seterusnya ke 3 festival filem antarabangsa yang lain.. Semuanya dalam pengurusan penerbangan Kak Mi ke sana', luah Raja Azmi dalam satu kenyataan ekslusif.

Bukan mempertikaikan Festival Filem Malaysia sebagai pesta filem kebanggaan karyawan tempatan, namun pemilihan juri bagi menilai filem-filem tempatan yang bertanding sebagai satu keputusan yang amat kelakar. Juri Festival Filem Malaysia ke 24, 2011 terdiri daripada Editor Berita Harian Akmal Abdullah, Pelakon dan Aktivis Datuk Aziz Singah, Prof. Dr Abu Hassan Hasbullah, Pansha dan diketuai Nanciee Foo. Persoalannya, di manakah pengkritik filem terkenal seperti Hassan Muhalib dan A.Wahab Hamzah. Mereka berdua inilah wajar menjadi juri bagi Festival Filem Malaysia, agar ketelusan setiap keputusan menjadi adil, seterusnya industri filem Malaysia akan dihargai, bukannya dianggap sebagai Festival Filem Filem Komersial, dan tentunya juri FFM24 menilai filem manakah yang mereka suka. Apakah mereka menilai sesebuah filem mengikut plot dan naratif cerita, bahasa filem dan storyteller?. Semuanya tidak dan sukar mungkin dikotakan.

Pemberian sijil penghargaan kepada setiap penerbit filem yang bertanding di FFM24, 2011 dianggap satu penghinaan mereka kepada penerbit filem. Menurut Raja Azmi , 'sijil FFM24 yang diberi pada malam Perlancaran FFM24 baru-baru ini dianggap tidak professional, bayangkan Sijil Penyertaan diletakkan di dalam sampul surat ( macam kami ni budak-budak sekolah, dah macam sijil peperiksaan bulanan pulak) - mahal sangat ke nak buat binding atau letak scroll macam FINAS buat?. ', luah Raja Azmi tanda kecewa. Tambahnya lagi, 'setiap sijil ditandatangani Jurey Latiff sebagai Presiden GAFIM merangkap Pengarah Festival Filem. Jikalau macam tu.. maknanya Jurey sign Sijil tue pada dirinya sendiri la.. Sepatutnya Sijil Penyertaan itu ditandatangani Ketua Pengarah FINAS, kerana FINAS merupakan badan perfileman yang membantu industri filem'. Turut dipersoalkan ialah Kad Jemputan FFM24 - Dalam kad tersebut 'tertulis PRESIDEN & AHLI JAWATANKUASA GAFIM menjemput .... ke FFM24. Bukankah patut tulis MENTERI KPKK, & GAFIM menjemput ke.... FFM24. Kalau macam tu FFM24 ini macam Malam Keramaian GAFIM'., tegas Raja Azmi mengakhiri perbualan panas ekslusif petang semalam.

... Dalam Botol arahan Khir Rahman yang diterbitkan Raja Azmi tercalon mlm ini bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik melalui lakonan mantap Ogy Ahmad Daud. Sekiranya Ogy kalah pada Intan Ladyana, Faezah Elai, Sherry Merlis dan Sabrina Ali, maknanya FFM24 adalah Festival Filem 'ape-ape ntah'. Bayangkan pelakon lama seperti Ogy boleh kalah. Jika Ogy menang malam ini, Kak Mi amat bersyukur dan ia mungkin rezeki dia, kata Raja Azmi yang tetap bertegas tidak mahu datang pada Malam Gemilang Perdana FFM24, sekaligus menyelar semua kategori top 5 khususnya Cerita Asal Terbaik FFM24. Persoalannya, Cerita Asal Terbaik dalam FFM24 perlu memilih originality karya, dan kenapakah ...Dalam Botol tidak tercalon. Apakah sebab juri tak boleh dengar isu gay atau gender, tolonglah tengok karya Kak MI dari sudut bahasa filem. Jika filem Kak Mi kalah atau tidak dipedulikan di negara sendiri, Kak MI tak terkilan pun.. cuma kecewa.. Bayangkan festival filem luar mahu ...dalam botol menyertai festival filem antarabangsa, sedangkan ia tewas di negaranya sendiri. Bukankah ia satu propaganda namanya, kata Raja Azmi lagi.

FFM 24 malam ini merupakan kemuncak segala-galanya. Diharapkan semua keputusan termasuk Filem Terbaik bukan dipilih juri 'sebagai filem yang dia suka'.. Jika tidak FFM 24 adalah Festival Filem Merapu yang tentunya meninggalkan trauma pada mereka yang terlibat dalam industri filem tempatan.

Wallahuallam.

p/s: bukan kak mi je yang tak nak datang malam ini, beberapa pengarah filem terkenal lain pun tak mau datang.. Mereka lebih suka tonton tv lagi jimat masa, duit minyak. Kalau kalah sekalipun lagi adil dari meronta, memaki dalam dewan. Tepuk dada tanya selera..

-Amy pun tak nak datang.. malas!-

8 comments :

tak salah kalau juri pilih "filem yang dia suka". yang membezakannya ialah latar belakang juri tu sendiri. kalau dia dah banyak terpalit tahi, pilihan suka hati dia lazimnya akan tahi juga.

Nancy Foo tu untuk apa? Aziz Singah tu aktivis apa? dan sorang lagi Akmal Abdullah, nama yang diragui kesahihannya

Tak timbul soalan Raja Azmi tidak menghormati TPM. Ini festival karyawan filem. TPM hanya jemputan seperti yang lain-lain. Cara Raja Azmi memang tepat. Apabila tak setuju, buat apa tunggu?

Selagi ada orang-orang macam Naim Gamad, Akmar HambaAllah & Pandanshah (yang suka melantik dirinya sendiri), matilah Sinema Malaysia. Yang lain gua tak mau sebut sebaba tahu tahap mereka - tak tahu tentang sinema dunia & selok belok filem.

bagi Kak Mi, saya dah pertahankan beliau dlm artikel Dwn Masyarakat bulan Jan, insya-Allah..


oh ya, Kak Nab sayaaaang Kak Mi!

Kan gua dh cakap yg FFM -Festival Filem Merapu!. Semuanya merapu!.